Monday, October 30, 2006

Melayu "Tidak Senonoh" Tidak Boleh Dibuat Contoh

30/10:

Melayu “Tidak Senonoh” Tidak Boleh Dibuat Contoh
The “Ugly Malays” becoming the norm


M. Bakri Musahttp://www.bakrimusa.com



Apabila Sultan Selangor memangggil Zakaria Mat Deros (Anggota Bandaran Kelang) untuk mengadap di istana membincangkan kisah pembinaan haram mahligai peribadinya, Sultan Selangor telah bertindak betul, tetapi tersilap orangnya. Sepatutnya Sultan memanggil Menteri Besar Khir Toyo untuk membincangkan isu itu.


Sepatutnya Sultan mengarahakan Khir Toyo memberitahu kisah sebenar, apakah perkara itu sesuatu yang ganjil dan jarang berlaku ataupun merupakan perkara biasa yang kerap kejadiannya, dan tanyalah Khir apa tindakannya pula. Janganlah hairan kalau perkara melanggar peraturan semacam itu adalah kelakuan yang biasa berlaku dan sengaja didiamkan kalaupun tidak digalakkan oleh pihak yang berkuasa. Ini juga merupakan mentaliti Dunia Ketiga di mana ramai sikap mahu mengatasi undang-undang sudah jadi satu mainan di kalangan pemimpin negara kita. Sebagai lambang ketua negeri, memang Sultan tidak boleh buat banyak perkara lain lagi kecuali menyatakan persaan baginda tidak senang hati. Kalau baginda bertindak lebih dari itu baginda akan mengahadapi risiko mencetuskan sesuatu yang berbahaya menyinggung intipati perlembagaan, sehingga menjadikannya satu pelencong kepada kenyataan.

Memang ada satu tindakan yang masih termaktub dalam bidang kuasa Sultan. Baginda boleh melucutkan gelaran ‘Datuk’ daripada Zakaria, seandainya gelaran itu pernah dianugerahkan oleh Sultan Selangor. Orang Melayu masih taksub dengan budaya feudal, perlucutan gelaran itu akan membawa aib yang besar. Soalnya bagaimanakah seorang manuia yang berwatak begitu boleh diberikan penghormatan dan kedudukan seperti yang dinikmatinya merupakan penyakit yang membarah di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu. Namun, ini adalah satu perkara yang boeh dibincangkan di lain waktu.

Sikap Khir Toyo Yang Menghairankan.

Rakyat marhaen tentu hairan bagaimana sebuah mahligai yang besar itu boleh dibina (dan hampir siap) di tengah-tengah pekan. Ini merupakan satu tamparan kepada keperkasaan institusi Malaysia. Dalam kes ini ia melibatakan Majlis Bandaran Kelang.

Terdapat dua lagi soalan di sini. Sepatutnya kisah Zakaria dapat membalun sekeping tanah yang amat berharga milik Majlis Bandaran dengan membayar harga lebih rendah daripada nilai pasaran sepatutnya menarik minat Menteri Besar Toyo dan juga Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tentu kita mahu tahu siapa yang meberi izin kepada penjualan hartanah itu dengan harga yang begitu murah.

Yang patut menjadi minat kita yang lebih besar ialah bagaimana seorang anak kampung yang tidak berependidikan tinggi dan papa kedana dulu kala boleh membalun begitu banyak harta karun dengan satu tempoh yang singkat sehingga mampu mebina sebuah mahligai bertingkat-tingkat. Saya yakin kalau ada wartawan yang berusaha menyelidik chek milik lama Zakarian ataupun salinan bil daripada kontraktor dan vendor yang menghasilkan kerja mereka, tentu tidak akan ada itu semua. Sekali lagi ini memberikan gambaran wujudnya korupsi.

Yang menakjubkan dalam keseluruhan episod ini ialah bagaimana Khir Toyo tidak ambil kisah dan bersikap sambil lewa. Sebagai ketua ekskutif sebuah negeri saya menjangkakan beliau tegas mencari jawapannya daripada pegawai majlis bandaran itu . Sayang, sebaliknya Sultan sendiri perlu mencemar duli melakukan insisiatif ini.

Orang politik yang dulunya seorang doktor gigi dengan sejarah silam yang penuh kemiskinan telah mampu menyerap 'Sindrom Sultan', menikmati segala keseronokan jawatannya tetapi masih tidak tahu-menahu akan selok-belok menjadi seorang ekskutif yang berkesan. Sepatutnya Sultan tarik balik gelaran ‘datuk’ daripada Toyo kerana tidak cekap. Ini boleh menjadi satu pengajaran yang amat berguna. Tindakan ini adalah semacam Sultan mencabar perdana menteri agar mengenepikan si badot ini. Jelas Khir Toyo hanya cekap untuk menampal gigi berlubang sahaja. Bukan sebagi seorang ketua ekskutif negara.
Kurang Keberanian

Yang turut mengejutkan kita ialah kurangnya kemarahan rakyat, khususnya di kalangan masyarakat Melayu dan di kalangan pegawai kerajaan. Nampkanya kurang sangat pengkritik dan cerdik pandai Malayu yang berminat, apalagi menyerlahkan kejijikan mereka. Kemelut Zakaria ini (dan banyak yang lain yang pasti akan terdedah juga) adalah begitu meruntuh dan menghancurkan serat masyarakat kita kalau dibandingkan dengan isu yang begitu digembar-gemburkan antara Abdullah dan Mahathir.

