Monday, January 22, 2007

Semua Hulubalang Perdana Menteri

Monday, January 22nd, 2007...2:21 am

Semua Hulubalang Perdana Menteri
(All the Prime Minister’s Men)
- http://sloone.wordpress.com

Terjemahan -marhaintua-

Antara mereka semua yang bergelar demikian hanya seorang sahaja yang akan berjaya di tangga teratas. Yang lain menyibuk melakar peristiwa menjadi bahan balangsengkawa untuk ditulis orang lain bagi diri mereka. Anwar Ibrahim telah mengalami peristiwa itu nun pada 1998 lagi, walaupun garisan penamat untuknya masih belum menyerlah lagi, menyanggah kehampaan ramai makhluk yang mengimpikannya.

Mereka yang suka menjadikan hobi (seperti menulis balasangkawa semacam ini) memang mempunyai masa yang sungguh menyeronokkan di zaman pemerintahan Mahathir. Selain dari Anwar, ada Musa Hitam, yang turut menghilang lebih awal lagi daripada sinario politik ketika masih berada di puncak kerjayanya.

Memang sungguh memedihkan sesiapa sahaja yang mengimpikan jawatan PM. Namun ada segelintir yang pernah mempertaruhkan “nyawa” hanya untuk mendapat kilasan puncak ‘ syurga dunia’.

Ketika pertama kali Abdul Razak dibawa ke penjara, isteri beliau pernah menjerit kerana amarah dan geram yang memang amat pelik dan menakutkan kita: Dia bukan ada niat mahu menjadi PM, kenapakah kamu buat dia begini?”

Kita tidak seharusnya mencemuh luahan perasaan yang begitu mendadak daripada aeorang isteri yang melihat suaminya seoalah-olah akan berdepan dengan tali-gantung. Walaupun kenyataannya itu nampak semacam tidak kena pada tempatnya, mungkin menjadi hubungan yang terselindung dalam keseluruhan kisah pembunuhan ini..

Namun, di sebalik segala keperitan itu, segala intrignya, segala muslihat dan balasangkawa awalan yang telah direncana, baut masa kini ada 3 orang yang ingin menjadia PM: : 1. Najib; 2. KJ dan 3. Anwar. Sipa gerangan yang akan menjadi PM akhirnya?

Tentu kita perlu membuka mata dan telinga mengamati yang menyerlah dan tidak terserlah. Buat masa ini apa juga yang akan berkisar dalam politik Malysia akan tertumpu kepada tiga orang individu ini. Seetiap berita, setiap pendedahan, setiap opera politik akan berakhir dengan mainan politik yang berhubung-kait, melibatkan strategi dan putarbelit antara mereka dan membabitkan mereka bersama juga.

Mungkin ada eloknya kita berterus terang daripada mula: hanya satu jalan terbuka untuk sesiapa yang mahu menjadi PM yaitu dengan menyingkirkan PM ataupun timbalannya. Dalam hal ini ialah Abdulalh ataupun najib. Nampaknya tidk ada caara lain lagi, kecuali PM mengundruakna diri seprti Mahathir dan melantik anda sebagai pengantinya. Jiiaka tidak ana perlumenunggu giliran juga. Kalua anda bermain politik, anda boleh tidur bersama musuh politik anda, dan anda merencana. Tetapi anda tidak akan dapat ke tempat itu dengan berreformasi ataupun revolusi.

Baru-baru ini terdapat terlalu banyak tohmahan bahawa Anwar terlibat dengan rencana menggulingkan Najib. Teapi Anwar menulis dalam blog beliau untuk menafikannya.

Ia bermla setelah Anwar dibebaskan daripada penjara, dan pertemuan beliau dengan Abdulalh semasa majlis rumah terbuka di Hari Raya. Kemudian muncul kisah adanya pergeseran beliau dengan pengarah kempen pembebasan Anwar yang bernama Raja Petra Kamaruddin yang kini menguruskan berita onlain Malaysia-Today. Kemudian ada pula desas-desus bahawa Anwar mahu rujuk kepada UMNO dan pengunduran pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor daripada jawatannya sebagai ketua pemuda Keadilan.

