Thursday, January 25, 2007

Anak Lelaki Altantuya Bercakap Kepada Rakyat Malaysia

Thursday, January 25th, 2007...4:33 pm

Anak Lelaki Altantuya Bercakap Kepada Rakyat Malaysia
(Altantuya’s son speaks to Malaysians)

Artikel asal ada di http://sloone.wordpress.com

Terjemahan - marhaintua-

Di sini ada sepucuk surat yang ditulis khas oleh anak sulung Altantuya, berusia sembilan tahun. Surat itu telah diterjemahkan oleh satu pertubuhan NGO di Ulambatoo, Mongolia. Itulah surat yang menyusuli beberapa banyak lapuran negatif tentang Altantuya dalam media, khususnya lapuran terkini Baginda mendedahkan hubugan intimnya dengan mendiang. Surat itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Orang panggil saya “Joohnoo”. Semasa saya kecil, badan saya memang amat kecil sehiggakan ibu memanggila saya dengan nama “Joohnoo”.

Ibu saya pun berbadan kecil juga, tetapi dia memang pintar dan bergeliga. Memang dia lebih dari seorang wanita.

Kepada abang dan kakak, kepada Polis Malaysia dan Kepada Baginda..

Kepada mereka yang pernah melihat ibu saya, bagaimanakah mereka tergamak membunuh ibu saya yang berbadan kecil itu? Apakah mereka tidak terfikirkan benda lain semasa mereka membunuh ibu saya?

Apakah anda kalian tidak mempunyai seorang ibu, kakak ataupun adik perempuan?

Saya bersekolah, sambil menjaga adik yang sakit dan menunggu kepulangan ibu.

Adik saya yang kecil tetapi sakit boleh bercakap. Dia kerap bertanya bila ibu akan pulang? Dia pergi terlau jauh dari kita, bila dia akan pulang?


Siapakah nanti yang akan saya dakap dan cium pada Tahun Baru? Kepada siapakah nanti saya boleh memberikan hadiah bunga?

Setiap kali rakan sedarjah bercakap mengenai ibu-ibu mereka, saya dapat rasakan air mata menitis di pipi. Walaupun saya kecil saya juga mempunyai perasaan.

Datuk saya pulang dari negara anda; dia berkata ibu telah mati kerana keracunan makanan. Tetapi saya tahu apa yang telah terjadi daripada media dan surat khabar.

Saya selalu mencium gambar ibu dan mengasihinya dalam jiwa raga. Saya sedih melihatkan nenek yang sering menangis, membaca Kitab Sutra Budha dan menyalakan lilin di hadapan gambar ibu saya.

Kadangkala, ada wanita lain yang wajahnya menyerupai ibu saya semasa saya berjalan-jalan.

Siapakah gerangan orang Malaysia yang telah membunuh ibu saya dan menjadikan saya bersama adik saya menjadi yatim piatu selama-lamanya.

Kami perlukan lebih banyak wang sekarang ini untuk keperluan perubatan adik saya!

Saya berharap akan ada rakyat, hakim dan pemimpin Malaysia yang baik hati. Saya berharap mereka akan bantu saya dan adik saya yang sakit.

Tolonglah siarkan surat terbuka saya dalam akhbar anda.

Daripada :Anak sulung Altantuya, “Joohnoo” dan adiknya , Mungunshagai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home