Saya memang faham kenapa orang bukan Melayu sengaja seolah-olah mendinginkan skandal Zakaria. Pertama, memang sentiasa wujud kecurigaan mereka akan dicop sebagai anti-Melayu, kerana ini merupakan satu tuduhan yang sungguh buruk padahnya. Kedua, mereka mungkin sama sahaja bersalah kerana membiarkan perkara yang mereka kerap turut terlibat dan dengan itu menggalakkan amalan rasuah semacam ini. Tentu kita terfikir juga berapa ramaikah antara para kontaktor yang bertugas di mahligai itu memilikki kontrak kerajaan yang diperolehinya dengan harga yang sengaja dinaikkan berlipat kali ganda.

Bencana yang menimpa orang Melayu memang bukan kepalang dahsyatnya. Kita sesungguhnya menghantarkan isyarat yang salah, kepada orang kita. Yakni, kalau mahu berjaya ataupun mampu memilikki sebuah mahligai dan pelbagai lagi keseronokkan di dunia, kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi ataupun bekerja keras setiap hari, cukup setakat mengabdikan diri kepada pihak yang berkuasa untuk mendapat peluang menghulurkan jari merasa habuan tabung dana awam.

Mesej yang kita hantar kepada golongan bukan-Melayu tidak kurang pula dahsyatnya. Yakni, kita orang Melayu adalah satu bangsa penyamun. Kita merelakan segala kebajingan ini kerana kita memilikki rahsia impian sendiri untuk menjadi seperti mereka. Inilah yang lebih membuatkan saya marah dan naik angin terhadap semua paenyangak ini.

Kalau diikutkan etika Aritotle (Aristotle’s Nichomechean ethics) amarah sahaja memang tidak mencukupi. Itu adalah bahagian yang mudah, Amarah kita kena ditumpukan kepada orang yang patut menerimanya pada ketepatan masanya dan mengikut sebabnya, serta menyerlahkan kemarahan itu mengikut cara yang sempurna. Penyangak seperti Zakaria dan ketuanya Khir Toyo mempermudahkan perkara ini. Memang kita tidak boleh cukup marah terhadap mereka. Kita mesti betul-betul membenci mereka kerana merekalah yang menjatuhkan aib kepada bangsa kita dan juga negara.

Biarkanlah saya yakinkan orang bukan-Melayu bahawa Zakaria Mat Daros dan Khir Toyo bukanlah mewakili bangsa saya, sekurang-kurangnya belum lagi. Penyangak Melayu seperti mereka akan semakin membiak dan akan semakin ramai seandainya kita membiarkan mereka. Memang kita semakin mundur dan kita sama-sama menyedarinya.

Adalah bagi kepentingan semua pihak, baik Melayu ataupun bukan Melayu, tidak membiarkan bajingan seperti ini. Kalau terus dibiarkan perangai ini mereka akan terus merebak ke semua bangsa kita.

Sultan Selangor telah menyerlahkan kejelekan baginda. Baginda tidak mahu menjadi Sultan kepada bangsa “Melayu penyangak” . Watak seperti ini adalah menjijikkan dan tidak ada tempat dalam masyarakat kita. Mereka tidak boleh dibiarkan. Kita tidak perlu menunggu pilihanraya yang akan datang untuk menunjukkan kebencian kita bersama.
Terjemahan - marhaintua-

Sunday, October 29, 2006

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Kepolisan?...

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Kepolisan? Seriuskah Mahathir?
(Malaysia A Police State? Is Mahathir Serious?)
Oleh Farish A. Noor - 28.10.06 - Laman M@RHAEN


Ahli sains politik hendaklah memainkan peranan sebagai pemerhati politik, memantau norma-norma gelagat sejenis ciptaan yang pelik-pelik ini yang mempunyai ciri-ciri kesamaan dengan banyak spesis manusia, tetapi pada waktu yang sama mempunyai ciri dan keupayaan yang tersendiri di kalangan mereka. Ramai antara kita yang tersilap memikirkan bahawa orang politik adalah sama dengan manusia biasa. Hanya kerana mereka memandu kereta, menggaru hidung, dan menggunakan telefon bimbit seperti kita semua, tidak bererti bahawa mereka tergolong kepada spesis yang sama.

Orang politik mempunyai ciri kelakuan yang unik, dan antara mereka mempunyai keupayaan yang dianggap pelik mencipta dan mencipta semula diri mereka seolah-olah mereka adalah sesumpah. Satu lagi kelakuan yang mereka miliki ialah mempunyai ingatan berpilih-pilih yang memberikan mereka keupayaan untuk mengingati fakta yang hanya mereka senangi dan pada waktu yang sama melupakan apa juga yang tidak menyenangkan mereka. Sebagai seorang ahli sains politik, saya sudah meneliti spesis ini lebih daripada satu dekad dan kini sudah terjumpa beberapa contoh yang menonjol dan dianggap amat bernilai untuk pameran muzeum antropologi yang terbaik di dunia. Saya telah terjumpa dengan orang politik yang begitu cenderung terhadap agama; yang mampu berpakaian segak dan melalak “bahawasanya orang Taliban adalah saudara kita”; pada waktu yang sama saya juga telah berjumpa orang politik yang mampu bertukar-tukar daripada seorang bigot yang berfahaman ethno-nasionalis yang sempit fahaman perkaumannya pada sesuatu masa dan bertukar kepada seorang yang pro-Amerika yang bijaksana kemudiannya.

