Sunday, January 21, 2007

C4-2

20/01:

C4-2

oleh: Petra Kamarudin
Terjemahan -marhaintua-

“Saya ada berita yang meletup macam dinamit untuk kamu,’ kata suara Tukang Karut. Dia ini adalah ‘pragn dalam’ kepercayaan saya yang bergesel bahu dengan mereka yang menyibuk ……yang saya masksudkan mereka yang mundar mandir di anjung kuasa.

“Dinamit?” Zaman sekarang kita tak main dinamit lagi brader. Sekarang kita cakap pasal C4,” sambut syaa dengan cara selamba. Nmapaknya Tukang Karut tidak perasaan seloroh saya, apapun dia bukannya tersenarai paling atas dalam carta kawan-kawan yang dianggap intelektual.

Tukang karut menoleh ke belakang untuk menentukan kami tidak diperhatikan oleh sesiapa. Dia memang kelihatant teruja. Memang dia tidak boleh duduk diam dan sentiasa resah di kerusinya. .Dia sudah samapi ke tahap tidak tahan lagi seolah-oleh seorang yang betul-betul teransang dan tidak dapat manahan apa yang mahu diberitahukan kepada saya..Saya percaya cerita ini akan pasti jatuhkan Najib,” kata Tukang karut sambil menyedut sebatang rokok yang tidak bertapis. “Kisah ini besar. Najib sudah bungkus.”.”Maksud kamu lebih besar dari kisah wanita Mongolia ataupun skandal kapal selam?”

”Takkan kamu nak kaitkan Najib kepda kisah pembunuhan itu atuapun kapal selam. Semua orang tahu mengneinya tetai bagaimana kamu boleh kaitkan Najib dengan cerita itu? Yang ini kamuboleh kaitkan Najib kerana ada orang yang sanggup bercakap. Inilah yang Najib tidak boleh lepas.”

”Baiklah, tetapi kenapa kita mahu jatuhkan Najib?” tanya saya, sambil menunjukkan kenaifan agar si Tukang Karut akan lebih tenang dan semakin berterus terang.

”Kalau Najib keluar bererti baguslah peluang untuk bos saya naik keatas.” Jawabnya dengan pandangan seolah-olah kenapa kamu tanya soalan bodoh?” terpancar di wajahnya.”O.K. saya faham, tetapi apa yang kamu mahu saya lakukan? Maksud saya, mengapa kamu cerita semua ini? Apa yang boleh saya buat? Apakah kamu mahu saya tulis cerita ini di Malaysia Today?”

””Tidak jangan dulu, kisahnya mesti dikeluarkan dulu. Saya mahu kamu cakap dengan Tun dulu.”“Tun? Maksud kamu Tun Dr Mahathir? Kenapa saya?”“Kamu boleh hubungi Tun bukan? Saya mahu kamu beritahu Tun perkara ini dan tanya Tun kalau dia setuju bertemu orang ini.”

“Tetapi, apakah yang Tun boleh buat? Dia bukan PM lagi?.”
“Perempuan ini tidak mahubertemu dengan orang lain. Dia hanya bersedia bertemu Tun. Dia tidak mahu bertemu orang lain. . Dia takut.”

“Perempuan?”
“Betul. Adik Adib Adam. Askiah.”

“Kenapa dia tidak pergi sendiri betemu Tun“

“Memang dia hendak sangat. Tetapi dia tidak ada di Malaysia. Dia bersembunyi di seberang laut. Dia terlalu takut. Adib mahu bunuh dia. Dia dah suruh orang mencari adiknya dan dari terlalu takut kalau dia akan dibunuh.”“Ish….! Takkan Adib sanggup membunuh adiknya sendiri! Kamu ni sengaja bermimpi di siang hari.”

“Kamu belum kenal siapa Adib. Dia memang ganas. Ini perkara wang banyak lah….Dia sanggup lakukan apa sahaja, termasuk membunuh adiknya sendiri….kerana wang..”

Tukang Karut keluarkan segulung kertas dan membentangnya di atas meja sambil melihat di belakang bahunya, untuk menentukan dia tidak menarik perhatian sesiapa.
Saya meliriknya. Ada satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia bertarik 13 Mac 2006, brtajuk: “Kes Sukhoi. Permohonan Adib Adam ditolak.” Saya membacanya dengan pantas dan dapat memahami apa yang terkandung dalam artikel itu.

“Hmmm… memang menarik. C4-2” kata saya..“Ah? C4-2?”

“Yelah, skandal kapalselam itu ialah C4. Yang ini C4-2.”“C4-2? Tak paham.”

