Wednesday, November 29, 2006

Musuh Dalam Selimut

27/11:

Musuh Dalam Selimut
(The enemy within the gates)
Matthias Chang – Malaysia-Today.net
Terjemahan -marhaintua-


Sejak saya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri (Mahathir) pada 2001, saya tidak pernah hentikan usaha memberi ingatan kepada pelbagai pihak akan kemungkinan meledkanya bencana yang akan menghenyak orang Melayu dan Islam dirantau ini secara amnya, dan UMNO pada khususnya. Inilah petaka yang direcana oleh beberapa kuasa di dalam dan luar negara. Usaha rasmi saya yang pertama ialah menyediakan satu kertas kerja bertajuk “The Path to National Suicide” (:Laluan Memusnah Negara Sendiri) yang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 21 Mei, 2001. Saya telah mengingatkan Perdana Menteri bahawa kemungkinan meledaknya satu bencana dalam masa lima hingga sepuluh tahun, jika tidak lebih awal dari itu dan peranan halus yang akan dimainkan oleh Singapura dalam keseluruhan perancangan musibah tersebut.

Pada 2005 saya telah menulis dua buah buku, “Future Fast-Forward” dan “Brainwashed for War” dalam usaha untuk memberi ingataan kepada ummah betapa pergolakan geopolitik semasa akan menjerut Islam dan kemungkinan meledkanya perang, bukan sahaja di Timur Tengah tetapi di rantau ASEAN juga, khususnya Malaysia. Sambil memetik kata-kata Professor Thomas Barnett, pengarang ‘Pentagon’s New Map’ dan seorang penasihat tentera kepada Pentagon, saya telah memberi amaran bahawa Malaysia sudahpun dijadikan sasaran untuk dikuasai dan dihamba-abdikan. Saya juga telah memperingatkn kemungkinan munculnya Tsunami Kewangan “Financial Tsunami” yang menenggelamkan keseluruhan rantau ini pada 2007/2008. Berbeza dengan krisis kewangan pada 1997. Pada kali ini tidak akan ada lagi jaringan keselamatan untuk usahawan Bumiputra. Mereka yang masih belum pulih sepenuhnya daripada henyakan krisis 1997 dulu, akan disapu habis diikuti oleh generasi ushawan selepas mereka dan yang baru sahaja diangkat menyertai permainan itu oleh pentadbiran Paklah. Memang tidak akan ada pilih-memilih. Masyarakat perniagaan Cina akan turut terhumban di samping orang Melayu.

Saya percaya Tun Dr. Mahathri Mohamad memang banyak mengongsi kesangsian saya terhadap masa depan Malaysia dan berusaha bertungkus lumus selma hampir tiga tahun menentukan rakyat Malaysia akan menerima peluang yang saksama untuk menghadapi segala cabarannya. Beliau telah didesak oleh segelintir penyokong parti yang setia yang mengatakan bahawa Paklah boleh dipercayai untuk mengambil alih pucuk kepimpinan bahtera Malaysia agar sentiasa tegap pelayarannya. Tun mempunyai keraguan juga, tetapi kesangsian itu tidak cukup untuk menangkis sentimen yang diserlahkan para pembantunya yang setia dalam hieraki parti. Kalaulah Tun melantik seorang calon lain, dia sudah tentu tidak akan merasakan kesetiaan penyokong setia parti itu dan perpaduan parti sudah tentu tergugat.

Tujuh bulan sebelum Tun bersara, memang nampak segala pertanda akan berlaku petaka. Terlalu banyak isyarat yang dilihat bahawa Singapura sedang memperlekehkan Tun gara-gara beliau sudah dianggap sebagai itek tempang dan mereka mulakan persiapan pecah tanah strategi untuk menguasai Malaysia Sedikit demi sedikit asset milik Singapura mula timbul dan satu jaringan intrig telah dianyam dalam Era Pasca Mahathir. Kerana status quo yang ada, Tun tidak boleh bertindak ataupun merubah keadaan, apa lagi menyandarkan harapan dan keyakinannya kepada semangat patriotisme dalam UMNO dan pada orang-orang kepercayaan beliau untuk menjaga aset-aset negara yang paling berharga. Tun begitu percaya bahawa UMNO sudah matang menjadi satu parti yang ada prinsipnya, dan yakin dengan keupayaan parti untuk mendaki satu tahap lagi untuk mencapai kegemilangannya, dan tidak mudah tunduk kepada kesetiaan menggila secara membabi-buta ataupun mudah dipujuk rayu oleh janji manis dan keuntungan kewangan.

Kek ekonomi telah diperbesar diluar jangkaan dan bolehlah dikatakan tanpa ragu-ragu lagi bahawa rakyat Malaysia memang sudah “boleh cari makan”. Secare kolektif kejayaan negara memang membanggakan. Tun adalah orang yang pertama yang berani mengaku keujuruteraan sosial bukan lagi satu sains yang tepat kerana tidak ada satu pelan induk yang standard ataupun buku teks yang boleh diikuti, kerana pastinya berlaku kesilapan juga. Memang terdapat banyak kritikan terhadap DEB, tetapi daripada kacamata masyarakat Melayu, mereka sudah lama berhijrah. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk merasa bangga dengan kejayaan.

Rakyat Malasyia sedar akan bahaya perbezaan kekayaan dan pendapatan antara pelbagai masyarakat kaum dan kesannya yang hodoh seandainya ketidksamaan itu terus berlanjutan. Tiga puluh lima tahun yang lampau telah menyaksikan usaha kolektif untuk memperbetul isu yang menyaktikan itu dan kita boleh berkata dengan bangga dan yakin bahawa kita telah mencapai kejayaan yang berpada. Akan tetapi, banyak lagi yang perlu dilakukan. Sebelum beliau bersara Tun telah menentukan struktur dan sistem yang mendasari pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi dengan berkesan sebagai usaha untuk mebesarkan kek ekonomi itu dan menentukan keseimbangan dalam perkongsian kekayaan negara dan segala kemewahannya.


Berbeza dengan Lee Kuan Yew, Tun tidak mempunyai hasrat untuk membayangi pentadbian yang baru. Dia telah diyakinkan oleh Paklah betapa keyakinan dan kepercayaan beliau tidak akan disalahtempatkan. Paklah telah memberikan jminan peribadi, seperti juga yang diberikan oleh pembantu Tun yang pernah dipercayainya bahawa pasukan itu akan menjalankan tugas menepati harapannya.


Soalan Cepumas: Kenapa Keadaan Berubah?

Akan tetapi ada sesuatu yang telah tersasar, di sebalik segala perancangan yang pernah dilakar dengan baik keadaan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Apa yang sudah terjadi?

Pembelotan!!!!. Itulah yang sudah terjadi. Umno sudah dimusnahkan dari dalam dan luar, di mana Singapura memainkan peranan yang penting. Mereka telah menagambil pendekatan ala Zionis-Mossad. Itulah modus operandi yang telah diperhalus oleh Singapura dan dilaksanakan secara berkesan oleh segala agennya yang sudah lama bertahan. Sasaran pertama ialah NST. Sesiapa sahaja yang menguasai NST ataupun jurusan media akan menguasai dialog politik dan propaganda. Apabila mereka mendapat tempat dan kedudukan , pakar tukang karut mula bekerja lebih masa untuk memomokkan Tun dan mencemuh legasinya. Tun telah mengadu kepada UMNO tetapi tidak ada sesiapa yang sanggup mendengarnya, seolah-olah UMNO sudah diselubungi kain penutup mata.

Keadaan semakin menyerlah. Satu kubu UMNO yang menguasai media dialog politik dalam bahasa Inggeris, telah dirampas tanpa sebarang rungutan. suara UMNO yang berkuasa .Mereka gunakan akhbar itu untuk mengabui pemikiran masyarakat kelas menengah Melayu yang berpendidikan bahasa Inggeris, dengan menabur pelbagai fitnah, mencetuskan kecelaruan dan haruhara --- sekaligus melebarkan jurang perbalahan antara Tun dan masyarakat politiknya.

Singapura hampir berjaya. Tetapi Tun telah berani menentang pertelagahan itu mendekati ambang pintu Singapura., apabila beliau mendedahkan skandal jambatan indah dan penjualan pasir kepada Singapura. Inilah yang telah mencetuskan keadaan tegang dalam politik yang berterusan selama lapan bulan. Singapura mula panik dan gegarannya mula dirasakan oleh musuh-musuh kita di negara ini. Tun mesti dimusnhakan tidak kiralah apa kosnya ataupun apakah kesannya nanti kepada negara ini, kepada UMNO dan juga kepada masyarakat Melayu. Rencana untuk menjerus UMNO tidak boleh dilonggarkan, selagi Paklah mencengkam kuasa dan segala aset masih kekal di situ, Tun boleh diasak dan dilemahkan


Memang mudah sangat strategi mereka. Dan setakat ini, tidak ramai dalam UMNO memhami impilikasinya. Semua tukang karut kini sudah melaungkan bahawa sudah ada kebebasan akhbar masa kini. Segelintir kes korupsi yang membabtikan orang berprofail tinggi (kenamaan) telah mendapat liputan muka depan akhbar utama.. Ia memuaskan nafsu pihak yang tertekan yang mahukan keadilan dan pembalasan. Apabila tukang karut beralih tumpuan kepada Tun, memomokkan dia seperti yang belum pernah terjadi kepadanya dalam sejarah negara ini, ada pihak yang berfikiran arif mengatakan bahawa perkara itu haruslah dijangka. Kerana kita sekarang sudahpun memilikki kebebasan akhbar.

Tidak ramai yang sedar bahawa apa yang disebut sebagai kebebasan itu ialah ruang kebebasan untuk mengutuk Tun dan bukannya kebebasan untuk mengkritik Paklah ataupun pentadbiran beliau. Inilah dia taktik media Zionis/Israel yang paling biasa. Ariel Sharon adalah seorang penjenyaah perang, tetapi diwar-warkan sebagai ‘Pemimpin Kedamaian’ tetapi Yasser Arafat di momokkan sebagai seorang “pangganas”, seorang manusia yang tidak boleh diajak berunding’. ‘Korup’ dan sebagainya. Pembohongan demi pembohongan untuk mengaibkan Tun telah dilapurkan dalam NST.

Tun tidak berdiam diri. Beliau telah menyerang-balas. Ketokohan Paklah, Khairy dan tukang karut mula merudum. Sekali lagi Singapura menjadi gelabah, Tindakan yang drastik diperlukan -- sebagai pelencong minda yang mampu memprovokasi, kalau perlu hingga pertumpahan darah di jalan – sebagai mengalihkan tumpuan kritikan Tun. Lee Kuan Yew terkejut beruk dan mula menuduh orang Melayu di Malaysia cuba meminggirkan masyarakat Cina dan mempersoalkan apakah DEB masih relevan lagi. Kenapakah LKY mula jaga tepi kain orang dan menyibuk dengan urusan kita?

Dalam satu artikel yang berjodol: “The Wayang Kulit of Paklah and LKY” yang pernah disiarkan oleh Malaysia Today saya ada menulis:

LKY dan Paklah seolah-olah menganggap rakyat Malaysia adalah golongan yang bengong.
’Tuntutan maaf’ LKY menunjukkan betapa tertekannya regim LKY dan boneka mereka di Malaysia dan ketakutan akan terdedah akhirnya cara mereka mengawal Malaysia. Selepas sembilan bulan tersibarnya kritikan Tun Dr Mahathir yang lantang , bahawa Paklah dan Khairy adalah boneka regim LKY dan telah menjual Malaysia untuk mendapatkan pelaburan dollar Singapura, budak-budak di Tingkat Empat, dan para tukang karut sudah kehilangan modal bagaimana caranya untuk menentang segala pendedahan kerja busuk mereka. Luka yang ditanggung sudah semakin membarah Persiapan bermula apabila Khairy mulakan isu perkauman dengan memberi amaran kepada pemuda UMNO bahawa orang Cina akan mengambil kesempatan seandainya Melayu lemah. Malang bagi Khairy, sambutan yang diharapkanya tidak menjadi walaupun politik perkauman dimainkan dengan dahsyat sekali. Khairy gagal menonjolkan imej dirinya sebagai juara orang Melayu. Tuan besar Khairy di Singapura mula risau kalau-kalau Khairy tidak dapat menonjolkan diri sebagai ‘Juara Orang Melayu,’ kerana amat sukar untuk melakar kembali isu politik yang sudahpun dipersetujui oleh Paklah agar terus akur kepada Singapura suapaya terus menjadi seolah-olah Paklah yang sedang menguasai keadaan.

Belon ujian politik yang telah dinaikkan tinggi oleh Khairy tiba-tiba sudah menghilang entah ke mana. Tun Dr. Mahathir telah menang besar dalam propaganda perang yang sedang rancak diketengahkan.

Ada satu perjanjian bermuslhat di mana LKY akan membuat kenyataan yang berbaur perkauman mengenai peminggiran orang Cina di Malaysia oleh orang Melayu. Media massa telah diatur untuk mencetuskan jawapan kepada provokasi Singapura itu Kemudian Paklah akan mendesak satu penjelasan daripada LKY. LKY akan menuntut maaf dan akan menonjolkan beberapa pembohongan lagi untuk melonjakkan ketokohan Paklah.

Malang bagi LKY dan bonekanya, kelentongan itu tidak menjadi. Loceng penggera telah dibunyikan. Persidangan Agong UMNO adalah dijangka menjadi majlis untuk para pengkritik menghenyak Paklah. Kalaulah Tun dapat menghadiri persidangan itu, tidak siapa yang dapat meramalkan apa yang akan terjadi.