Beberapa komen terbaru bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, menunjukkan ciri-ciri yang dimiliki oleh ramai orang politik dalam banyak perkara. Semasa beliau mengadakan sebuah sidang akhbar sejurus selesai bertemu Perdana Menteri Abdullah Badawi, Mahathir telah menyerang dan mengutuk pemimpin yang pernah menjadi pilihannya. Pemerhati di Malaysia memang sudah lama merasakan betapa hubungan antara dua tokoh ini sudah semakin dingin. Sebagai permulaan, bekas PM itu merasakan bahawa banyak rungutan beliau (ada segelintir komen beliau itu memang kena pada tempatnya) terhadap gerak laku kerajaan yang tidak diendahkan oleh kerajaan. Pemerhati yang berkecuali akan mainan politik di Malaysia mungkin mudah setuju dengan penelitian ini, kerana bekas Perdana Menteri itu tidak diperuntukkan masa dan ruang untuk menyerlahkan perasaan beliau terhadap banyak perkara yang menjadi isu seperti pengurusan syarikat pembuat kereta nasional Proton dan projek pembinaan jambatan antara Malaysia dan Singapura yang telah dibatalkan.

Akan tetapi semasa sidang akhbar yang sama, Mahathir telah menyerlahkan rungutan demikian: “Saya anggap negara ini sudah menjadi negara kepolisan. Saya juga anggap telah dinafikan hak asasi saya.” Ketika itu juga Mahathir telah menambah bahawa “perangai mengerakkan polis untuk menakutkan orang harus dihentikan.” Lihatlah contoh ‘homo-politikus’ dengan suasananya.

Alangkah ironisnya bahawa Mahathir sanggup membelasah pentadbiran Badawi mengikut cara itu dan sedahsyat demikian. Selama ini pun Malaysia memang tidak mengamalkan demokrasi yang sekular, tetapi apabila Mahathir menuduh Malaysia adalah sebuah negara kepolisan, memang susah untuk dipercayai. Masyarakat hak asasi di Malaysia dan di luar negara akan merupakan golongan yang mula-mula sekali mengatakan bahawa semasa Mahathir mencengkam kuasa, hak asasi manusia di Malaysia ini telah diperkosa dengan amat dahsyat sekali. Mahathir telah mencengkam kuasa daripada 1981 hingga 2003, dan sepanjang tempoh itu Malaysia telah menyaksikan pelbagai operasi polis yang dilancarkan terhadap parti pembangkang di negara ini, masyarakat sivil dan NGO. Semasa Mahathir mencengkam kuasa, berlakunya pelbagai gerakan polis yang keras-keras seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1988) penekanan terhadap Al-Arqam (1993-1994); menyebabkan ratusan pemimpin parti pembangkang, wartawan, aktivis akademik, pemimpin kesatuan sekerja dan orang awam yang disumbat ke dalam kem tahanan, ramai yang disumbat tanpa pengadilan. Kini Mahathir mengeluh betapa dia telah dinafikan hak bersuara, dan beliau dinafikan hak sivil beliau.

Alangkah menghairankan apabila perkara yang sama tidak diingatinya semasa 1980-an dan 1990-an dahulu ketika ramai lagi rakyat Malaysia yang lain telah dihantar masuk kem tahanan ataupun ditahan tanpa perbicaraan dan dinafikan hak bercakap dan suara mereka didengar?

Semasa Mahathir memerintah, negara ini menyaksikan krisis kehakiman yang melumpuhkan sistem kehakiman negara, betapa akhbar telah dipengap, betapa membaranya persengketaan antara kerajaan beliau dan pembangkang Islamiah dan betapa beliau telah mencengkam kebebasan di universiti seluruh negara. Kalau adapun pembangunan yang mengagumkan sepanjang 1980-an dan 1990-an itu adalah kerana dua faktor – pelaburan terus asing dan budaya cengkaman politik di Malaysia.

Bagaimanakah bekas Perdana Menteri Malaysia itu boleh merungut tentang keadaan negara yang ditinggalkannya sedangkan beliau merupakan insan yang merajai situasi itu yang membuatkan hak asasi manusia dan kebebasan manusia terhakis? Sesungguhnya keupayaan untuk mencipta semula zaman silam dan melupakan peranan sendiri dalam proses politik itu yang membuatkan orang politik ternyata berbeza daripada kita semua, sebagai sejenis ciptaan yang sungguh berbeza.


Hari ini Malaysia akan terjerumus ke bibir krisis nasional. Kemelut yang menghantui Perdana Menteri dan bekas PM menunjukkan tidak akan ada peluang keadaan itu dapat diperbetulkan. Yang lebih dahsyat lagi ialah hakikat tidak adanya pertanda kepimpinan dan hala tuju yang mampu menyelamatkan negara ini daripada kemelut yang melanda. Setelah menghirup udara pemerintahan autokratik selama lebih dua dekad, masyarakat Malaysia tidak mempamerkan sebarang tanda-tanda yang mereka mampu menyesuaikan diri kepada sebuah masyarakat yang terbuka yang ditadbir oleh norma demokrasi. Munculnya satu kelas menengah yang semakin berpuak-puak, dan konservatif dalam keagamaan mereka, adalah hanya salah satu petunjuk berapa banyaknya yang pincang dalam negara. Akan tetapi kalau rakyat Malaysia hari ini tidak tahu bagaimana caranya hidup dalam sebuah masyarakat berdemokrasi dan mengikut cara yang demokratik, kita terpaksa melihat kepada apa yang baru berlalu untuk memahami kenapa sebabnya. Jawapannya terletak kepada budaya neo-feudal milik kuasa pusat yang telah diperibadikan oleh Mahathir sendiri. Sesungguhnya beliaulah meletakkan batu asas ‘negara kepolisan’ yang membuatkan dia sendiri mengeluh pada hari ini.