“ Tak mengapa ,” jawab saya. “Bergurau sajer.” Memang Tukang Karut memerlukan masa untuk memahami sindiran dan gurauan.
“OK, jadi kamu mahu saya ceritakan perkara ini degnan Tun?”

“Ya, tolong tanyakan apakah Tun sedia bertemu Askiah. Dia ada simpan segala dokumen dan bersedia serahkan dokumen itu kapada Tun.”

“Baiklah. Tetapi apakah isu nya?” tanya saya. “Saya masih tidak memhamai isu itu.”

“Ceritanya begini. Adib dan Askiah ada satu syarikat yang menguruskan pembelian Sukhoi. Harga kontrak adalah lebih dari RM3 bilion dan komisennya ialah RM450 juta. RM250 juta telah dibayar kepaa Najib. Ada bakinya ialah RM200 juta.“O.K.”“Tetapai Adib telah menubuhkan saut lagi syariakt yang namanya seakan-akan sama di Labuan dan dia bukan satu akaun bank yang baru dengan nama syarikat itu. Askiah bukannay menjadi pengarah syarikat di Labuan itu dan dia juga bukan seorang penandatangan cek syarikat tersebut. Kemudain Adib telah alihkan RM200 juta kepada akaun syarikat yang didaftarkannya di Labuan.”

“O.K..”
“ Pada satu hari Askiah dapati semua wang syarikat telah lesap dan dia telah menyaman abangnnya. Apabila abangnya mahu membunuh beliau dia lari dan kini sedang bersembunyi. Sekarang dia sudhabersedia keluar dari sembunyaiannya untuk bertemu Tun dan serahakan segala dokuman. Beliau juga memilikki segala kenyataan bank untuk menunjukkan RM250 juta telah dibayar kepada Najib dan RM200 juta telah dialihkan kepada syarikat di Labuan.”

“Apa yang kamu mahu Tun buat dengan maklumat semacam itu?””Dia mahu keseluruhan kisash itu menjdi pengetahun umum supaya dia merasa selamat. Apabila seluruh dunia mengetahui kisah itu maka Adib tidak boleh bunuh dia. Jika tidak semua orang tahu dia yang membunuh Askiah. Barulah dia berasa selamat.”

”Tetapi ini bermakna Najib akan tumbang.” Kata saya tetapi lebih merupakan satu soalan dan bukannya satu kenyataan.’Sudah pasti!”

”O.K., biar saya cakap kepaa Tun..” kata saya secara brbohong. Saya tidak fikir Tun Dr. Mahathir akan berminat untuk menjatuhkan Najib. Lagipun, bukankah dia yang memaksa Abdullah Ahmad Badawi mengambil Najib sebagai orang nombor dua? Kalu dibiarkan Abdullah membuat pilihan, Najib sudah lama berada dalam jel dan bukannay mengisi kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Sudah tenau ini akan menjadia satu cerit yang bagus. Kalaulah Adib bersedia memmbunuh adiknya sendiri seperti yang dikatakan oelh Tukang Karut, saya yakin dia tidak akan teragak-agak melakukan lebih dahsyat dari itu kalau saya bocorkan ceirta ini dalam Malaysia Today. Mereka berkemungkiann menjumpai srpihan tulang saya berkecai meraata hutan dan melabelkannay C4-2, mangsa pembunuhan mengikut cara sama tidak sampai satu taun, selepas yang perama.

”No way Jose!!!!!!!! Klau setakat ditahan bawah ISA mungkin yang paling dahsyat yang sanggup saya tanggungi Saya tidak sanggup mengambil risiko lagi. Diledak hingga berkecai dengan C4 buanlah rencana mainan saya. Saya akan menyimpan kisah ini dalam fail “KIV” dan tidak abaut apa-apa emgnenainya lagi. Sayabercadang untkmnelefon Tukang Karut dan nyatakan saya sudahpun bercakap dengan Tun dan saya serahkan kepada Tun apa tindakan selanjutnya. Kisah ini terlalu panas dan ada beberapa aspek cerita itu yang tidak boleh diberitahu.

Saya tahu bahwa saya pernah berakta bahawa Malysia Todak adlaha stu forum yang bebas dan mempunyai bisnes mendeahakan kisah yang belum diberitahu. Mungkin, untuk pertama kali saya terpaksa emlanggar peraturan ini dan saya minta maaf kepad apara pembaca Malysia Today kran tidak menyiarkan kisah ini. Saya fikir pada kali ini satu kisah yang tidak dihebohkan akan terus tetapi menjadai kisah yang tidak diberitahu. Maaf yer….!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home