Apa yang lebih berkesan untuk melencongkan perhatian keseluruhan negara daripada kritikan Tun yang mencetuskan isu perkauman? Apa yang terjadi memang dahsyat sekali. Pada mulanya ia bertujuan untuk memudahkan Paklah mengeluarkan kenyataan terhadap para perwakilan yang begitu ghairah dan cuba menonjolkan imej seorang perdana menteri yang perihatin terhadap semua rakyat Malaysia. Hakikat bahawa itulah rencana yang dilakar memang jelas menyerlah semasa Khairy mengaku dailam akhbar Sunday Times pada 26 November 2006. (bukan 2007)

Saya petik kata-kata itu di sini:

Jadi, kita sekarang sedang mendebatknnya. Selepas redanya cakap yang berapi-api, kelantangan tentang hak ketuanan, hak keistimewaan dan laungan nasionalisme dan perkauman, ada orang yang cuba mengkaji semula tentang identiti etnik di Malaysia hari ini…

Selepas beberapa hari bereretorik adalah terlalu mudah untuk kata penyudah mengulanginya

Akan tetapi itu bukannya contoh kepimpinan. Kepimpinan bererti membenarkan apa sahaja yang perlu disuarakan; dibenarkan secara terbuka, dengan penuh tanggungjawab dan keberanian untuk mempengaruhi setiap individu balik ke jalan tengah, menenangkan yang tidak tenteram, dan menentukan emosi yang meruap-ruap menjadi satu tenaga yang positif dengan tujuan bukan semata-mata untuk orang Melayu tetapi untuk seluruh Malaysia.

Itulah kempimpinan yang kita nampak daripada Presiden UMNO dan mesti dikekalkan imej itu pada persidangan tahunannya.

Tukang karut telah bekerja lebih masa untuk menyibarkan dakwah politik ini. Timbalan perdana menteri dan Menteri defakto Undang-undang Nazri Aziz,. telah masuk campur dengan bersuara bahawa para perwkilan yang berani bersuara menuturkan cakap perkauman perlu bersedia menghadapi kesan Akta Hasutan. Kalaulah tindakan dibuat pada Persidangan Tahunan UMNO itu, mungkin ada sedikit ruang dalam usaha untuk mengekang orang yang rasis. Tetapi ia sengaja dibiarkan dan seluruh dunia melihatnya secara lintas langsung di TV Astro.

Akhirnya nanti daripada strategi pelencongan ini, ternyata menunjukkan apa yang dicakap-cakap dalam persidangan UMNO itu adalah sesuatu yang bukan baru. Di setiap persidangan, kenyataan rasis semacam itu memang perkara biasa. Tetapi membiarkan lintas langsung melalui Astro TV, rakyat Malaysia yang bukan-Melayu secara tiba-tiba dan untuk pertama kali didedahkan kepada kebodohan itu. Khairy dan golongan tukang karutnya menjangka satu libasan yang akan muncul kerana apa yang terjadi dalam masa beberapa minggu dari sekarang. Sekaligus itu akan mengkerdilkan sebarang kisah mengenai Tun ataupun apa yang dikritiknya. Sekali lagi saya kutip kenyataan Khairy::

”Persidangan tahun ini merupakan kali yang ke-delapan bagi saya. Saya memang berminat dengan persidangan itu dan cuba mendengar sebanyak ucapan yang mungkin, sambil mengambil catatan di setiap sessi yang saya hadir.

Selepas berakhirya persidangan tahun ini saya mengimbau persidangan yang lalu dan tidak nampak apa-apa yang ganjil telah berlaku…

Apabila saya tanya beberapa orang tokoh UMNO yang lebih berpengalaman apakah penilaian saya terhadap perdebatan tahun ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan yang dulu-dulu, mereka bersetuju berasaskan perspektif politik yang memakan masa yang lebih lama.”
Jika demikian tidak ada sesuatu yang meberansangkan Paklah untuk mampu menaikkan semangat para perwakilan bahawa dia telah menunjukkan kepimpinan yang luar biasa dalam ucapan penangguhannya. Persidangan yang dulu-dulu telah diadakan dalam sessi khas’ yakni tidak ada siaran langsung, dan kerana itu apa juga komen yang dituturkan walaupun ada yang amat berbisa adalah terhad dan tiadak mencetuskan impak luaran, Demikian juga yang dialami oleh parti yang berasaskan perkauman.

. Dengan membenarkan persidangan UMNO disiarkan secara lintas langsung, setelah menyedari kerapnya lakonan emosi yang berapi-api, ia dianggap sebagai perovokasi yang paling ekstrim untuk agenda politik --- bagi menyuntik imej Paklah. Apabila seseorang pemimpin sudah bersedia membiarkan negaranya menghadapi risiko, sehingga merelakan tumpahan darah di jalanan semata-mata untuk menyelamatkan kerjaya poltiiknya, dia sudah tidak layak lagi memimpin negara sebagai seorang perdana menteri.

Sentimen perkauman ini telah disiarkan secara lintas langsung kepada merata dunia. Inilah yang mencetuskan aib yang tidak terhingga kepada Malaysia kerana terdedahnya kepura-puraan Paklah dan Islam Hadhari serta kesederhanannya konon. Ahli politik Barisan Nasional yang memuji-muja kesederhanaan Paklah telah membantu mengembangkan kepura-puraaan itu dan segala pembohongannya. Rakyat marhaen tidak mudah diperbodoh oleh rencana busuk ini dan UMNO serta Barisan Nasional akan membayar padah yang tinggi harganya pada pilihanraya umum akan datang. Tidak dihairankan lagi kalau perkara ini akan menjadi.

Usaha kolektif selama tiga puluh lima tahun untuk mengongsi kek ekonomi sudah berakhir dengan kehampaan. Ia menjadi satu bencana yang tidak diduga. Sepatutnya Paklah menyelesaikan masalah yang mendesak sekarang ini, dan bersiap menghadapi tsunami kewangan, serta mempertahankan negara daripda serangan yang dilakukan keatas umat Islam oleh pakatan Zionis. UMNO di bawah kepimpinan Paklah dan Khairy telah sengaja menyibuk dengan peralatan yang berbahaya, hanya untuk mengekalkan kesinambungan dinasti Badawi. Apabila darah mula mengalir di jalanraya, sama ada kesan provokasi musuh dalam ataupun luar, dunia akan menyekup Paklah, Khairy, Hishamuddin dan para klon mereka sebagai orang-orang yang bertanggugjawab sepenuhnya.

Islam sudah dikorbankan untuk kesinambungan kuasa politik. Kini musuh Islam akan berkata bahawa Bush memang betul, Paus Katholik (Pope) memang betul. Ancaman Islamo-fascisme mengalakkan keganasan. Musuh-musuh Islam akan menabur benih keraguan. Mereka akan berkata bahawa umat Isalam memang tidak boleh dipercayai. Paklah dan para penyokongnya yang “setia” telah berpaling tadah terhadap Islam dan UMNO

Semoga Allah ampunkan anda Paklah kerana mencemar Islam, ummah dan Malaysia. Pada penutup ucaptama anda, anda telah menjerit tiga kali, Hidup Melayu….”Tetapi melalui tindakan anda itu sesungguhnya anda berkata “Bunuh Melayu”, “Bunuh Islam” dan “Bunuh Malaysia.”
Diterjemahkan - marhaintua-
28.11.06.

Tuesday, November 28, 2006

Buat Di Malaysia

28/11:
Buat Di Malaysia
(Made in Malaysia)

Raja Petra Kamarudin
Malaysia-Today.net
Terjemahan –marhaintua-

Berikut adalah hasil kerja fiksyen dan sebarang persamaan kepada peristiwa ataupun manusia yang sudah mati ataupun masih hidup lagi, ataupun yang akan mati adalah secara kebetulan sahaja.

“Mana lokasinya nanti?”

“Begini Ken, saya fikir eloklah lokasinya di Polynesia”

“Tidak Tim, bukan Polynesia. Kita akan berbelanja banyak dan kosnya akan melonjak. Buat di satu negara rekaan, yang tidak wujud. Kemudian, kita boleh mulakan penggambaran di dalam studio sahaja. Kosnya tentu murah sahaja.”

“Baiklah, apa kata kalau kita namakan .....ah...Bolehnesia....yeah...Bolenesia. Bunyipun semacam Polynesia.

“Bagus, tunjukkan saya skrip filem ...”

“Saya sedang menyiapkannya, Ken. Tetapi hampir 90% siap...ada sedikit yang tergantung sana-sini.

“Bila awak boleh berikan pada saya?”


Minggu depan. Tetapi saya fikir mahu bincang plot ceritanya dulu dan tambah apa juga pendapat anda dalam skrip itu.”

“O.K. Tak ada masalah ...ada babak percintaan ke atau tidak?”

“Mesti ada, banyak babak seks, termasuk kontrak (kementerian) pertahanan, wang sogok, intrig dan beberapa konspirasi politik......malahan pembunuhan ...membabitkan seorang ternama ?”

“Sedap bunyinya ...Cuba bayangkan ringkasannya kepada saya.”

“Baikklah, kita mulakan babak dengan polis....pasukan CSI...sedang menggeledah satu kawasan untuk mencari bukti. Seorang jogger telah terserempak satu mayat di tengah padang yang terpencil dan telah memanggil polis. Dari situ kita mainkan plot sampai ke tahap membayangkan muslihat polis untuk menutup satu kes.

“Jangan................., tukar itu kepada..... polis yang sebenarnya melakukan pembunuhan.

“Ya, hebat tu...polis melakukan pembunuhan...... Kenapa tidak kita tunjukan pasukan UTK yang melakukan pembunuhan. Itu lebih menarik?.”

“Baiklah saya terima......lupakan mayat. Pasukan UTK telah meletupkan mayat dan pasukan CSI mencari kawasan itu dan mengumpulkan serpihan mayat yang telah dibom.”

“Aduuuuiii ini lagi menarik. Tetapi, apakah motifnya? Kita perlukan motif. Apa motifnya membuatkan pasukan UTK membunuh seorang lelaki dan meletupkan mayatnya? Lagipun bukankah meletupkan mayat menyebabkan ia berselerak di merata tempat kejadian? Kenapa tidak ditanam sahaja ataupun dimasukkan dalam asid supaya ia larut. Bukankah dengan itu tidak ada bahan buktinya?

“Itu soalan yang bagus. O.K....... apa motifnya? Saya fikir begini. Mereka mahu mengenakan seserorang kerana itu mereka mahu serpihan mayatnya dapat dijumpai. Itu sebabnya mereka letupkan dan tidak gunakan asid.”

“Kish konspirasi yang saya sebutkan tadi adalah satu pertelagahan mahukan kuasa antara Presiden dan Timbalannya.”

Baiklah....... kenapakah kita tidak buatkan Presiden sebagi konspirator dan dia yang memberi arahan pembunuhan itu untuk memerangkap Timbalannya?”

“Tidak, saya cuba tengok daripada sudut lain. Ketua konspirator dalam skrip saya ialah anak menantu Presiden. Dialah perancang utama segala-galanya.”
“Kenapa pula anak menantu beliau?”

“Sebenarnya dia yang berminat menggantikan Presiden kerana itu dia mahu Timbalan dimusnahkan. Jadi dia rancang pembunuhan ini untuk memerangkap Timbalan Presiden.

“Jadi, mereka tangkap Timbalan?”


“Tidak mereka tangkap orang utama Timbalan, dia ini yang menyimpan segala harta karun yang dibalun oleh Timbalan, sebagai pemegang amanah”

“Apakah si Timbalan tidak jujur?”

“Alahai semua orang di Bolenesia adalah korup, malahan ketua gereja pun korup.”

“Jangan begitu.... Tukarkan Bolenesia sebagai sebuah negara Islam. Itu boleh namapak lagi hidup ceritanya.”

“Ya betul juga. Hampir semua negara Islam memang korup, jadi ia lebih berpijak di bumi nyata.”

“O.K cerita sikit hal orang kanan Timbalan tadi, macam mana kamu mahu kaitkan dia pula?”

“Begini.... dalam skrip saya ada seorang perempuan, gadis Peranchis yang menjadi tukang salur(perantara) wang haram. Dia memainkan peranan untuk menyucikan wang ini dengan menggunakan akaun luar negara.”

Ishhhhh tidak, tukar cerita itu. Apa kata kalau kita gunakan perempuan Tibet. Dan dia ini rapat dengan Dalai Lama. Jadi dia rapat dengan mereka yang memegang kuasa......oh, ini hal gadis yang dibunuh yer?? Awak mahu kisahkan mayatnya dijumpai di satu padang. Ubah....yang dibunuh itu ialah menjadi seorang gadis.

“Baiklah. Apa kata kita sebut dia ini adalah pemenang pertandingan Ratu Tibet? Tetapi dia tinggal di Peranchis dan di sana mereka mula-mula berkenalan?
Bagus.......dan katakan dia memang rapat dengan Dalai Lama. Tetapi kenapa mereka mahu membunuh dia?

“Begini.... Pertama, dia adalah pemegang amanah akaun rahsia duit mereka di Switzerland. Apabila dia mati, bermakna wang itu semua akan tersangkut di sana. Si Timbalan tidak lagi dapat memegang wang itu.. Lagipun mereka sudah dapat memerangkap pembantu kanan beliau tadi dengan pembunuhan itu. Ini semacam kisah serampang dua mata.

“Bagus...macam mana dengan babak seks pulak??”

“Kita boleh buat ‘flashback’ (tayang-balik) babak gadis itu di ranjang bersama si Timbalan tadi. Kemudian dia keluar daripada bilik hotel si Timbalan untuk menaikki kereta yang dipandu oleh supir dan potong babak ketika itu. Kemudian kita tunjukkan pula satu babak si gadis mengetuk pintu hotel lain . Menantu Presiden membuka pintu itu dan si gadis telanjang lagi....Jadi kita ada dua babak seks berurutan.....

“Hebat!!! Maknanya gadis itu mempunyai hubungan sulit dengan Timbalan Presiden dan juga anak menantu Presiden. Hebat plot itu.”