Dr Farish A Noor is a Malaysian political scientist and human rights activist. Visit his site at www.othermalaysia.org


Terjemahan - marhaintua -

Friday, October 27, 2006

Kepala Aku Menang, Bunga Kamu Kalah

Kepala aku Menang, Bunga Kamu Kalah
(Heads I win, tails you lose)

Raja Petra Kamarudin – 27/10/06
(Malaysia-today.net)

Ia sudah pun dilangsungkan. Petemuan yang begitu lama digembar-gemburkan antara bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri yang akan dihumban, Abdullah Ahmad Badawi, sudahpun berlalu. Apakah yang sudah dicapai? Sebagai permulaan, Mahathir telah diberikan 90 minit untuk bercakap apa yang dia suka kepada Abdullah dan Abdullah mendengar sahaja tanpa merungut. Eloklah kita jelaskan perkara kini. Ini bukannya satu perbincangan untuk berdamai. Mahathir bukan berada di situ untuk berdamai dengan Abdullah. Dia berada di situ untuk memberitahu apa yang lama terpendam di kalbu. Itulah yang dilakukan, tanpa menyorok segala perasaannya.

Sebelum ia memulakannya, Mahathir memberitahu Abdullah dia mahu merakamkan keseluruhan perbualan mereka. Kemudian dia mengambil perakam-pita dan meletakkannya di atas meja. Abdullah keluarkan pula buku hitamnya yang besar dan mula menulis. Ketika Mahathir memberikan penerangan segala rintihannya Abdullah membuat catatan segala rungutan yang Mahathir luahkan. Tatapi apakah dia memang mencatatkan semuanya itu ataupun sengaja pura-pura berbuat demikian semata-mata untuk berusaha terus celikkan mata, tidak siapa yang tahu. Malahan Mahathir tidak dapat berkata dengan positifnya apakah Abdullah memang benar-benar membuat catatannya ataupun menyudahkan senarai nama jemputan untuk Majlis Hari Raya terbuka ke rumahnya. Ini akan terus menjadi satu teka teki terbesar dunia.


Memang ada satu ketika yang menakutkan bahawa perteman itu terpaksa dibatalkan dan tidak akan terlaksana kerana mereka tidak bersetuju akan perkara tetentu untuk bertemu. Mahathir mahukan pertemuan itu untuk dua jam kerana itulah tempohnya untuk beliau menyatakan seluruh senarai kesilapan Abdullah dan kekurangannya.

Abdullah telah besutuju kepada waktu dua jam itu tetapi mahu ia diadakan pada 10.30 malam. Ini bereerti pertemuan akan berlanjutan melewati tengah malam dan tentunya tidak kena dengan jadual Mahathir yang masuk tidur pada jam sebelas. Memang itulah amalan Mahathir, cepat masuk tidur di malam hari dan cepat bangun pagi, untuk menentukan kesihatan diri, kaya raya dan bijakbistari. (Siapa pula yang mencipta petua itu agkanya?) Sebaliknya Abdullah tidak bersetuju denan cadangan Mahathir agar pertemuan diadakan pada 3.00 petang kerana dia mungkin belum terjaga daripada tidurnya di siang hari. Akhirnya Mahathir menang dan mereka bersetuju agar pertemuan dibuat pada jam 3.00 -- dan inilah yang membuatkan Abdullah bertindak membeli satu buku hitam yang besar untuk mencatatkan yang perlu ditulisanya semasa Mahathir mencecer berjela-jela, sebagai jaminan Abdullah tidak akan melelapkan mata (untuk melelehkan air-liur basi pula).

Kemudian, Mahathir mahukan beberapa orang saksi untuk menghadiri pertemuan mereka tetapi Abdullah betegas agar pertemuan adalah untuk empat mata mereka sahaja. Tentulah ini tidak menyelerakan Mahathir yang pernah bersua muka semacam itu daripada pertengahan 2002 hinggalah November 2003 sebelum Abdullah akhirnya mengambil alih puncak kuasa sebagai Perdana Menteri dan melangkah menguasai anjung kuasa. Sebalik konsensus selama 15 bulan dan sejurus Abdullah mengambil alih kuasa, dia memutar balik segala yang telah dibina oleh Mahathir dan memungkiri segala janjinya. Kepada Mahathir, Abdullah adalah insan yang tidak menepati janji dan pertemuan empat mata itu adalah amat berbahaya

Malahan ramai menteri Kabinet yang telah mengadu akan perkara yang sama. Mereka mengeluh bahawa selepas bertemu Abdullah untuk membincangkan isu tertentu dan selepas mendapatkan persetujuan darinya, pada keesokan hari dia akan melupakan intipati pertemuan mereka dan apa yang telah dipersetujui. Kini, para menteri sudah menjadi lebih bijak. Selepas setiap pertemuan, mereka akan mencatatkan segala butiran yang dibincangkan dan meminta Abdullah menandatangani catatan itu dalam bentuk memo. Kemudian mereka tidak perlu membangkitkan perkara itu lagi, dan seandainya Abdullah menanggung hilang ingatan, seperti yang kerap terjadi, mereka akan mengeluarkan memo yang telah ditandatangani untuk mengigatkan Abdullah apa yang pernah dipersetujui.