Kini tersibar berita hangat mengatakan Abdullah memerlukan Anwar untuk melemahkan pengaruh Najib. Akan teatpi sejak Mahathri turut beria-ia mahu menjatuhkan Abdullah sejak beberapa bulan yang lalu, bukan sahaja Abdullah perlu mengawasi Najib, yang merupakan sekutu Mahthir yang paling rapat.

Jika demikain apakah bersalahan kalau ada tanggapan bahawa kerjaya Najib sudah pun tamat pada ketika Anwar keluar bebas daripd apintu penjara? Apakah salah beranggapan sudah wujud kini pintu perundingan di bahagian belakang untuk melancar pakatan yang paling dahsyat?

Wujudnya percaturan muslihat, tidak semestinya antara Anwar dan Abdullah ataupun UMNO. Tetapi pegolakan yang melibatkan UMNO sendiri. Bukannya mudah untuk mengenepikan aura seseorang seperti Anwar.

Terlalu banyak yang didebatkan mengenai kredibiliti Anwar, tetapi beliau masih memiliki barisan penyokongnya. Malahan DAP pun memeram dulu pandangan mereka mengenai PKR, dan menyatakan persahabatan dengan Anwar secara terbuka. Anwr mungkin memperlekeh Faktro Anwar dengan kelangsungan laungan bahawa Anwr bukan satu isu lagi. Akan tetapi dengan usaha menetukan dia tidak akan bertanding dalam politik, dan tidk mendapat liputan berita kahbar, tidaklah menjadi asas yang membantu dakwaan mereka bahw a Anwr sudah tidak relean lagi. Lagipun apakah yang amat menakutkan mereka seandainya Anwr benar-benar tidak begitu penting?..
Kini kita tidak akan mencadangkan agar Anwar rujuk semula menganggotai UMNO . Tetapi ada antara kita yang sudah menjadi naif selepas beberapa tahun ini selepas menyaksikan gelagat orang politik. Betapapun Anwar sudah menyebutnya berpuluh kali perkataan TIDAK, kita seharusnya memberikan peluang faedah keraguan kita. Soalnya apakah dia boleh jadi PM tanpa menganggotai UMNO semula?

Buat masa ini, nampaknya tidak ada jalan lain bagi salah seorang yang bertiga itu boleh menjadi PM kecuali berlaku satu peristiwa yang malang atuapun rampasan kuasa (tentera). Lainlah kalau ada satu jalan laternatif untuk menunjuk cara mana PM boleh keluar melepaskan tanggungjwabnya, mengucapkan selamat tinggal dan “selamat beristirehat” kepadanya.

Kita semua tahu betapa sukarnya untuk menyingkirkan seorang PM. Selama 22 tahun ramai yang mencuba mejatuhkan PM Mahthir, tetapi dia dapat bertahan juga. Akan tetapi buat kali ini keadaan sudah berubah. Untuk menyatakan perspektifnya, pada mula-mula dulu lagi Abdullah adalah dianggap sebagai PM sementara sahaja. Tugasnya ialah menentukan peralihan kuasa yang licin kepada Najib yang kini menunggu dengan cemas dan penuh kerisauan untuk mendapat peluangnnya.

Tidak ada sesiapa yang tahu dengan pastinya bilakah tempoh peralihan ini akan berakhir. Besar kemungkinannya Abdullah akan melepaskan jawatan bila-bila masa (memandangkan desas-desus yang ligat). Najib dijangka naik takhta menepati impian Mahathir semasa menyungkit Dollah naik – kononnya bagi martabat UMNO, bagi martabat perpaduan Melayu, untuk negara da.da. da…. ..kata mereka.