{Hehehe..mungkin kena tambah sikit lagi. Si gadis pada mulanya nak “buat” juga dengan Presiden. tetapi belum apa-apa Presiden sudah berdengkur..... Itu sebab si anak meantu tumpang se tongkat....– penterjemah menelah satu frame sahaja....}

“Hm... saya ingat kita akan akhiri cerita itu dengan Timbalan Presiden mengundurkan diri kerana skandal seks dan Presiden melantik seorang agen CIA sebagai timbalan yang baru?”


“Oh CIA..... kita tidak boleh ketepikan mereka. Setiap kali ada perkara berlaku CIA mesti ada memainkan peranannya. Tetapi macam mana nak kaitkan mereka dengan kes ini?”

“Begini....CIA ada merakamkan aksi gadis Tibet itu dengan anak menantu Presiden di atas katil. Kemudian mereka tunjukkan video itu kepada Presiden yang hampir pengsan. “

“Apa tujuannya?”
“Bolenesia adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan AS mahukan minyak yang murah.”

“Kalau begitu ada jalan......Kita boleh tunjukkan Presiden Bolenesia sedang minum teh dengan Bush diRumah Putih dan dia minta Bolenesia membekalkan minyak dengan harga premium tetapi Presiden enggan menunaikan permintaan itu. Apabila Presiden beredar, Bush panggil Pengarah CIA dan minta dia kenakan Presiden. Pengarah CIA telah bercakap dengan dua orang petugasnya di Bolenesia dan meminta mereka ‘kenakan’ Presiden supaya dia berlari balik menemui mereka minta bantuan.”

“Apa kata kita jadikan gadis Tibet itu seorang agen CIA juga?”

“Betul juga. Dan tugas dia ialah menyusup masuk kerajaan Bolenesia dan adakan hubungan dengan beberapa orang ternama. Semacam Mata Hari. Tentu menjadi lebi eksotik plot kamu.

“Itu juga boleh jadi satu sebab kenapa mereka membunuh dia. Wang itu tidak berada dalam akaun Bank di Switzerland, tetapi dalam akaun palsu CIA. Kerana rahsia sudah terbongkar maka mereka bunuh gadis itu.”

“Hebatt................Bagus plot kamu. Baiklah, sudahkan skrip kamu. Masukkan juga kisah kontrak pertahanan dengan Russia; mungkin kisah kapalselam Russia, ataupun semacam itu. Itu cara mereka dapat komisen kontrak.... dan mungkin juga kisah pembekalan komponen nuklear kepada Korea Utara. .... Mungkin jgua menantu Presiden yang membekalkan komponen nuklear itu. Jadi kaitkan keseluruhan keluarga Presiden. Bush cuba mengancam mahu mendedahkan semua ini kalau mereka enggan membekalkan minyak”

{Nanti dulu...........penterejemah nak mencelah siktit lagi....! Kalau kamu masukkan plot pembekalan kapalselam Russia, kamu kena masukkan sedikit ‘frem; bagaimana presiden dulu yang buka kontrak dengan Russia dan dapatkan belanja untuk membawa anggota kabinetnya pergi ke Khutub Utara, sebahagian komisen lagi bagi menghantar seorang angkasawan ke angkasa dan sebahagian lagi kos menggugurkan kereta Wira dari angkasa ke Khutub Utara...}

“Saya akan siapkan skrip itu minggu depan. Saya hanya perlu menulis idea baru ini. Saya fikir kita ada satu plot yang cantik. Memang lah semua ini tidak boeh berlaku dalam kehidupan kita,. Terlalu jauh khayalannya. Tetapi macam itulah kisah wayang. Kita berurusan dengan fantasi bukannya realiti.”

“Yeah... mana ada satu pasukan UTK (SWAT) yang bodoh rela meledakkan manusia?

“Sesungguhnya mereka bukannya bodoh. Mereka mahu biarkan ada bahan buktinya supaya pasukan CSI boleh menjumpainya. Semua itu adalah sebahagian muslihat untuk memerangkap si Timbalan.”

“Heee.............., saya ada satu idea baru. Mungkin juga kita tunjukkan Presiden yang tumpas, dan si Timbalan mengambil alih. Ini adalah satu plot CIA untuk menggulingkan Presiden supaya si Timbalan boleh mengambil alih.”

“Buat apa?”

“Tentulah kerana minyak. Presiden Bolenesia enggan menjual minyak kepada Bush tetapi si Timbalan bersetuju.... saya fikir begini..... lupakan si menantu tadi. CIA ada menyimpan satu rakaman video Timbalan mengadakan hubungan seks dengan gadis Tibet tadi dan memeras ugut Timbalan itu pula. Dia bersetuju menjual minyak tetapi tidak mampu kerana dia hanya orang nombor dua. Jadi mereka gulingkan Presiden untuk membolehkan Timbalan mengambil alih dan jual minyak yang AS mahu pada harga murah. “

Wau..... OK. Bagus jalan cerita ini. Semakin bagus jadinya. Saya akan buat perubahan dan jumpa anda minggu depan.”

“Baiklah... saya akan cakap dengan Tom dan cuba dapatkan bajet yang anda perlukan. Apa kata anda gunakan RM100 juta?”

“Boleh........ sebab kita gunakan banyak penggambaran di studio dan tidak banyak di lokasi. Tetapi saya belum susun para pelakonnya lagi.”

“Jangan risau mengenai kasting....Saya akan cuba usahakan. Berikan saya skrip itu dan saya akan edarkan. Dengan plot semacam ini kita mungkin dapat tarik ramai bintang yang berminat. Kita mungkin ajak Jennifer Lopez lakonkan peranan gadis Tibet.

“Tapi...wajah dia bukan macam orang Tibet?”

“Jangan risau. Emak dia seorang Tibet tetapi ayah dia Peranchis .... mungkin seorang diplomat Peranchis yang pernah berkhidmat di Tibet. Dia pun seorang agen CIA dan itulah caranya mereka berjaya mengrekrut anaknya.

“Baiklah. Biarlah saya balik dulu jika tidak nanti tidak ada penamat cerita ini. Terlalu banyak kemungkinannnya.”

“Aha.... itulah kesenian fiksyen.. Anda boeh tulis skrip mengikut kehendak selera anda. Lagipun tidak ada kisah semacam ini yang boleh terjadi di dunia ini.

tamat

Monday, November 27, 2006

Bila Allah berkata "Jadi!" Ia pun menjadi

24/11:
Bila Allah berkata “Jadi!” Ia pun menjadi.
(If God says “Be!”, so be it)

Raja Petra Kamarudin

Tejemahan –marhaintua-

Adalah satu perkara biasa untuk seseorang seperti saya ini menerima ugutan.. Itulah satu sebabnya kenapa isteri saya mendesak agar saya menjual Yamaha Virago saya. Beliau takut kalau-kalau saya akan digesel ketika menunggang motor kesayangan saya itu. Memang mudah melakukannya keatas motorsial semacam itu. Apa yang perlu dibuat ialah seseorang menyinggul dengan keretanya dan si penunggang motor itu akan menjadi bahan sejarah sahaja. Kerana mahu memberikan ketenangan kepada isteri saya dan bukannya kerana takutkan sangat akan bahaya menongang motorsikal itu, saya telah akur, walaupun saya memang rindukan nikmat menonggang motorsikal


Sejak 1999 lagi, saya telah menerima pelbagai ugutan, dari ancaman dikenakan santau hingga ditangkap bawah Akta Hasutan ataupun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri hinggalah ditembak dengan sebiji peluru di kepala.

Malam kelmarin ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka di kediaman Ibrahim Ali di Taman Melawati, saya telah menerima satu anccaman melalui telefon daripada seoang manusia bernama Rudy daripada Kedah. Inilah yang dikatakannya dengan menggunakan telefon berombor 016-20116671
Saya tidak pernah ambil kisah mahu mengesan nombor telefon kerana saya percaya tidak ada seseorang yang berani menelefon saya daripada nombor berdaftar kecuali dia memang bodoh sangat ataupun memang merupakan jenis orang UMNO yang ‘berani-bodoh’ dengan tanggapan bahawa undang-undang hanya untuk dikuatkuasakan keatas mereka yang menentang kerajaan sedangkan orang UMNO dikecualikan dan mengatasi undang-undang.

Saya telah membiarkan si Rudy bercakap apa yang dia suka tanpa mematikan telefon saya. Saya mengambil sikap berlemah lembut dengan beliau tanpa menggunakan kata-kata kasar ataupun kotor dalam memberikan balasan apa yang dikatakannya. Seperti yang saya selalu katakan, saya mungkin tidak bersetuju denran pendapat seseorang tetapi saya akan pertahankan hak oraang itu dengan menyiarkannya, dan inilah apa yang sebenarnya saya lakukan dengan Rudy walaupun panggilan telefon beliau merupakan satu ancaman untukmenamatkan riwayat saya di dunia ini seandainya saya teruskan mengkirtik Abdullah Ahmad Badawi.

Rudy berkata Abdulah baru tiga tahun sahaja mencengkam kuasa, jadi kenapa saya tidak biarkan dulu dan berikan masa untuk beliau menjalankan tugasnya? Kononnya apa yang sya lakukan ini akan memecahbelahkan orang Melayu, kata Rudy, dan kalu orang Melayu berpecah dan orang Cina meraih keuntungan darinya maka ‘mereka’ terpaksa bertindak sesuatu. Si Rudy (dan rakan-rakannya) tidak boleh biarkan saya begitu sahaja tanpa terhukum. Lagipun mereka tahu di mana saya tinggal dan amat mudah untuk mencari saya. Memang banyak cara mereka boleh mengenakan saya. Dengan amaran begitu, orang yang bolehlah dikatakan seorang kawan yang baru bernama Rudy daripada Kedah telah menamatkan perbualannya.

Isteri saya sedar ada sesuatu yang tidak kena dan bertanya apakah halnya. Saya pun menceritakan apa yang terjadi dan dia senyum sahaja. Isteri saya memanglah orang Cina tetapi ancaman orang Melayu untuk menamatkan riwayat saya tidak pun merunsingkan dirinya. Apakah dia bodoh? Apakah dia fikir saya ini semacam Superman? Ada juga dia berkata saya ini memang Superman di ranjang tetapi dia tidak pula fikir saya ini seorang halimunan dan kebal yang hanya boleh tumpas kepada asakan ‘Kryptonite’ Itulah pandangan seorang Muslimah sejati walapun dia tidak lahir sebagai seorang muslimah dan menganut Islam hanya ketika 18 tahun.

Ramai orang buat komen bahawa isteri saya bukan seorana muslimah kerana tidak bertudung dan menghisap rokok. Dakwaan itu memang benar dan kalau anda turut menikmati sebatang cerutu yang baik anda boleh menemani saya di Havana Club di Concorde Hotel untuk kita sama-sama bersembang dan berdebat mengenai apa sahaja yang dekat dengan jiwa kita, yakni Islam - semestinya. Walaupun isteri saya tidak pernah masuk sekolah agama, dia telah pernah ke Mekah mengerjakan rukun Haji. Tokoh-tokoh yang diminatinya adalah Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat. Tokoh yang menajdi kegemarannya adalah Almarhum Fadzil Noor, bekas presiden PAS, dan kami pernah berada sehari suntuk di rumah almarhum di Alor Star. Isteri saya kerap membuat komen terhadap wajah Fadzil Noor, Hadi Awang dan Nik Aziz. Wajah mereka kelihatan bersih katanya dan beliau memang amat menghormati mereka.

Tentu ada pihak yang merasa ganjil bila melihat seorang wanita yang tidak bertudung dan memakai seluar ‘jeans’ serta baju-T sambil merokok ‘Malboro Light’ dapat menyesuaiakan diri di kalangan ikon PAS semacam ini. Akan tetapi apabila selesai perjumpaannya dengan orang-orang yang dianggap jenis ‘Taliban’ ini isteri saya merasa lega dan penuh mengkagumi mereka. Dia merasa selesa berada di Taman Melewar dikelilinggi kaum ibu PAS, sama semangat dan keselesaan ketika berada di Havana Club sambil menikmatai cerutunya -- walaupun beliau satu-satunya wantita yang tidak bertudung di antara mereka yang penuh bertutup kepalanya. Mungkinkah ini satu percanggahan? Tidak, saya tidak fikir begitu. Cuma beliau tahu apakah erti Islam walaupun dia mempunyai latar belakang Katholik dan mengenali Islam adalah apa yang tersemat di hati dan buakannya begantung kepada luaran semata-mata.

Isteri saya memang biasa dengan Al Quran kerana kerap membaca dan mengetahui segala maknanya. Ada kalanya dia menyebut: “apakah anda tahu apa yang dikatakan di sini oleh Quran?” sambil mengulangi surah berkenaan yang menarik minatnya, kemudian berkata lagi; “Tetapi....kenapakah orang Melayu melakukan perkara yang menyongsang?”

Itulah isteri saya. Dia tahu apa yang ada dalm Quran. Dia juga tahu ramai orang Melayu tidak mengikuti ajaran Quran. Malahan, dia juga tahu ramai orang Melayu yang tidak membaca Quran dalam bahasa yang mereka boleh faham tetapi membaca al Quran laksana burung kakak tua tanpa memahami apa yang mereka baca. Itulah sebabnya isteri saya tersenyum sahaja apabila saya menerima ugutan dan ancaman maut seperti yang saya terima malam kelmarin di rumah Ibrahim Ali.

“Adakah abang tanya dia, apakah itu satu ancaman ataupun satu janji?” tanya isteri kepada saya. “ Jenis penakut sahaja yang suka mengancam, orang lelaki yang membuat janji.”