Baiklah, perangai Abdullah mudah tertidur semasa mesyuarat dan majlis istiadat memang sudah mejadi satu khazanah negara dan diketahui umum di mana sahaja, termasuklah kisah ingatannya yang tidak menentu kini sudah dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tetapi apakah sebabnya? Apakah Abdullah sedang menanggung satu jenis penyakit ganjil yang belum lagi ditemui oleh ahli sains Barat sehinggakan penyakit itu belum bernama lagi (sedangkan rakyat Malaysia sudah pun mencipta nama penyakit itu sebagai AIDS, singkatan kepada ‘Abdullah Intermittent Drawback Syndrome’...Sindrom Ingat-Lupa Abdulllah)?

Mengikut mereka yang rapat dengan Abdullah, Perdana Menteri itu menghadapi masalah susah mahu tidur kerana menderita yang disebabkan serangan bertalu-talu daripada Mahathir. Kalau Perdana Menteri Singapura mempunyai seorang Mentor, Perdana Menteri Malaysia mempunyai seorang ‘Tormentor’ Abdullah memang benar-benar risau bahawa dia tidak dapat menyudahkan dua penggal penuh yang amat diharapkan untuk menikmatinya. Dia sedar bahawa Mahathir memang sudah taksub mahu menentukan bahawa dia tidak akan menyudahkan penggal yang satu ini apa lagi dua penggal nanti. Dengan kata lain, bekas Perdana Menteri sudah taksub mahu melihat Abdullah menjadi seorang Perdana Menteri yang dinyahkan. Ini mungkin juga menjadi kenyataan. Abdullah sedar, daripada pengalaman yang pernah dilalui oleh Mahathir sendiri, apa yang disebut sokongan Majlis Terrtinggi UMNO dan Kabinet adalah luaran sahaja dan akan bertahan selagi dia tidak menyimpang ataupun berdolak-dalik. Sejurus dia mula tersilap langkah, mereka bukan sahaja akan melupakannya tetapi akan menerkam untuk mencepatkan kejatuhannya.

Sebagai contoh cuba ambil Menteri Perdagangan dan Industri, Rafidah Aziz. Ketika Mahathir bertindak secara tidak semena-mena dan tanpa memberikan sebarang pertanda mengumumkan pengundurannya pada pertengahan 2002, Rafidah merupakan orang yang mula-mula sekali meluru ke pentas, menangis dn menjerit pantas, “Why? Why ?” Rafidah menggelabah sampaikan tumit kasutnya turut patah. Akan tetapi, kini, Rafidah merupakan pengkritik Mahathir yang paling setia. Apabila Abdullah memberitahu Kabinet yang dia akan bertemu Mahathir untuk pertemuan empat mata yang terbaru, Rafidah merupakan orang yang paling lantang bersuara tidak setuju.
.
Pihak media telah menyerlahkan kisah Mahathir pernah menghadapi masalah yang serupa dengan orang yang mendahuluinya. Yakni Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Mahathir memang tidak menafikan perkara ini. Namun, setelah dia menjadi Perdana Menteri dia telah pergi memandu ke rumah kediaman negarawan yang lebih tua itu untuk berdamai dengan mereka. Dia tidak memerlukan khidmat tukang atur untuk memainkan peranan sebagai orang tengah ataupun meminta bekas Perdana menteri itu datang berjumpa dengannya. Dia sendiri yang pergi berjumpa mereka dan berdamai dengan mereka. Dalam kes Abdullah, Mahathir terpaksa pergi ke rumah kediaman rasminya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

Ini sahaja sudah cukup untuk menjadi pertanda bahawa pertemuan mereka tidak akan menjadi mesra ataupun apakah yang baik akan menjadi hasilnya. Kalau Mahathir mungkin sudah menunjukkan kesediaan untuk mencari titik penyelesaian kepada krisis itu, Abdullah masih hangat-hangat tahi ayam ataupun hanya menanam tebu di birbirnya. Setidak-tidaknya apa yang sepatutnya berlaku ialah mereka bertemu di kawasan yang berkecuali. Dengan itu tidak ada orang yang boleh berkata siapa yang pergi bertemu siapa? Ini bermakna Mahathir tidak pergi berjumpa Abdullah dan Abdullah tidak pergi berjumpa Mahathir. Kini yang nyata Mahathir yang pergi bertemu Abdullah. Ini memberikan markah besar kepada Mahathir dan menjejaskan imej Abdullah. Ini menunjukkan betapa angkuhnya Abdullah.