Akan tetapi semua itu adalah impian sebelum berakhirnya projek jembatan bengkok dan apa juga implikasi yang mengekorinya. Ketika itu belum menyerlah lagi ketokohan KJ, anak menantu PM yang turut mahukan habuan besar dalam setiap saham yang diagihkan. Ini bermakan kalau si anak menantu mahu terus memuaskan nafsu serakhnya dalam setiap agihan habuan termasuk menjadi PM di masa depan ataupun tempat sebagai timbalan perdana menteri – jalan yang paling menyenangkan ialah menentukan Najib tidak boleh naik ke atas. Mudah sangat congakan itu bukan?

Akan tetapi berapa banyakkah cara untuk mengnyahkan Najib? Satu, dengan mendedahkan ‘perangai rasuah” beliau yang berlaku setiap hari. Satu lagi ialah mengaitkan Najib kepada kematian Altantuya sehingga dia terhukum kerana membunuh adalah sstu cara lain – tetapi ini boleh merupakan satu fantasi ataupun kisah dongeng juga. Mengugut Najib agar berundur ataupun jika tidak biarkan dia gantung diri secara terbuka semacam apa yang terjadi kepada Anwar, mungkin lebih senang sikit.
Apapun kita amat berharap persekongkolan antara Abdullah dengan Anwar melalui KJ untuk ‘melaknat’ Najib tidak akan menjadi satu pilihan…. Anwar adalah seorang yang sungguh popular. Adalah tidak menghairankan seseorang yang ketiadaan populariti itu tetapi mempunyai impian tinggi untuk mencema kuasa teratas, memerlukan Anwar. Martabat KJ, walapun dia adalah anak menantu Perdana Menteir bukana seindah mana dlam UMNO . Anak muda ini dianggap angkuh dan bongkak, terlalu korup, menjalin hubungan intim dengan wanita lain dan sikap dia menuturkan kata-kata berbaur perkauman menjadikan dia seorang calon yang lemah untuk meniti titian kepimpinan ke atas.

Sebaliknya, walaupun Anwar telah dibelasah dengan dakwaan murahan melibatkan sodomi, korupsi, hukuman penjara, mata lebam, penghukuman watak dan politik, ternyata dapat menjadi lebih perkasa dan seolah-olah tidak berdosa. Setidak-tidaknya Anwar mampu menarik pengaruh dan daya tarikan, malahan kehormatan daripada pelbagai sektor baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dengan itu sekutunya dan para penyokongnya masa kini, adalah amat berharga dan memberikan peluang strategik untuk sesiapa yang masih meraba-raba mahu naik mengungguli puncak kuasa.

Malangnya dalam politik, bukan semuanya berkeadaan jelas sejelasnya. Setiap satu selalu berbentuk samar. Peraturan permainan, siapa yang melakarnya, dan siapa yang patut menang akhirnya, masih tetap satu misteri, sehiggalah keadaan terpantul di depan muka sendiri, barulah ketika itu timbul kesedaran kerana kehairanan dengan soalan: apakah yang menghentam aku?

Masa depan rakyat Malysia sentiasa berdepan dengan segala pembohongan ini. Inilah masanya semua pihak harus berwaspada. Inilah masanya semua pelabur (tidak semestinya orang perniagaan tetapi juga yang melabur untuk masa depan politik mereka) mula mengkaji semula pendirian politik dn kecenderungan mereka. Inilah masanya utnuk melakar kembali hubungan enan pihak yangpernah dipinggirkan, mepersoal kembali hubungan ‘politik’ masa silam, kalau masih ada lagi.

Kepada mereka yang mempunyai tetuan politik, inilah masanya untuk menjenguk muka sendiri di depan cermin untuk merenungnya dengan tapat dan bertanya dengan ikhlas, apakah kamu bertaruh pada kuda yang betul? Bila menyebut Anwar kita harap dia akan menjadi sejenis Melayu “yang tidak mudah lupa.”

-----MT-----

0 Comments:

Post a Comment

<< Home