Saya menjawab betapa saya tidak berapa layan Rudy kerana mahu dengar apa yang dicakapkannya . Saya juga tidak menyangkal beliau kerana memberikan masa untuk beliau menyerlahkan apa sahaja yang dia suka. Dia berhenti selepas selesai dengan ugutannya.

Sikap tidak peduli oleh isteri saya dan saya juga, boleh dirumuskan dengan mudah kalau anda pernah membaca al-Quran dan memahami apa maksudnya, dan meyakininya. Tidak ada apa-apa yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Allah menentukan apa yang terjadi dan nasib serta destini anda sudah pun tertulis sebelum anda lahir lagi. .

Kita tidak boleh melengahkan ataupun mempercepat kematian kita kerana Allah sudah menentukannya sebelum kita lahir lagi --- bila, di mana dan bagaima kita akan mati. Si Rudy daripada Kedah tidak boleh melakukan sesuatu yang telah ditentukan Allah terlebih dulu. Kalaulah si Rudy dan 99% orang Melayu yang lain dan yang dikatakan beragama Islam di Malaysia, mempercayai dia mempunyai kuasa untuk menamatkan riwayat saya sedangkan Alah yang menentukan segalanya, bererti si Rudy dan 99% umat Islam yang lain di Malaysia ini adalah penganut Islam yang tersesat jalan..

Kenapkah orang Melayu tidak membaca Quran? Kenapakah mereka tidak cuba memahami apa yang Quran katakan? Kenapakah mereka tidak percaya bahawa Quran tidak berbohong dan menyatakan kebenaran, kalau benar-benar mereka itu beragama Islam? Apa jenis Islam mereka ini Apakah mereka fikirkan bahawa sarban dan jubah itu tanda orang Islam yang sebenarnnya? Apakah pakaian menentukan anda Islam ataupun tidak? Kalau saya mengenakan pakaian Madonna, apakah ini bermakna saya sudah menjadi seorang penyanyi?

Adalah amat malang bahawa orang yang mengaku Islam, yakni orang Melayu, boleh memandang rendah kepada isteri saya kerana cara dia berpakaian. Orang Melyu yang berkopiah putih itu dengan isteri yang betudung lingkup menggeletar untuk menentang kerajaan. Mereka takut kalau menentang kerajaan mereka akan merana dan akan mengharungi keperitan hidup di dunia. Mereka melupakan hakikat apa yang dikatakan oleh Quran bahawasanya tidak ada apa-apa yang berlaku tanpa izin Allah. Mereka tidak faham hakikat bahawa Allah sudah pun memutuskan apa yang akan terjadi sebelum kita lahir lagi. Di manakah keimanan mereka: Mereka menjerit dan melolong mengenai akidah. Tetapi di manakah akidah mereka, kalau berkata bahawasanya manusia dan bukannya Allah yang menentukan hidup mati mereka semua. Mereka mempunyai keyakinan bahawa UMNO dan bukan Allah yang menyediakan rezeki dan makanan mereka. Mereka berkata merekalah umat Islam yang baik dan isteri saya contoh yang tidak baik. Akan tetapi isteri saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah sedangkan mereka gelabah apabila ada agama bikinan manusia seperti UMNO.

Mereka mengutuk Hindu kerana berkata penganut Hindu memuja patung, dan bukannya Tuhan. Betul, Quran ada berkata jangan memuja patung ataupun berhala, tetapi hanya Allah semata-mata. Begitu juga kitab suci agama lain. Akan tetapi apakah yang dikatakan berhala itu? Apa maksud Quran yang menegah kita jangan memuja berhala? Apabila mereka menyebut berhala mereka menunjuk jari arah Batu Caves. Apakah Batu Caves ada tersebut dalam Quran? Saya sudah membaca al Quran berkali-kali dan tidak pun terjumpa perkataan ‘Batu Caves’.

Apakah umat Islam mengerti apa yang mereka baca? Apakah mereka faham apa yang tertulis dalam Quran? Apabila Quran bekata tidak ada tuhan selaian Allah, apakah mereka faham maknanya? Tentu mereka faham, jika tidak masakan mereka memakai kopiah dan tudung? Lagipun mereka sudah membaca Quran dalam bahasa Arab sejak berusia tujuh tahun lagi walaupun tidak memahami apa maknanya. Selepas itu mereka berpaling dari Allah dan melupakan amaranNya dalam Quran untuk menyandarkan harapan kepada manusia dan bukan kepada Allah. Sesungguhnya mereka tidak percaya apa yang Quran katakan dan tidak mempercayai Allah yang berkata Dialah yang menentukan nasib dan destini kita.

Iu sebabanya kita ada Melayu Islam seperti kawan baru saya Rudy daripada Kedah yang telah menelefon malam kelmarin memberi amaran bahawa mereka boleh mengganyang saya. Itu sebabnya 99% Melayu Islam mengongsi kepercayaan yang sama seperti si Rudy daripada Kedah. Inilah bahananya apabila mereka tidak mempercayai al Quran. Mereka tidak percaya bahawa Tuhan membuat keputusan terakhir terhadap masa depan ciptaanNya. Mereka fikir bahawa mereka boleh memperlekeh Allah dan betindak bercanggahan dengan kehendak Allah tentang hidup dan mati. Perkara begini memang sudah berlaku dulu, jadi ini bukanlah perkara pertama. Firaun pun pernah beranggapan dirinya Tuhan. Apabila diberitahu dia bukan Tuhan, dia bertanya kepda Nabi Musa apa yang menjadikan Tuhan. Jawapan Musa ialah Tuhan menentukan hidup dan mati makhluk manusia dan Firaun sebagai seorang manusia tidak mempunyai kuasa itu. Kemudian Firaun pun berkata, dia menghukum Musa untuk mati. Dia pun jatuhkan hukuman mati. “Jadi aku jatuhkan hukuman mati dan aku berikan kamu nyawa untuk hidup kembali, ” kata Firaun. “Ini bermakna aku pun Tuhan juga.”

Akhirnya Firaun telah ditelan oleh Lautan Merah bersama para pengikutnya dan Allah telah menghukum mereka semua.

Begitulah halnya dengan kamu kawanku Rudy daripada Kedah. Anda juga semacam Firaun. Anda juga berfikir bahawa anda adalah Tuhan. Anda berfikir seperti Firaun, seolah-olah anda boleh tentukan hidup dan mati saya. Seperti Firaun juga, Allah akan menghukum anda kerana keangkuhan yang anda pamirkan dan kerana ketaksuban bahawa anda boleh sempurnakan kerja Tuhan. Bacalah al-Quran saudara Rudy. Fahami apa yang anda baca .Berdoalah agar Allah ampunkan anda kerana terpesong daripada ajarannya Ataupun apakah anda tidak mempercayai al Quran kerana mempunyai Tuhan yang lain dariNya? Orang semacam kamu mengutuk Hindu kerana memuja patung dan berhala. Sheesh!!!! Alangkah bodohnya kamu.

Kamulah sebenarnnya pemuja berhala yang Allah sebutkan dalam alQuran. Anda telah memilih benda lain sebagai tuhan kamu. Anda fikir anda boleh lakukan apa yangAllah tidak relakan.
27 November, 2006.

Sunday, November 26, 2006

Perisik Russia Adalah Talam Dua Muka Merisik Untuk Israel

Perisik Russia adalah Talam Dua Muka Merisik Untuk Israel
(Dead Russian Spy was Israeli Double Agent)
November 25, 2006, 9:10 AM (GMT+02:00)
Terjemahan -marhaintua-

Leonid Nevzlin, bekas CEO syarikat minyak dan kini merupakan pengerusi Diaspora Museum di Tel Aviv, berkata bahawa bekas perisik Russia itu pernah tiba di Israel dengan beberapa dokumen rahsia yang mengaibkan pemimpin Russia.. Nevzliln mengagak bahawa kematian Litvinenko ada kaitan dengan maklumat tersebut, dan maklumat itu diserahkan kepada polis London yang menyiasat kematian..


Sumber perisikan DEBKAfile menambah bahawa bekas perisik Russia itu dipercayai merupkan talam dua muka, yakni merisik untuk Russia dan pada waktu yang sama merisik untuk Israel. Peranan ini disebut sebagai ‘double agent’ Beliau juga tealah menjual rahsia perdagangan kepada pelbagai ihak di luar dan di dalam Russia. Antara pembeli maklumat itu adalah warga ‘oligarki’ Russia yang mendapat suaka politikl di Barat.
Livinenko pernah berkhidmat sebagai seorang kolonel dalam Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia yang menjalankan perkhidmatan perisikan terhadap para peniaga.

Polis Britain telah menjumpai kesan radioaktif Polonium 210 dalam air kencing Litvienko.
Media London telah menuduh Vladimir Putin sebagai dalang dalam pembunuhan yang kata mereka adalah disebabkan unsur politik.

Sudah tentu hubungan Israel dengan Russia akan terdedah kepada suluhan yang berbeza, selepas ini.

Saturday, November 25, 2006

Apabila Si Otak Mereng Menjaga Rumah Orang Gila

19/11:
Apabila Si Otak Mereng Menjaga Rumah Orang Gila
( When the lunatics run the asylum)
Raja Petra Kamarudin


“Hidup China! Hidup China! Hidup China!”

“Hey, Wong! Apa yang kamu buat ni?”

“Aku sedang berlatih dengan ucapan untuk Persidangan Tahunanlah Ali.”

“Tapi...kenapa dengana melalak ‘hidup China’ pulak?”

“Aku nak tamatkan ucapan nanti dengan menjerit sebanyak tiga kali 'Hidup China’!!!!!

“Itu kerja gilalah. Bayangkan kalau seorang Melayu berdiri di atas pentas dan menjerit ‘hidup Melayu’ di akhir ucapannya? Bukankah dia kelihatan betul-betul bodoh? Saya percaya dia pun akan dianggap seorang yang rasis. Sudah tentu menggoyang-goyang pedang Kung Fu di atas kepala kamu juga diangap rasis? Maksud saya apa rasa kamu kalau ada seorang Melayu mula menggoyang-goyang keris dan mengancam mahu menikam orang lain ? Sudah tentu kamu juga akan merasa kecewa?”


“Hmm……kamu memang betul. Mungkin saya akan lupakan pedang Kung Fu itu. Tetapi apa salahnya kalau saya laungkan ‘hidup Cina’? Lagipun parti kami memang parti politik orang Cina?

“Saya tahu. Tetapi, Malaysia bukannya 100% milik orang China. Ada 60% Melayu dan 40% bukan Melayu ataupun semacam itulah. Saya juga tidak tahu angka sebenar kerana terdapat ramai orang Indonesia yang telah dibagikan kad pengenalan sehinggakan kita tidak tahu berapa ramai mereka itu sebenarnnya. Jadi tidaklah menjadi satu perkara yang sensitif kalau ada orang Melayu yang naik atas pentas dan mula menjerit “hidup Melayu?”

“Saya fikir kamu mungkin betul. Mungkin saya hentikan menjerit “hidup China” daripada ucapan saya.

Baiklah! Kalau anda lebih sensitif kepada perasaan kaum lain. Sebelum anda buka mulut, anda mesti berfikir sejenak apakah yang akan anda sebutkan itu mungkin menyentuh perasaan kaum lain ataupun tidak. Seperti degan para pemimpin Melayu, khususnya mereka di peringkat menteri, yang sanggup berdiri di atas pentas dan melalalakkan ‘hidup Melayu’, anda juga tidak seharusanya berkeliaran melalak ‘hidup Cina’ Apa jadi kalau orang Melayu membalas dendam hanya dengan menjerit ‘hidup Melayu?’ Apa pula perasaan kamu,

Betul cakap awak. Saya tidak pun berfikir semacam itu. Itu adalah satu nasihat yang baik.”

“Kami orang Melayu mungkin merupakan 60% penduduk di negara ini, tetapi kami masih tetap perihatin dan peka kepada perasaan golongan pendatang yang minoriti. Kami selalu fikirkan apakah perasaan orang pendatang seperti kamu.”

“Saya hargai perkara itu.”

“Datuk saya datang daripada Indonesia dan selepas negara mendapat kemerdekaan kerana negara itu (Indonesia) sedang bercelaru. Ketika itu Melaya masih lagi di bawah kuasa British tetapi negara ini stabil dan aman damai, walaupun ia masih merupakan tanah jajahan British Ayah saya telah dilahirkan di negara ini dan kami anggap diri sebagai Melayu Malaysia dan bukan warga Indonesia lagi. Kerana itu kami mesti berfikir sebagai rakyat Malaysia. Saya percaya anda pun berfikir semacam itu.”

“Memang, datuk moyang saya datang ke Malaya sekitar 1400 dan tidak ada seorang pun keluarga kami yang pulang semula ke China, walaupun sebagai seorang palancung. Kami tidak pun pun kenal saudara kami di China ataupu pun di mana mereka berada.”

“Saya ada juga pulang ke Indonesia, sekali sekala. Saya masih menziarahi saudara mara di sana, tetapi mereka adalah erlalu miskin. Kedaan hiduap di Indonesia memang sukar. Kami lebih beruntung berada di Malaysia. Cara hidp amat mudah di sini, khususnya kepada orang Melayu semacam saya.”

‘Kamu memang bernasib baik. Masih ada saudara mara di Indonesia. Ini bermakan anda mempunyai dua negara untuk dipanggil tanahair sendiri.

Kami orang Cina hanya memilikki Malaysia. Negara China tidak akan menerima kami balik kalaupun kami mahu pulang ke sana. Tetapi, apa gunanya balik ke sana? Bukannya ada apa-apa lagi untuk kami.”

“Keadaan di Malaysia pun bukannya teruk sangat. Sekurangnya kamu orang Cina boleh cari makan di sini. Kalau tidak dapat pekerjaan anda boleh berniaga bila-bila masa. Kami orang Melayu perlu bekerja dengan kerajaan, Jika tidak kami tidak ada mata pencarian. ?