Akan tetapi demikianlah kenyataannya dengan politik Malaysia. Selagi seseorang itu menonjol di serambi kuasa dan dianggap masih lagi mencengkam kuasa, serigala pun boleh dibiarkan kelaparan menantinya. Sejurus anda dilihat semakin kehilangan kuasa, orang yang menjadi pelindung akan bertukar laksana ular tedung, bersedia untuk menghurung. Inilah dia hukum-hakam rimba dan politik adalah mainan haiwan politik – jadi undang-undang yang sama boleh diambl kira di sini juga. Abdullah faham akan perkara ini. Kerana itu dia mesti terus berlagak yang dia masih berkuasa. Apabila terserlah yang dia kehilangan kuasa itu kepada Mahathir, memang Abdullah akan mengahadapi bahaya. Itulah sebabnya Abdullah mahu Mahathir datang menemuinya. Dia mahu menunjukkan tanggapan bahawa dia masih di puncak kuasa. Namun, ini merupakan satu kemenangan kecil sahaja. Mahathir memang bersedia membiarkan Abdullah kemenangan kecil ini kerana apa yang mahu di menangainya nanti adalah lebih besar dari itu Inilah yang tidak diambil kira oleh Abdullah – malahan dia masih belum sedar akan hakikat ini.

Pertemuan itu memang baik untuk Mahathir. Itulah pertemuan yang memberi ruang kepada Mahathir untuk menunjukkan betapa dia ikhlas dan tidak ada niat buruk. Inilah pertemuan yang memberi ruang untuk Mahathir menunjukkan bahawa dia sedia berdamai dan mudah bertolak ansur. Mahathir sudah tunjukkan kesediaan untuk berdamai . Kesanggupan beliau bertemu Abdullah dan bukan sebaliknya sudahpun memperkasakan hakikat ini. Terpulang kepada Abdullah betindak balas. Kalau Abdullah tidak berbuat begitu juga bererti dia memang tidak ikhlas. Kalau Abdullah mengalah bererti satu kemenangan kepada Mahathir. Seandainya Abdullah bertegas itupun akan menjadi satu kemenangan kepada Mahathir . Kalau berlembut bererti Abdullah menampakkan kelemahannya. Kalau dia tidak bertindak balas bererti dia degil dan keras kepala. Apa pun Mahathir akan menyerlah dengan semerbak harumnya. ‘Kepala aku menang bunga kamu kalah.’

Memanglah Abdullah tidak boleh menolak pertemuan dengan Mahathir, kerana dia akan dilihat sebagai seorang penyerang yang tidak waras. Tetapi, apakah yang dibuatnya bila dia telah bertemu? Kalau dia bersetuju melaksanakan apa yang Mahathir mahu dia akan menjadi daging panggang. Serigala akan mengkeroyok jasadnya. Akan tetapi kalau dia cuba menunjukkan kedegilan dia akan dilihat sebagai tukang kacau sahaja. Abdullah dan bukannya Mahathir yang akan dilihar sebagai masalahnya.

Pertemuan itu memanglah satu pertanda kebijaksanaan. Apakah anda fikir Mahathir menjangkakan Abdullah akan mengalah? Tidakkkkkkkkkkkkk! Mahathir hanya mahu menunjukkan di mana letaknya hati dia, sedangkan Abdullah telah menunjukkan dia tidak berhati perut langsung. Memang bijak..Mahathir kini sudah berjaya menjebak Abdullah.


Sebenarnya pada tahap awal dulu, Mahathir tidak pun merancang bertemu Abdullah secara berseorangan. Pada mulanya dia mahu bertemu dengan anggota Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi Abdullah tidak bersetuju. Kemudian Mahathir mencadangkan agar dia bertemu dengan anggota Kabinet. Sekali lagi Abdullah tidak bersetuju kerana bertegas mahukan pertemuan itu secara empat mata sahaja, tanpa kehadiran pihak ketiga. Abdullah terlalu takut kalau-kalau Mahathir bertindak melayan beliau laksana seorang budak sekolah dengan disaksikan oleh orang lain, khususnya Majlis Tertinggi UMNO dan Kabinetnya. Memang Abdullah sudh menjangka dia akan menghadapi kerenah Mahathir dan tidak mahu sesiapa menyaksikannya.

Memang Abdullah ada menepis sedikit dakwaan Mahathir tentang wujudnya korupsi dan percanggahan kepentingan. Mengenai perkara membabitkana Scomi, Abdullah tidak nafikan bahawa syarikat ankanya telah menerima kontrak Petronas bernilai RM1.5 bilion. Tetapi ini adalah kerana syarikat ankanya itu merupakan syarikat Bumiputra 100 persen. Tetapi 'hello Abdullah.......! Bagaimana mungkin syarikat tersenarai di papan bursa saham menjadi milik Bumiputra 100%?

Mengenai pembabitan beliau dalam skandal ‘Minyak Untuk Makanan’, Abdullah tidak pun menafikannya. Memang dia ada mengeluarkan surat sokongan kepada beberapa syarikat. Termasuk syarikat milik adik-iparnya. Ini perkara biasa kata Abdullah, dan bukannya dia meraih sebarang keuntungan darinya. Hehe....Abdullah rupanya tidak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan “percanggahan kepentingan”. Apa jenis Perdana Menteri yang kita ada ini?

Ada lapuran mengatakan semasa majlis terbuka Hari Raya antara 180,000 hingga 200,000 orang telah datang – menunjukkan Abdullah adalah begitu popular dengan rakyat. Inilah yang dilapurkan oleh media arus Perdana. Cuba kita buat congak sikit akan angka itu.

Seseorang memerlukan tiga saat untuk bejabat tangan ataupun bersalam dengan setiap tetamu yang datang, kalau anda tidak bercakap dengan mereka ataupun bertanya sesuatu kepada mereka dan sebagainya. Anda hanya bersalam secepat mungkin dan mungkin bekata “Lain!” Ini bererti dalam satu minit anda bersalaman dengan 20 orang tetamu dan dalam satu jam jumlah tetamu ialah 1,200 orang. Untuk berjabat tangan dengan 180,000 hingga 200,00 orang memerlukan tujuh hari. Itupun kalau anda bersalaman tanpa henti-henti, 24 jam sehari selama tujuh hari, tanpa berhenti rehat untuk makan, tidur, solat, pergi ke tandas dan banyak lagi.


Tetapi, saya fikirkan majlis rumah terbuka itu hanya untuk setengah hari ataupun enam jam paling lama? Ini bererti paling ramai tetamu yang bersalaman adalah sekitar 7,000 orang . Apapun apakah lebih 190,000 yang datang itu pulang ke rumah tanpa bersalam dengan tuan rumah ataupun mengucapkan terima kasih kerana juadah yang mereka makan? Tentu dahsyat...... kan???

Terjemahan –marhaintua -

Tuesday, October 24, 2006

Kelentongan Statistiks UMNOputra

Kelentongan Statistik UMNOputra
(Umnoputra’s and their statistical charade)


By Dr Kua Kia Soong -Director of SUARAM
Malaysia-today.net. 24.10.06

Kontroversi terkini terhadap lapuran ekuiti ASLI adalah satu lagi episod kelentongan yang bermula sejak mereka melahirkan Dasar Ekonomi Baru DEB) sejurus meledkanya peristiwa 13 Mei, 1969. DEB telah diperkenalkan untuk menghakiskan kemiskinan tidak kira apa kaumnya dan untuk membetulkan ‘ketidakseimabngan perkauman’ dari segi pemegangan kekayaan di negara, segala angka statistik yang ada kaitan dengan perangkaan kaum sejak itu, sengaja dikaburkan sentiasa.

Untuk permulaan, adalah mudah untuk memperaku angka perangkaan kerajaan berkaitan dengan pegangan ekuiti dan angka kemiskinan mengikut taburan etnik kerana data mentah yang digunakan untuk mengira semua itu telah sedia ada. Pada 1986, ia mencetuskan penelitian Far Eastern Economic Review.

“Keraguan bahawa angka-angka mungkin telah dicemari untuk tujuan politik semakin meruncing dengan hakikat bahawa ia telah dilaksanakan oleh EPU, yang dianggotai oleh pegawai peringkat atasan yang eksklusif berbangsa Melayu.”

Sehingga tahun lapan-puluhan kerajaan telah mengukur kekayaan berasaskan dana tunai-pendapatan tanpa mengambil kira beberapa faktor seperti milik tanah, biasiswa, perkhidmatan dan sabsidi. Inilah yang mencetuskan banyak perbezaan antara kemiskinan di kalangan orang Melayu di luar bandar dan orang Cina di bandar.

Perangkaan pendapatan isirumah mesti mengambil kira berapa ramai anggota isurumah itu yang terlibat dengan aktiviti ekonomi. Kalau perangkaan menunjukkan terdapat ramai anggota keluarga Cina yang bergiat dalam bidang ekonomi, sudah tentu ini mengembungkan pendapatan ‘household’ mereka berbanding kaum yang lain. Memang jelas angka pendapatan purata akan selalu menyorokkan gambaran sebenar kemiskinan setiap etnik.
Perangkaan lain yang mencetuskan kontroversi ada kaitannya kepada taburan modal ekuiti yang dipegang oleh maysarakat etnik yang pelbagai. Malahan sepanjang lapan-puluhan, pernah diberi ingatan bahawa cara melonggok pegangan Bumiputra dan agensi kerajaan dalam syarikat tempatan dan nominee di bawah “penduduk lain Malaysia”. Tentulah tidak menghairankan apabila pegangan “bumiputra” dikira berkurangan (17.8 persen pada pertengahan Lapan-puluhan). Adalah dianggarkan ketika itu bahawa pegangan bumiputra di bawah “Penduduk Lain Malaysia” dikira sekurang-kuranngya 12 ‘percentage points’ . Dengan itu tidak lagi ada kewajaran untuk memanjangkan Dasar Ekonmi Baru melampaui 1990.

Penyelesaian kepada kontroversi terkini bagaimana GLC (Syarikat yang ada kaitan dengan kerjaan) harus diambil kira nampaknya semacam satu perkara mudah kepada seseorang pelajar bidang ekonomi. Saya hairan apabila Kerajaan tidak mempunyai satu wawasan yang mudah untuk mendapatkan teknokrat EPU agar berkata benar selain mengeluarkan ugutan kearah golongan akademik. Apakah saya dianggap begitu pintar seandainya saya menyebut bahawa Petronas, sekadar menyebut satu mithalan, bukanlah satu entiti korporat bukan-Bumiputra? Apakah menghairankan kalau ‘ranking’ (susun-atur keunggulan) kita di kalangan universiti semakin menurun?