“Orang Cina tidak boleh bekerja dengan kerajaan. Kerajaan tidak akan mengambil kami. Jadi kami tidak punya pilihan selain berniaga, walaupun terpaksa menjual VCD haram. Kadar pengangguran kami di kalangan lulusan universiti sudah naik sehingga 50% tahun ini berbanding tahun lalu. Apakah anda sedar perkara ini?”

“Aduhai, begitu tinggi?”

“Betul. Tahun lalu terdapat dua orang anak Cina lulusan universiti yang menganggur di seluruh Malaysia. Tahun ini tiga orang anak Cina lulusan universiti yang menganggur, jadi kenaikannnya bersamaan 50%.... kan?

“Oh...dahsyat juga yer? Keadaan tidaklah seteruk itu di kalangan orang Melayu. Tahun sudah terdapat 60,000 orang graduan yang menganggur. Pada tahun ini jumlahnya menjadi 66,000. Ini bermakna kadarnya meningkat 10% sahaja. Tidaklah dahsyat sangat.

“Tengok, orang Melayu lebih bernasib baik. Kerajaan serapkan para garaduan itu. Anda boleh masuk berkhidmat dnegna polis ataupun tentera. Kami orang Cina tidak ada tempat mana hendak pergi?”

“Saya fikir awak betul juga. Teapi itu semua adalah kesilapan para pemimpn politik kita. Kami ada UMO yang mengambil berat tentang kepentingan Melayu. Kamu ada MCA dan Gerakan, tetapi merka tidak peduli hal ehwal orang Cina. Kamu dibiarkan dan terpaksa berusaha sendiri. Kamu perlu bekerja kuat untuk menjadi kaya. Tentu susah kepada kamu sebagai orang Cina?”
“Oh, susah...memang terlalu susah. Awak fikir mudah nak jadi kaya? Terlalu susah. Bukan senang dan jadi jutawan sekelip mata. Anda perlukan assekurang-kruangnya dua hingga tiga tahun. Kami terpaksa buka kedai. Kamu boleh lihat di mana-mana tempat membeli-belah di Malaysia, hampir 100% kedai adalah milik orang Cina, walaupun di tempat seperti Kota Baharu. Orang Melayu tidak perlu buat begini. Kami perlu kerja kuat sepanjang hari termasuk hari Ahad. Kalau ada cuti pun ialah semasa Cuti Hari Raya Cina. Awak orang Melayu kerja hanya 34 jam seminggi. Kami orang Cina tepaksa bekerja hampir 100 jam setiap minggu, tiga kali ganda masa orang Melayu bekerja. Malahan kami tidak ada masa untuk bergi berbelanja untuk membeli belah. Itu sebabnya kalau anda pergi ke tempat membeli-belah dna kedai-kedai seperti Giant, hampir semua pelanggan adalah orang Melayu. Mana ada masa untuk kami orang Cina pergi ‘shopping’? Kami terlau sibuk bekerja.”

“Memang saya nampak tu...”


“Sebenarnya ada kalanya saya mengharapkan juga kami orang Cina mempunyai satu parti politik semacam UMO. Setidak-tidaknya kami boleh bertenang dan tidak perlu kerja kuat kerana kami biarkan parti itu menjaga kepintingan kami. MCA dan Gerakan adalah parti yang tidak berguna. Mereka tidak akan membantu orang Cina. Kerana itu kami terpaksa berusaha sendiri. Jika tidak, tidak ada sesiapa yang membantu.

“Itu sebabnya awak orang Cina harus ada golongan yang beminda politik macam kami orang Melayu,. Saya berani cakap, kalaulah bukan kerana politik, kami orang Melayu tidak akan jadi semcam kamu. Bayangkan kalau saya terpaksa kerja seratus jam seminggu duduk di kedai daripada pagi sampai malam, setiap hari dan setiap minggu tanpa ada cutinya.

Aiyaaa.... memang saya tidak boleh bayangkan azabnya.”

Terjemahan -marhaintua-

Wednesday, November 22, 2006

Bagaimana Mereka Berbohong Kepada Parlimen

Bagaiman Mereka Berbohong Kepada Parlimen
Raja Petra Kamarudin
Malaysia-today.net 222.11.06
Terjemahan -marhaintua-


Berikut adalah petikan daripada sidang parlimen pada 15 November, 2006.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kubang Kerian Yang Berhormat.

Dato’ Zainal Abidin bin Osman: Sila.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya tertarik tadi dengan jawapan Timbalan Menteri bahawa komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membasmi kemiskinan ini khususnya di kawasan luar bandar. Dengan saya memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa memberikan taklimat kepada perwakilan UMNO baru-baru ini bahawa beliau telah memperuntukkan sebanyak 600 juta lagi untuk projek pembangunan luar Bandar. Kita ucap terima kasih di atas komitmen ini tetapi yang meragukan saya adalah apabila kenyataan itu menyatakan bahawa ianya akan diagihkan kepada UMNO Bahagian dan mengikut laporan seorang Ketua Bahagian UMNO yang tidak mahu namanya disiarkan bahawa setiap UMNO Bahagian akan mendapat 3 juta ringgit tetapi saya ingin penjelasan di sini adakah duit ini peruntukan-peruntukan kerajaan ataupun duit daripada poket UMNO sendiri, 600 juta ini minta penjelasan kerana disebut inilah projek untuk pembangunan luar bandar, terima kasih.


Dato’ Zainal Abidin bin Osman: Terima kasih Yang Berhormat kerana membawa soalan ini. Kementerian belum lagi dimaklum tentang 600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar bandar tetapi menerusi apa yang kita lihat daripada media akhbar, 600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit UMNO dan akan dibagikan kepada ICU melalui SDO, dan tidak ada faktor yang disebut di sini tentang ketua-ketua bahagian mengikut apa yang difahamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara rasmi.


Lihat pula kepada Surat Timbalna Meneri Kerjaraya.TMKRM/0033/2013 November 2006

Ketua Pengarah Kerja Raya
Ibu Pejabat JKR
Tingkat 5, Blok F
Kompleks Kerja Raya
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur

u/p: YBhg. Dato’ Ir. Mohamad Razali Othman

YBhg. Dato’

Perlaksanaan Projek Kecil Kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia dan Sabah

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian YBhg. Dato’ di atas pemgumuman YAB Perdana Menteri pada 13 November 2006 di Putra World Trade Centre.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan projek-projek kecil di Semenanjung dan Sabah dengan nilai keseluruhan RM600 juta (Ringgit Malaysia Enam Ratus juta). Pecahan kecil untuk setiap kawasan Parlimen adalah sebanyak RM3 juta (Ringgit Malaysia Tiga juta) dan projek ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan.

3. Sehubungan itu, saya memohon kerjasama YBhg. Dato’ untuk mengambil tindakan proaktif bagi melaksanakan arahan YAB. Perdana Menteri melalui JKR Daerah dengan mengarahkan seluruh Jurutera Daerah mengadakan perbincangan dengan pemimpin tempatan bagi menentuan kerja dan lain-lain.

4. Segala kerjasama dan tindakan segera YBhg. Dato’ atas perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang ikhlas,

(tt oleh: DATO’ Ir. MOHD ZIN MOHAMED)

s.k.1. YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad BadawiPerdana Menteri Malaysia
2. YB. Dato’ Seri Samy VelluMenteri Kerja Raya
3. YB. Senator Tan Sri Dato’ Nor Mohamed bin YakcopMenteri Kewangan II



Perhatikan beberapa perkara penting dalam surat itu.

1) Surat itu bertarikh 13 November, 2006 DUA hari sebelum bersidangnya Parlimen sessi 15 Nmovember, 2006.

2)Surat itu bertarikh 13 November 2006, yakni HARI YANG SAMA Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu dalam pertemuan ‘pre-council’ di Ibupejabat UMNO Malahan, surrt itu telah disiapkan sebelum Abdulah emmbuat pengumuman pada hari yang sama. .

3) Surat yang ditandtangi Timbalan Menteri Kerjaya dan disalinkan kepada Perdana Menteri, Menteri Kerjaraya dan Meneri Kewangan II . (Ini bererti Timbalan Menteri Kerjaraya telah mendahului mereka yang lebih berpangkat darinya.—dan boleh berbuat demikian hanya kalau ada seseorang yang lebih besar pangkatnya daripada Menteri Kerjaraya dan Menteri Kewangan II memberikan kuasa kepada beliau berbuat demikian)

4) Jumlah wang yang perlu dilaksanakan ialah Rm600juta seperti yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi pada 13 November 2006.

5) Penglaksanannya mesti disiapakan dalam masa dua bulan. ( ini bererti RM600 juta mesti dihabiskan sehingga akhri tahun ini ataupun sekitarnya.).

6) Sarawak tidak diambilkria dalam rencana ini kerana tidak ada UMNO di negeri itu.

7) Peruntukan RM600 juta hanyalah untuk UMNO dan akan diuruskan oleh pemimpin bahagaian UMNO.

8) RM3 juta akan diperuntukan kepada setiap bahagian UMNO (tanpa peruntukan kepada Sarawak yang ketiadaan bahagian UMNO).

9) Surat pengesahan RM600 juta pada 13 November 2006 tetai dua hari kemudiannya pada 15 November 2006, Parliamen telah diberitahu : Kementerian belum lagi dimaklum tentang 600 juta yang ingin dikemukakan kepada projek-projek luar Bandar.


10) Ini adalah wang kerajaan dan diperuntukkan kepada UMNO kerana Parlimen telah diberitahu: 600 juta ini adalah diberi oleh duit kerajaan Barisan Nasional dan bukan duit UMNO.Harap maklum juga betapa Malaysia Today pernah melapurkan dalam Krisis Perlembhagana dalam UMNO pada 13 November 2006 dan Ali Baba beserta 40 penyamun pada 15 November 2006.
Pada 13 November 2006, menjelang Perhimpunan Agong UMNO minggu lalu Presiden Abdullah Ahmad Badawi, telah memanggil semua pemimpin 191 Bahagian Umno dan ahli jawatankusa untuk satu mesyuarat ‘pre-council’ dan mengumumkan bahawa belaiu akan memberikan setiap bahagian dengan RM3 juta. Sepatutnya wang itu adalah untuk pembangunan luar bandar. Tetapi wang itu akan diamanahkan kepda ketua bahagian dan ahli jawatankuasa mereka . Sesiapa yang mahu sebahagian wang itu ‘pandai-pandai bodek ketua bahagian’.
Salahuddin bin Ayub, anggota PAS bagi wilayah Parliamen Kubang Kerian, kemudian membangkitkan perkara ini di Parlimen pada 15 November 2006 dan jawapan rasmi yang diterima daripada kerajaan ialah wang itu akan diuruskan oleh kerajaan dan bukan oleh ketua bahagian UMNO.

Ini adalah satu jawapan yang penuh pembohongan dan bertujuan untuk memesongkan maklumat. Wang itu tidak akan – dan saya ulang tidak akan – diuruskan oleh kerajaan tetapi akan diuruskan oleh ketua bahagian UMNO. Kerajan berbohoong dalam Parlimen dan tidak tahu apakah impliaksi pembohongan ini.

Sebab merka berbohong di Parlimen adlah amat mudah. Wang RM600 jut aitu adalah dana kerajaan tetapi akan disalurkan kepada UMNO untuk kegunaan parti. Sudah tentu ini kerja haram. Tetapi merka perlu lakukn ini kerana alasan yang amat simple. Mereka mahu membeli ketua bahagaian termsuk ahali jawatanakuasa bahagian – yang kesemuanya adalah perwakilan di Persidangan Tahunan UMNO – sebagai jaminan tidak ada sesiap ayang akan membangkitkan soalna yang memalukan ataupun menghenyak Majlis Tertinggi UMNO kerana kontroversi membabiakan mesyuarat MT pada 28 September 2006.

Mengikut penilaian yang dibuat oleh Ibupejabat UMNO, sekitar 60% perwakilan masih menyokong Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan mereka telah diberikan rencana di mana segelintir mereka akan membangkitkan perkara yang baru sangat dirumuskan dalam Persidangan Agong itu. Kebanyakn merka itu sudah sedar pa yang terjadi semasa Majlis tErtinggi UMNO bersidang pad 28 September 2006. Pada mesyurat itu ada tindakan menarik balik catatan mesyuarat sebelumnya. Dalam mesyuarat itu (sebelumnya) Majlis Tertinggi telah membincangkan kisah Mahathir mahu bertanding bagi menjadi calon perwakilan, Majlis Tertinggi membincangkan perkara itu dan MT tidak mahu Mahathir menang. Menteri Besar Kedah dan ketua bahagian Kubang Pasu bukanlah anggotai Majlis Tertinggi tetapi telah menghadiri mesyuarat itu dan diberikan arahan untuk menentukan Mahathir kalah.

Itulah yang mereka lakukan. Pada petang mahu berlangsugnnya mesyuarat bahagian Kubang Pasu, mereka telah memanggil 450 anggota perwakilan bahagian untuk menemui mereka dan setiap ahli telah diberikan sampul surat mengandungi RM200 dengan arahan tidak mengundi pencalonan Mahathir. Itu sebabnya nama Mahathir tidak tersenarai antara nama yang bertanding Mesyurat di Kubang Pau itu telah juga dihadiri oleh anggota Lembaga Disiplin UMNO sebagai pemerhati, dengan tugas menentukan tidak ada sebarang taktik kotor digunakan semasa mesyuarat itu. Sepatutnya mereka menjadi polis untuk parti, tetapi mereka menjadi tukang karut dengan cara menghina Mahathir dan menjelaskan kepada para perwakilan agar tidak mengundi bekas bos parti mereka. Kalau menghantar seorang pencuri untuk menangkap pencuri lain , fahamlah kita tetapi kalau menghantar polis parti untuk melakukan jenyaah adalah paling unik di dunia ini dan bukannya di Malaysia sahaja. Di mana tercetus kontroversi baru membabitkan pasukan gerak Khas polis dan penglibatannya dalam pembunuhan.

Seperti yang mereka kata, apabila anda membohong anda perlu berbohong banyak kali untuk menutup pembohongan yang pertama tadi. Orang China kata semacam menggali satu lubang untuk menutup satu lubang yang lain. Akhirnya lubang kedua menjadi lebih besar lagi. Saya agak orang Amerika akan berkata bila anda menemui satu lubang, hentikan menggali lagi.
Seperti yang mereka juga kata, setiap peristiwa muncul tiga kali. Tetapi UMNO mengalaminya empat kali. Orang Cina kata empat (si) bererti mati. Kesalahan petama yang mereka lakukan ialah membincangkan macam mana mensabotj Mahathir di Mesyuarat Majlis Tertinggi. Kesalahan kedua ialah memadam semua catatan daripada minit mesyuarat . Yang ketiga ialah memanggil lebih 450 anggota perwakilan untuk bertemu dan membayar mereka RM200 setiap seorang agar tidak mengundi nama Mahathir. Akhirnya jenyaah yang keempat dan pukulan maut ialah membayar setiap bahagian RM3 juta duit kita (rakyat) tetapi mereka kata sebagai” (duit kerajaan Barisan Nasional seperti yang mereka sebut di Parlimen) untuk menentukan perwakian diam membisu supaya tidak ada sesiapa membangkitkan isu ini dalam Persidangan Agong UMNO. Saya fikir kalau pembunuhan boleh di pandang remeh sahaja apalah sangat mencuri RM600 juta duit kita, menyogok anggota UMNO, menipu dengan undi tipu, membohong di Parlimen dan pelbagai lagi yang kononya perkara remeh-temeh tidak akan menaikkan kening rakyat Malayasia.
Seperti yang orang Melayu kata , “perkara biasa saja”. Saya fikir ini membuktikan satu perkara: “ Melayu sudah hilang di dunia”, kerana orang Melayu yang tulen dulu-dulu tidak akan merelakan perkara semacam itu. Mereka akan menghunus keris dan menentang segala kemungkaran. Tetapi hari ini mereka menghunus keris hanya untuk mempertahankannya.

Tindakan Seterusnya

Tindakan Seterusnya (Bhgn 1):
(The Next Action)

Apakah Pentadbiran Yang Terluka Mungkin Tidak Akan Menyerang Iran?

Oleh Seymour M. Hersh The New Yorker. 11-20-6
Terjemahan – marhaintua


Sebulan sebelum pilihan raya Kongres pada bulan November 2006 yang baru berlalu, Naib Presiden Dick Cheney telah duduk berbincang perihal keselamatan Negara di ‘Executive Office Building’. Lama-kelamaan perbincangan itu melencong kepada perihal politik: Apakah akan jadi kalau Parti Demokrat menang kedua-dua Dewan nanti? Apakah kesannya terhadap dasar Amerika ke atas Iran, yang dipercayai hampir bertukar menjadi sebuah kuasa pengeluar nuklear? Pada saat itu, mengikut sumber yang amat biasa dengan perbincangan tersebut berkata: Cheney mula mengimbau kisah tugas beliau sebagai seorang ‘lineman’ pada awal 1960-an dahulu untuk satu syarikat tenaga di Wyoming. Waktu itu harga gangsa memang amat tinggi dan seseorang ‘lineman’ dimestikan membawa balik setiap potongan wayar gangsa yang berukuran tiga kaki ataupun lebih. Tidak siapa yang suka membuat catatan di atas bagi kerja itu, kata Cheney. Jadi dia bersama seorang rakan kerja telah dapat mencipta satu jalan penyelesaian: iaitu menentukan semua wayar dipotong pendek untuk mudah dibuang sahaja setiap tamat kerja. Itulah andaian kepada kisah kemungkinan Demokrat menang pada 7 November, Cheney berkata kemenangan itu tidak akan menyekat Pentadbiran Bush daripada meneruskan pilihan ketenteraan ke atas Iran. Rumah Putih akan memendekkan segala sekatan perundangan, kata Cheney dan menghalang Kongres daripada menyibuk dengan urusannya.
Keprihatinan Rumah Putih bukanlah kerana Demokrat akan menafikan dana untuk memerangi Iraq tetapi kemungkinan diadakan perundangan menyekat pemberian kewangan terhadap operasi yang bertujuan mengguling ataupun mengkucar-kacirkan kerajaan Iran, supaya tidak mencipta bom nuclear. “Mereka takut kalau-kalau Kongres mengadakan pungutan suara ke atas satu resolusi menyekat serangan ke atas Iran, seperti yang pernah dilakukan ke atas Nicaragua dalam Perang Contra dahulu” kata seorang pegawai perisikan kerajaan.

Pada akhir 1982, Edward P Boland seorang wakil Demokrat telah perkenalkan beberapa siri “Pindaan Boland” yang menghadkan keupayaan pentadbiran Reagan untuk memberikan sokongan kepada puak Contras di Nicaragua. Yang sedang berusaha mahu menjatuhkan kerajaan sayap kiri Sandinista. Sekatan Boland itu menyebabkan pegawai Rumah Putih menyelaraskan aktiviti haram mengutip dana untuk Puak Kontra, termasuk penjualan senjata Amerika melalui Israel kepada Iran. Inilah yang mencetuskan skandal Iran-Contra pada pertengahan lapan puluhan dahulu. Mengikut sumber: kisah Cheney itu beliau memberi andaian bahawa apa juga yang akan dilakukan oleh Kongres yang didominasi oleh Parti Demokrat untuk menyekat kuasa Presiden Bush, pihak Pentadbiran akan mencari jalan keluar daripada sekatan itu. (Kisah ini telah dinafikan oleh Jabatan Naib Presiden kemudiannya).

Dalam temubual, pegawai dalam Pentadbiran yang ada dan juga yang terdahulu berbalik kepada satu persoalan:: “apakah Cheney akan terus berpengaruh dalam dua tahun terakhir tempoh khidmat Presiden George W. Bush seperti perkasanya pengaruh beliau sejak enam tahun yang lalu?” Cheney mempunyai perasaan empati mengenai Iraq. Pada akhir Oktober beliau telah memberitahu akhbar The Time: “Saya tahu apa yang difikirkan oleh Presiden, “ mengenai Iraq. “Saya tahu apa yang saya fikirkan. Dan kami bukannya memikirkan strategi pengunduran. Kami mencari satu kemenangan. “ Dia memang sama jelas dengan Pentadbiran bahawa kalau perlu, mahu menggunakan kekerasan ke atas Iran. “Amerika Syarikat sedang menilai segala pilihan dalam menyelesaikan perilaku yang tidak bertanggungjawab regim Iran,” katanya kepada satu kumpulan pelobi Israel awal tahun ini. “Kita telah bersama dengan negara lain untuk menghantar satu utusan yang amat jelas mesejnya bahawa kami tidak akan membenarkan Iran memiliki senjata nuklear.”

Pada 8 November , Parti Republikan telah kalah di kedua-dua Dewan, Bush telah mengumumkan peletakan jawatan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dan menyebut nama pengganti beliau, Robert Gates yang dahulu merupakan pengarah CIA. Tindakan Bush dilihat sebagai memperaku bahawa Pentadbirannya terpaksa membayar harga politik yang tinggi kerana kesilapan besar di Iraq. Gates adalah anggota satu Kumpulan Kajian Iraq – yang diketuai oleh mantan Setiausaha Negara James Baker dan Lee Hamilton, bekas anggota Kongres daripada parti Demokrat – yang telah diberikan tugas memeriksa pendekatan baru terhadap Iraq, dan dia telah secara terbuka mendesak selama lebih satu tahun agar AS mulakan rundingan terus dengan Iran. Keputusan Presiden Bush beralih kepada Gates adalah satu pertanda betapa Rumah Putih sudah “tertekan”. Seorang bekas pegawai tinggi CIA yang pernah bertugas di Rumah Putih selepas peristiwa 11 September, memberitahu saya: “Hubungan Cheney dengan Rumsfeld memang amat teramat intim dalam Pentadbiran Bush, dan pencalonan Gates dilihat oleh orang –orang Republikan sebagai satu pertanda yang amat jelas bahawa pengaruh Naib Presiden di Rumah Putih akan tercabar. Satu-satunya alasan kenapa Gates menerima tawaran itu selepas menolak tawaran terdahulu untuk menjadi Pengarah Perisikan Negara, kata pegawai tinggi CIA itu tadi, adalah kerana “bapa Presiden, bersama Brent Snowcroft dan James Baker.” Semua mereka ini adalah bekas pembantu kepada Presiden Bush Senior. “yang telah disogok ke atas Presiden dan dia akhirnya terpaksa menerima pengawas yang berpengalaman itu semuanya.”

Beberapa keputusan yang kritikal akan dilaksanakan dalam beberapa bulan mendatang, kata pegawai tinggi CIA itu tadi. “Selama enam tahun Bush telah akur kepada nasihat Cheney dan tidak lama lagi akan muncul cerita: “Apakah dia akan terus mementingkan nasihat Cheney daripada nasihat bapanya? Kita akan tahu perkara ini tidak lama lagi.” (Rumah Putih dan Pentagon enggan mengulas beberapa permohonan terperinci mengenai artikel ini, selain berkata terdapat beberapa perkara yang tidak tepat, tetapi tidak pula diperjelaskannya)

Ada seorang panglima tentera empat bintang yang sudah bersara dan bertugas dengan rapat untuk Pentadbiran Bush Senior telah memberitahu saya bahawa pencalonan Gates bererti bahawa Snowcroft, Baker dan bapa Presiden Bush, dan anaknya “sama-sama setuju bahawa sasaran sekarang ialah memenangi pilihan raya umum pada 2008 nanti yang lebih penting berbanding mengutamakan orang persendirian. Mereka mementingkan isu bagaimana mengekalkan agenda ‘Pengawal Tua Republikan’ mahu memulaukan Cheney dan memberi kegemilangan kepada wanita pilihan mereka - Condoleezza Rice. Yang kini menjadi seorang Setiausaha Negara “satu peluang untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.” Gandingan Snowcroft, Baker dan Bush Senior, kata panglima tentera itu, “memang perkasa untuk menghadapi Cheney. Kalau berseorangan memang tidak mampu mengalahkan Cheney.”

Richard Armitage, bekas Timbalan Setiausaha Negara dalam pentadbiran Bush Senior telah memberitahu: dia percaya bahawa kemenangan Demokrat yang diikuti dengan penyingkiran Rumsfeld bererti Pentadbiran Bush “sudah mengalah” dalam perancangan mahu melakukan kempen ketenteraan terhadap Iran. Gates dan pembuat dasar yang lain kini mempunyai lebih banyak masa untuk mengusahakan penyelesaian diplomasi di Iran dan mengusahakan perkara lain, yang lebih mendesak. “Iraq sudah memburuk seperti yang jelas kelihatan, dan Afghanistan adalah lebih teruk keadaannya.,” kata Armitage. “Satu tahun yang lalu puak Taliban telah berperang dengan kita dalam satu kumpulan antara lapan hingga dua belas orang, dan sekarang kekuatan mereka adalah dalam bentuk satu kompeni dan lebih besar daripada itu.” Kalau kita mengebom Iran dan mengharapkan rakyat marhaen Iran bangkit untuk menggulingkan kerajaan Iran, seperti yang diharapkan oleh Rumah Putih, kata Armitage, adalah satu anggapan yang amat tolol.

“Iraq merupakan malapetaka yang mesti kita humban keluar, dan Iran adalah satu petaka yang mesti kita elakkan,” kata Joseph Cirincine, Naib Presiden untuk keselamatan Negara di ‘Liberal Centre for American Progress’ . Beliau berkata: “Gates akan suka berunding dengan Iran dan mendengar nasihat Ketua Turus angkatan tentera, tetapi soalnya puak neokon masih ada lagi di sana” dalam Rumah Putih – “dan masih percaya bahawa hingar-bingar adalah satu harga yang kecil perlu dibayar untuk mengnyahkan ancaman itu. Bahayanya nanti ialah Gates akan mengikut jejak langkah Colin Powel sebagai orang yang menentang dasar itu tetapi akhirnya memberikan taklimat kepada Kongres dan menyokong secara terbuka. "


bersambung ..bahagian 2.

Tuesday, November 21, 2006

Israel Mencipta Tebuan Maut

Israel Mencipta Tebuan Maut
(Isrealis Building Tiny Flying Death 'Hornet')11-18-6.
JERUSALEM (Reuters) –
Terjemahan -marhaintua-

Israel sedang menggunakan nanoteknologi untuk mencipta satu robot kecil sebesar seekor tebuan yang mampu menghmbat, mengambil gambar dan membunuh sasarannya. Demikian disebut oleh satu lapuran akhbar pada Jumaat dulu.

Robot yang boleh terbang itu dinamakan “tebuan bionik” (bionic hoarnet) akan mampu menyusuri lorong yang sempit untuk mencari sasaran yang sememangnya sukar disasari seperti pelancar roket; demikian yang dilapurkan oleh Yedioth Ahronoth.

Itulah antara beberapa senjata yang sedang dicipta oleh pakar sains untuk memerangi kumpulan militan, katanya. Yang lain termasuklah sarung tangan sangat- hebat yang boleh memberi penggunanya satu kuasa ‘bionik’ dan pengesan mini untuk mengesan pejuang berani mati.

Penyelidikan itu mencantumkan nanoteknologi dalam jabatan keselamatan Israel dan mencari penyelesaian kepada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh tentera Israel. Demikian penjelasan Timbalan Perdana Menteri Shimon Peres.

Perang Lubnan membuktikan betapa pentingnya kita memilikki senjata kecil dan berbentuk mini. Adalah tidak masuk akal untuk kita menggerakkan satu pesawat terbang yang bernilai UD$100 juta mencari pengbeom berani mati. Kerana itu kita mesti mencipta senjata masadepan yang bersifat “futuristic weapons”.


Perang 34-hari di Lubnan telah ditamatkan setelah PBB berjaya mengadakan gencatan senjata pada pertengahan Ogos lalu. Perang itu telah mengorbankan 1,200 orang Lubnan kebanyakannya orang awam dan 157 orang warga Israel, kebanyakannya anggota angkatan tenteranya.

Prototaip senjata baru itu dijangka asiap dalam masa tiga tahun lagi, katanya.

Penterjemah:

Apakah kajian yang akan dilakukan oleh angkaswan Malaysia yang akan naik ke angkasa nanti? Khabarnya dia akan membuat kajian dengan batu seremban dan batu
permainan congkah? Betulkah itu?.....ish……………..!!!

Sekali fikir pula mujur juga dia tidak disuruh buat ujian dengan menggunakan keris terbang… Dan keris itu pula ditempah secara pukal daripada Negeri China. ishhh ishhhh!

Monday, November 20, 2006

Cheney dan Neokon Merancang Banyak Peperangan Lagi

Cheney dan Neokon Merancang Banyak Peperangan Lagi
(Cheney And Neo-Cons Plotting More Wars)
By Jeffrey Steinberg - Executive Intelligence Review. 11-18-6

Terjemahan -marhaintua-


Pada Mac 11, 2003, ketika persiapan dibuat untuk meraikan kejayaan terbesar kumpulan neokon - penaklukan Iraq -- wartawan ‘penyiasat ’ sebuah majallah (The New Yorker) – Seymour Hersh telah mendedahkan kisah peras ugut yang dilakukan oleh neokon Richard Perle. Beliau telah mengugut beberapa puluh juta dollar daripada keluarga diraja Saudi setelah bersekongkol dengan seorang penjual senjata Iran-Contra, yang bernama Adnan Kashoggi. Rencana mereka membabitkan sebuah syarikat milik Perle, Trireme Partners LP, yang mahukan sedikit habuan daripada beberapa billion dollar yang merupakan sebahagian kontrak ‘homeland secutiry’ yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi Kisah ini telah didedahkan oleh Putera Bandar bin Sultan, yang ketika itu merupakan Duta Arab Saudi di Washington. Ketika itu Perle merupakan pengkritik paling unggulan yang mencerca kerajaan diraja Saudi, dengan menabur fitnah propaganda dan mencadangkan agar dilakukan perubahan regim di Negara Arab itu. Itulah propaganda yang dimasukkannya dalam ‘Defense Policy Board,’ tetapi sanggup digugurkannya kalau dia diberikan kontrak kerajaan diraja tersebut.

Beberapa orang pegawai perisik kanan AS telah memberitahu EIR baru-baru ini betapa segelintir anggota kanan diraja Saudi, mungkin juga termasuk Putera Bandar sendiri yang kini merupakan penasihat keselamatan kerajaan kepada Raja Abdullah, merasa menyesal kerana tidak termakan umpan dan membayar apa yang dikehendakki oleh Perle dan rakan-rakannya semasa Januari 2003 dulu. Pembayaran segelintir juta dollar mungkin dapat menyelamatkan mereka daripada menanggung pening kepala, kerana propaganda neokon yang dilakukan oleh Wurlitzer terus mencadangakan pertukaran regim yang melibatkan mereka. Malahan secara kebetulan, ahli keluarga Saaudi itu bersama beberapa regim Sunni Arab yang lain telah mendapati mereka tergolong dalam satu kelompok yang sama dengan golongan neokon di Washington yang turut disertai oleh kerajaan Ehud Olmert di Israel – dalam satu perjuangan yang sama menentang Iran.

Ada satu cerita awalan yang diterbitkan pada 3 November 2006, oleh majallah Vanity Fair telah mendedahkan kisah kumpulan neokon yang sedang bersiap sedia dengan helah baru. Mereka cuba cuci tangan daripada fiasko membabitkan Iraq dan menuding jari menyalahkan kegagalan yang berlaku sepeunuhnya keatas bahu Presiden George W. Bush, pasukan keselamatan Negara yang tidak cekap dan tidak berguna. Dalam satu prebiu cerita itu yang dijangka akan disiarkan oleh Vanity Fair pada Januari 2007, pengarang David Rose menyiarkan beberapa ungkapan hasil wawancara yang dilakukan pada Oktober 2006 dengan golongan krim kumpulan neokon itu bermula dengan ‘Putera Kegelapan’ Perle sendiri, dan termasuklah Kenneth Adelman, yang menjadi tersohor kerana mencadangkan Raja Penipu Iraqi Ahmed Chalabi. Kumpulan neokon ini sudah sedar kini kalaulah mereka terpaksa mengulangi kerja yang sama sekali lagi, setelah menyedari betapa gandingan Bush-Cheyney-Rice adalah gandingan pengurusan keselamatan Negara yang paling tidak berguna dalam sejarah pasca Perang Dunia Kedua Amerika, mereka memilih untuk menggunakan cara alternatif untuk berperang.

Dalam satu babak persis drama Shakespeare bertajuk Julius Ceasar, Brutus zaman moden ini telah menikam Presiden Bush dan Condi Rice dari belakang. Bagi kumpulan neokon ini, kalau mengikut kata beberapa sumber di Wasihngton, Iraq dan George W. Bush adalah berita yang sudah basi. Kini mereka sedang merancang untuk terus bernafas lega sambil melihatkan kejatuhan dinasti Bush, dan sudah pun merancang konfrontasi seterusnya, menentanga Iran dan Russia , sekadar menamakan dua sasaran besar masakini.

Walaupun kepimpinan Presidne Bush sudah terbakar gara-gara peristiwa yang kini disebut sebagai “ Bencana 7 November” kumpulan neokon masih dianggap sebagai satu kuasa yang perkasa dalam Parti Republikan. Masih wujdu beberapa orang ‘superstar’ dalam parti itu seperti John Podhoretz, yang sudah mula menjolok naik nama Senator John McCain (R-Ariz) sebagai gajah tunggangan baru untuk membawa mereka kembali berkuasa di Oval Office. Di samping itu ada satu kumpulan neokon yang sedang bersiap sedia untuk menonjol bersama Parti Demokrat, seandaianya seekor keldai muncul menjadi Presiden pada 2008 nanti. Seolah-olah peristiwa lama berulang kembali mengingatkan mereka kisah Jimmy Carter dulu. Ketika itu Demokrat sedang bergayut kepada Senator Jackson dengan disokong oleh Perle, Stephen Bryen, Ledeen, Gaffney, dan Elliot Abrahms,. Namun, apabila Ronald Reagan berjaya mengalahkan Jimmy Carter dalam satu kemenangan besar pada 1980, kumpulan neokon yang sama telah beralih kem dan mendudukki jawatan sivil yang tingi di Pentagon, dan mendapat kerja perunding dengan Majlis Keselamatan Negara pentadbiran Reagan.

Tidak kiralah parti mana yang akan bertakhta di Rumah Putih pada Januari 2009 nanti, kumpulan neokon masih menyandarkan harapan akan mengongsi segala faedahnya. Macam mana pun mereka tetap merancang satu pakatan peperangan bertajuk :”Ganyang Iran” secara berpakat dengan regim Sunni yang sedang ketakutan di Teluk Parsi dan dunia Arab dan Israel -- untuk menjamin bahawa regim Bush-Cheney akan membuat satu lagi kesilapan maut - melancarkan serangan tentera keatas pangkalan nuklear Iran sebelum regim Bush berundur daripada Rumah Putih.

Untuk menentukan perang Iraq berlaku sebelum Pasukan Bush keluar daripada Rumah Putih, puak neokon sedang bertungkus lumus menggunakan khidmat rakan mereka yang boleh diharap dan yang masih perkasa dalam regim Bush – yakni Timbalan Presiden Dick Cheney. Pejabat Cheney masih lagi merupakan Pusat Neokon, di mana David Wurmser dan John Hannah masih betugas. Elliot Adams masih merupakan proksi dan talibarut Cheney dalam Majlis Keselamatan Negara.

Mengikut sumber Timur Tengah dan Washington, inilah kakitangan (kru) yang bertanggungjawab pada awal tahun ini, menumpaskan segala usaha regim Syria pimpinan Basher Assad yang mahu membuka perundingan damai dengan Israel, agar tidak ada regim Israel sebelum Ariel Sharon yang sanggup bersedia berunding dengan Syria tidak kiralah kalau ada tekanan daripada Washington yang mahukannya.


Yang terbaru, kumpulan neokon yang sama telah merancang agar penyeludupan senjata dijalankan di Tebing Barat untuk melengkapkan kumpulan Fatah supaya mereka boleh berperang menentang kumpulan Hamas. Ada seorang panglima tenera Israel yang sudah bersara, Shlomo Brom, yang menyediakan satu kertas kerja di Pusat Jaffe di Tel Aviv yang menyebut bahawa perang-saudara yang meledak antara Hamas dan Fatah di Israel akan memburukkkan nasib Israel kerana ia akan memecahbelahkan Tebing Barat yang dikuasai oleh Fatah dan Jalur Gaza yang dikuasai oleh Hamas. Kedua-dua pihak akan berlumba-lumba mahu menunjukkan keperkasaan dalam menentang Israel melalui pengeboman pejuang berani mati dan serangan roket. Panglima perang itu memberi amaran perang-saudara semacam ini akan memberi mudarat yang sukar ditangani oleh Negara Yahudi.

Beberapa sumber Arab telah menceritakan kisah pemimpin kaum Druz di Lubnan, Wahid Jumlat telah diberikan tawaran yang sama berbentuk bantuan rahsia ketenteraan untuk menentang Hezbollah di negara yang sudah hancur lebur kerana berperang dan masih lagi belum dapat pulih daripada kesan perang-saudara yang berlaku selama 15 tahun dulu. (1975-1990). Persiapan rahsia seperti itu adalah bertujuan untuk terus mengekalkan semangat berperang tajaan neokon di merata rantau Timur Tengah, tanpa bergantung kepada pengaruh Pentagon, Ini bermakna walaupun Donald Rumsfel sudah berundur dan pengganti beliau ialah bekas pengarah CIA Robert Gates, yang merupakan pilihan Brent Snowcroft dan James Baker III (yang juga merupakan musuh ketat Dick Cheney), rencana neokon itu tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang lain.

Malahan, ketika Demokrat bersiap menguasai Dewan AS dan Senat pada Januari 2007, mereka akan berdepan dengan satu peta dunia yang penuh pancaroba, semuanya menanti masa untuk meledak, dengan sedikit provokasi sahaja.

Beberapa orang eteran perisikan Washington, termasuk seorang timbalan presiden syarikat pertahanan utama AS berkata bahawa kesangisan mereka yang paling utama antara sekarang dan Tahun Baru nanti - semasa Parti Demokrat akan mengambil alih Capitol Hill - ialah perisitwa ala Teluk Tonkin mungkin berulang kembali.. Itulah provokasi yang sengaja diada-adakan oleh Washington untuk mencetuskan peperangan.. Kemungkinan berulangnya peristiwa semacam itu ialah di Iran. Orang yang berkemungkinan menjadi arkitek provokasi itu ialah Dick Cheney dan saki-baki kumpulan neokon beliau , termasuk tukang karaut dan tukang kacau yang mereka dapat gembeling daripada masyarakat Pasukan Istimewa dan “operasi hitam” di kalangan masyarakat perisikan itu..Masih ada satu lagi tekateki: apakah Bush sudah menandtangani satu arahan “Presidential Intelligence Finding’ (Siasatan Risikan) yang membenarkan operasi rahsia itu.

Pada 10 Oktober 2006, majalllah inernet “World Politics Watch” telah menyiarkan satu kisah provokasi mengulangi rencana neokon, dengan tajuk “Mideast Realingment: Could Iran Unite Arab and Israels?” (Penyusunan Semula Timur Tengah: Mampukan Iran Menyatukan Arab dan Israel?). Menyedari desas-desus itu yang dinafikan secara rasmi oleh kedua-dua pihak, bahawa Putera Badar telah berjumpa secara rahsia di Jordan beberapa pegawai tinggi kerajaan Israel, Frida Ghitis telah menulis bahawa “segelintir pemerhati Timur Tengah tidakpun terkejut mendengar kemungkinan adanya perbincangan antara Israel dengn kerajaan beraja (Saudi) . Ini adalah disebabkan ketakutan golongan Sunni Arab terhadap kekuatan kaum Shiah di Iran. Kesannya, musuh tradisi orang Arab yakni Israel berkemungkinan membangungkan satu pakatan yang perkasa dengan regim Sunni dalam dunia Arab


Penyatuan kepentingan yang amat nyata ini mempunyai segala kemungkinan untuk melakar satu lanskap politik daripada yang kebiasaannya. Itulah lanskap berupa Arab melawan (vs) Israel, yang begitu lama mendominasi Timur Tengah sejak akhir 1940-an dilakar betukar rupa kepada Sunni melawan (vs) pakatan Shia, di mana kerajaan Sunni dan Israel berada di satu pihak yang sama.


Mengikut sumber di Washington inilah dakyah yang menjadi satu impian besar kumpulan neokon yang paling terkini. Selama bertahun-tahun puak neokon telah mendakwa konsep ala Leon Trotsky yakni ‘Permanent Revolution’ (Revolusi Kekal) yang bertopengkan laungan “demokrasi” . Sejak bermulanya regim Bush-Cheyney hinggalah beberapa bulan terakhir, sasaran utama mereka telah diberi takrif oleh pengkaji sejarah Timur Tengah sebagai “Sunni Stability Belt” (Kawasan Kestabilan Sunni) . Inilah gandingan kepimpinan beraja yang keras pemerintahannya dengan puak diktator yang berkuku besi yang mampu mengekalkan kestabilan wilayah pengeluar minyak sejak zaman Sykes-Picot (1916) dan seterusnya. Dengan bertukarnya helah Shiah bikinan neokon (Neo-con Shiite Card) yang menjadikan Iraq satu neraka jahanam di dunia ini, para pengkhayal dalam kumpulan neokon itu sudahpun merobah retorik mereka dan secara tiba-tiba mencari satu alasan yang sama untuk berganding bahu dengan raja-raja Sunni Arab dan para dictator Sunni yang hanya beberapa bulan yang lalu menjadi sasaran mereka. Seperti yang mereka rancang pada 1996 dulu. Yang mereka bentangkan sebgai satu “Clean Break”

Sesungguhnya kumpulan neokon adalah kumpulan yang tidak malu, yang tidak menghadapi masalah menukarkan kebenaran dengan segala kepalsuan – hanya kalau usaha itu menjamin matalamat mereka merangkul kuasa. Apakah singa-singa Sunni Arab dan orang-orang Israel begitu bodoh melangkah masuk perangkap yang terpasang untuk mereka?

Teruskan menunggu.

Saturday, November 18, 2006

Pengikut Haprak Mempunyai Pemimpin Yang Haprak Juga

Pengikut Haprak Mempunyai Pemimpin Haprak juga.
(Mediocre Followers Have Mediocre Leaders)
M Bakri Musa (www.bakrimusa.com)
18 November, 2006.

Kepimpinan Perdana Menteri Abdullah yang kurang cekap merupakan separuh masalah yang ada. Pemimpin tidak wujud dalam situasi yang lompong, mereka wujud kerana adanya para pengikut. Pengikut yang haprak sesungguhnya merela dan mengalakkan pemimpin yang haprak juga.

Selain kepimpian Abdullah yang tidak cekap ia juga merupakan gambaran jenis pengikutnya. Pengikut Abdullah yang paling rapat dengannya adalah para menteri, diikuti oleh anggota Majlis Tetinggi UMNO, kemudian para anggota parti itu dan akhirnya rakyat jelata.

Para menteri bertemu dengan Abdullah sekurang-kurangnya sekali pada setiap minggu dalam mesyuarat kabinet. Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkumpul untuk memberikan khidmat nasihat kepada Presiden mereka sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Anggota parti yang biasa dapat menyuarakan pandangan melalui para perwakilan yang dilantik khas sekali dalam setiap tahun semasa Persidangan Agong UMNO (PAU) . Akhirnya para pengundi menyuarakan pandangan mereka secara koletif setiap limat tahun semasa Pilihanraya Umum.

Dinamika pemimpin-pengikut yang membabitkan Abdullah adalah menepati budaya ‘Pak Turut’ persis sekumpulan kelasi kapal yang mabuk sakan mengapi-api dan mengalakkan nakhoda yang sama mabuk semacam mereka. Apabila kapal akhirnya terkandas di batu karang dan menghancurkan segala yang berharga, tidak dipedulikan lagai siapa yang bersalah.

Maklumbalas Para Pengikut

Kejituan, keberkesanan, dan impak maklumbalas adalah berbeza-beza berasaskan pelbagai lapisan pengikut. Senjata rakyat marhaen (sekurang-kurangnya para pengundi) adalah merupakan usaha yang terakhir. Walaupun perkara itu memang paling berkesan dan mencetuskan rentetannya, ia juga amat kasar. Keputusan mereka adalah mudah: kekalkan atau humban sahaja. Memang tidak ada bunga-bunga dan seninya seperti yang dialami oleh Presiden Bush dan para penyanganya dalam Parti Republikan dengan penuh kekecewaan baru-baru ini.

Yang turut sama keberkesanannya tetapi kurang kasar dan dengan itu berkemungkinan lebih berfaedah adalah suara akar umbi parti. Bekas Perdana Menteri Margaret Thatcher pernah dikejutkan oleh hakikat semacam ini tidak lama dulu apabila beliau telah ditendang keluar walaupun dia pernah berjaya memimpin parti untuk menang besar tiga kali dalam plihanraya umum. Hari ini, anggota Parti Buruh sudah memberikan ingatan yang lantang kepada Perdana Menteri Tony Blair bahawa dia sudah terlalu lama berada di takuk jawatannya. Seperti Thatcher, Blair turut berjaya memimpin partinya mengharungi tiga pilihanraya. Kalau anggota parti melupakan ataupun tindak mengendahkan lagi tanggunjawab mereka, percayalah nanti betapa para pengundi akan lebih bersedia menghantar mesej yang mendukacitakan seperti yang dilakukan kepada Bush.

Anggota UMNO mempunyai sekurang-kurangnya dua saluran untuk mendaftarkan keresahan mereka terhadap seseorang pemimpin; melalui para perwakilan di Persidangan Agong Tahunan, dan melalui anggota Majlis Tertinggi.

Persidangan Agong UMNO, yang baru selesai, adalah tidak lebih dari sesi bodek-membodek, puja- memuja terhadap pucuk kepimpinan, dengan dibiayai wang poltik yang haram ataupun pembiayaan perbendharaan Negara. Tidak ada lagi suasana bila pemimpin UMNO yang paling dihormati dicabar dengan sihat. Kita tentu mengimpikan zaman satu ketika dulu semasa Sulaiman Palestin telah berani mengemukakan nama untuk mencabar jawatan parti presiden di waktu itu. Mana perginya pemimpin yang mengaum laksana singa untuk menjerit di telinga para pemimpinnya?. Mana perginya kumpulan halia yang sepatutnya memberikan sedikit perasa kepada gigitan rakus para pemimpinnya?

Kalau para perwakilan telah gagal, mereka mudah sahaja dimaafkan. Lagipun mereka bukannya krim ataupun pemimpin parti yang tergolong di peringkat atasan. Masih ada lagi Majlis Tertinggi UMNO yang dianggotai kumpulan elit kebanyakanya professional dan veteran parti. Orang-orang yang menganggotai Majlis ini memang sudah matang dan berpengalaman, Sudah tentu sukar untuk mereka berganding bahu memalingkan muka membiarkan keadaan bermaharajagila begitu..


Majlis Tertinggi UMNO yang ada telah diwujudkan sejak persidangan kepimpinan lebih satu tahun yang lalu. Ini bererti mereka telah mengadakan lebih satu dozen pertemuan dengan presiden parti. Sudah tentu ada seorang angota yang berani bersuara untuk memberitahu presiden parti yang dia sedang memakai kain cukin sahaja dan tidak sehelai sarung pelekat, apalagi samping sutera yang digemari oleh lelaki Mungkin mereka juga telah terpesona memikirkan bahawa maharajah mereka yang telanjang-bulat sedang memakai pakaian yang serba lengkap.

Mungkin juga anggota Majlis Tertinggi ataupn ‘MT’ telah didorong oleh halatuju para anggota di peringkat akar umbi. Seperti yang disebut oleh seorang blogger, anggota MT sudah menjadi (empty) ataupun mati-akal sama sekali. Dalam UMNO, yang bijaksana dan berkrim sukar dapat naik ke atas – persis naiknya ibu susu dalam pembikinan keju; tetapi golongan keladak dan habuk serta serbuk yang selalunya terapung keatas; laksana penyucian kain dalam mesen pembasuh. .

Kalaulah akar umbi dan para pemimpin gagal menilai prestasi Abdullah yang ternyata haprak itu, sudah tentu ada para menteri yang bertemu dengannya selalu dan melakukan tugas yang penting itu baik secara berlembut ataupun berunsur mengugut. Yang penting ialah masa depan negara dan bukannya orang perseorangan. Pertaruhannya adalah tinggi dan tanggunjawabnya memang besar sekali.

Kalau mengikut tradisi berparlimen yang unggulan, ada menteri yang pernah meletakkan jawatan sebagai tanda tidak puas hati ataupun tidak senang dengan perdana menteri, seperti yang dilakukan oleh mendiang Robin Cook kepada Tony Blair, dan Paul O’Neil kepada Bush. Ketokohan para menteri semacam itu naik melonjak gara-gara pengunduran mereka.

Apabila tidak ada seorang pun menteri Abdullah yang melepaskan jawatan sebagai protes mereka membawa satu makna sahaja: mereka menganggap ketidakcekapan Abudullah sebagai perkara yang berbeza. Ini bererti para menteri itu semunya memang sama-sama tidak cekap.


Membuta-tuli

Perdana Menteri Abdullah telah mengumumkan dengan berani niat mahu terus mencengkam kuasa bukan sahaja untuk dua penggal malahan kepada tiga penggal. Alangkah riaknya!

Yang pasti, para pengikutnya, baik daripada para menteri kabinet hinggalah anggota Majlis Tertinggi dan akar umbi, telah berjaya menggula-gulakan beliau dengan pujian bahawa apa yang dilakukkannya adalah kerja unggulan.

Abdullah fikir adalah lebih baik memberi amaran kepada pengikutnya supaya ‘tidak menguji beliau’. Nampaknya Imam ini menjadi khayal disebabkan pujian para pembodeknya, yang berjaya memabukkan fikirannya untuk mempercayai bahawa dia memang sudah di takdirkan meminmpin negara. Dia seolah-olah berfatwa agar tidak mencabar kehendak Allah.
Sekarang, terpulang kepaga tanggungjawab satu golongan pengikut untuk sama-sama berganding bahu menilainya: para pengundi. Kalau mereka sama-sama bijaksana semasa memperbaharui amanat kepada Abdullah, maka kata pujangga bahawa rakyat mempunyai hak keatas pemimpinnya akan terbukti benar sekali lagi.

Oleh kerana senjata rakyat adalah kasar dan berkesampingan kesannya bukan mudah diramalkan. Ketika para pengundi British menghumban Parti Buruh yang lama satu ketika dulu untuk meletakkan kerajaan Kosrvatif pimpinan Thatcher, peristiwa itu telah merobah Britian menjadi satu negara yang lebih baik.

Semasa pengundi Malaysia bertindak mahu mengajar kerajaan Perikatan dulu, ia menjadi satu pengajaran dalam pilihanraya 1969, kesannya memang mencetuskan petaka kepada negara. Rentetan bencana ini, lahirlah suara garang dalam UMNO yang mempersalahkan pucuk kepimpinan, tetapi suara itu lahir selepas bencana meledak. Kalaulah pemilik suara itu berani melahirkan hasrat mereka lebih awal sebelum itu, para pemimpin tentu dapat digesa untuk merobah cara mereka dan negara tentu telah terselamat daripada mengharungi tragedi yang sungguh memilukan.

Manusia mempunyai cara menyerlahkan perasaan, sama ada melalui pilihanraya ataupun bukan. Ketika orang Iran naik muak dengan Shah Pahlawi, mereka telah gunakan senjata terakhir: dengan menghumban raja itu daripda takhtanya. Soal paling utama yang menghantui mereka ialh bagaimana cara untuk mengusir dia, bukannya tentang kesan dan bencana keputusan mereka. Kerana itu mereka tidak pedulikan siapa yang akan menggantikanya ataupun apa yang berlaku kepada perubahan dasar negara. Hari ini orang Iran masih menanggung tekanan tindakan dulu. Inilah yang terjadi kalau anda gunakan senjata terakhir; anda tidak mampu meramalkan kesannya terlebih dahlu..

Kalaulah para penasihat, menteri dan pembodek Shah memberikan nasihat yang waras kepada beliau seawal mungkin dan dia dapat merobah perangainya, nasibnya dan nasib mereka dan juga nasib rakyat Iran tentu telah berbeza daripada yang telah berlaku sebenarnnya.

Abdullah berani bersuara lantang mengutuk orang yang mengkritik beliau sebagai pembawa fitnah dan ini adalah satu rujukan kepada ajaran Quran di mana penyibar fitnah adalah menyalahi ajaran agama. Ini bukanlah kali pertama mahupun terakhir untuk seseorang ahli politik mencari perlindungan agamanya. Sebaliknya apa yang patut Abdullah lakukan ialah mencari perlindungan daripada ajaran surah Quran yang berkata ‘seandainya anda melihat dosa dilakukan, anda harus gunakan tangan untuk menghalangnya. Jika gagal, gunakanlah lidah , bererti menyerlahkan suara penentangan. Setidak-tidaknya anda menolak perbuatan itu di hati kalbu, dengan kesedaran bahawa Allah maha mengetahui dengan pilihan itu.

Saya mungkin tidak dapat meyakinkan Abdullah mahupun para penyokongnya melalui tekanan di papan kekunci. Sekurang-kurangnya saya telah menyatakan peranan saya untuk menyerlahkan ketidak-puasan hati sendiri.

Memang ada kesannya apabila para penyokong diam membisu dan tidak berbuat sesuatu, ataupun lebih dahsyat lagi kalau asyik memuji dan memuja perbuatan yang tidak cekap dan haprak. Para mentei Abdullah berserta mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi mungkin dapat mewajarkan sokongan mereka terhadap beliau berasaskan kesetiaan diri dan juga kepada parti,” kerana tidak mahu buat kacau’ ‘lebih suka mengikut ssstem kerja’ ataupun sengaja memang tamak haloba untuk terus bwrgayut kepada kuasa. Tidak kiralah kalau kesannya adalah sama sahaja.

Sesiapa yang menjunjung air di belakang seorang pemimpin yang mudah gelabah, akan kebasahan setiap kali dia tersilap langkah. Silap-silap dia boleh tercungap dalam air baldi yang dibawanya.


Para menteri Abdullah, anggota Majlis Tertingi dan para perwakilan UMNO seharusnya diberi ingatan akan hakikat ini.

Terjemahan -marhaintua-