Keseluruhan tanggapan pegangan ekuiti saham mengikut kaum memang tidak berguna apabila golongan bumiputra boleh menjual balik saham mereka untuk mendapatkan wang tunai sebaik sahaja saham itu diperuntukkan dan dengan itu mengembalikan ‘status-quo-ante’ untuk selama-lamanya. Penulis masa depan yang akan menulis kisah karut-marut Malaysia tentu akan berjenaka mengenai Dasar Ekonomi Baru seperti kita pernah bejenaka mengenai dongeng si maharajah yang tidak berpakaian.

Dasar Ekonomi Baru Yang Tidak Ada Tepiannya

Tanpa dasar yang begitu bersifat perkauman itu golongan Umnoputra bukan sahaja akan kehilangan keistimewaan yang tidak adil, mereka akan turut kehilangan ideologi ketuanan Melayu untuk meraih undi orang Melayu dan menikmati perit jerih kuasa politik!

Itru sebabnya DEB mesti dilanjutkan dengan muslihat berbeza – ‘Dasar Pembangunan Nasional’

Akan tetapi Rancangan Malysia yang dulu-dulu pernah menyediakan angka perangkaan dengan pecahan etnik (jika tidak macam mana mahu membetulkan ‘imbangan perkauman’?) Rancangan yang lain tidakpun menyediakan maklumat itu. Pihak berkuasa mewajarkan amalan itu dengan berkata bahawa itu semua “berkemungkinan mencetuskan perasaan tidak senang hati ataupun kebencian antara pelbagai kaum” (Standing Order 23(2) Malaysian Parliament.

Ketika saya berada di Parlimen segala soalan- saya yang menyangkuti taburan agihan biasiswa dan pinjaman yang diberikan kepada bumiputra yang miskin , taburan pekerja bergaji daripada kaum Melayu, China dan India serta pendapatan mereka serta pihak lain telah ditolak mengikut Peraturan Parlimen 23(2)

Keperluan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat memang lebih diperlukan selepas kontroversi yang terkini itu.


Dasar Ekonomi Nasional

Sebarang dasar yang berasaskan ‘kaum’ adalah begitu pincang dan boleh dipertikaikan kerana setiap masyarakat itu mempunyai golongan elit yang kaya-raya dan majoriti kaumnya yang papa kedana. Setiap ilmuan yang berwibawa tahu ketika tujuh-puluhan dulu apakah kesan DEB itu “nanti”. Segala rangka tindakannya telah banyak membesarkan tembolok golongan UMNOputra yang berkedudukan. Pemisahan kawalan dana oleh “pemegang amanah” DEB daripada milik biasa oleh bumiputra menyebabkan tercemarnya akauntabiliti awam. Tanpa imbang dan periksa yang berkesan, kita telah menyaksikan segala skandal di masa lalu – Bank Rakyat, BMF dan banyak lagi.

Yang lebih berbahaya ialah kesan diskriminasi perkauman yang menular keatas hubungn etnik di negara ini. Perpaduan boleh dimajukan melalui dasar tindakaan affirmatif berasaskan KEPERLUAN dan tidak berasaskan KAUM.

Terjemahan –marhaintua -

Percaturan Politik Dr. Mahathir

Percaturan Politik Dr. Mahathir
Dr Mahathir’s ballgame
Ibnu Hakeem. Posted by: Raja Petra
THE STRAIGHT TIMES – Malaysia-today.net
23/10/06.


Pertemuan antara TunDr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi sudah pun berlalu. Tetapi, Perdana Menteri belum lagi mahu bersara. Ekonomi negara tidak akan pulih dengan segera. Putra UMNO akan terus memujuk kumpulan Mat Rempit. Khairy Jamaluddin, Scomi, Kamaluddin Abdullah, ECM Libra, Patrick Lim, Monsoon Cup dan banyak lagi pembaziran regim Abdullah Badawi akan terus bernafas lega – untuk seketika ini.

Di satu Sidang Akhbar di kediaman beliau pada Isnin 23 Oktober, 2006, TunDr. Mahathir telah menjelaskan beberapa pembohongan yang sudah pun disiarkan oleh media arus perdana mengenai pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Abdullah sehari sebelumnya. Cadangan pertama Mahathir ialah bertemu dengan Majlis Tertinggi UMNO tetapi cadangan itu telah ditolak bulat-bulat oleh Abdullah. Kemudian Mahathir mahu bertemu dengan menteri kabinet UMNO, itupun telah ditolak oleh Badawi.

Akhirnya pertemuan itu telah diuruskan melalui usaha MUBARAK, persatuan bekas anggota parlimen, dan anak lelaki beliau Mokhzani. Dr. Mahathir telah meminta agar ada seorang saksi daripada setiap pihak tetapi Abdullah Badawi telah menolaknya juga. Namun demikian, Dr. Mahathir telah berjaya merekamkan dalam pita keseluruhan pertemuan yang berlangsung selama dua jam.

Mengikut kata Mahathir, nampak sangat Pedana Menteri tidak tahu-menahu akan banyak perkara. Abdullah mendakwa dia tidak sedar akan salahlaku anaknya, anak menantunya, anggota keluarganya yang lain, dalam banyak hal termasuk dalam urusan Kerajaan. Kemudian dia memberitahu Dr. Mahathir bahawa dia akan beritahu anaknya, serta anak menantunya membuat lapuran kepadanya mengenai sebarang salah laku yang mereka telah lakukan.

Kita mesti ingat balik, sebelum ini ketika Scomi dipercayai mendapat banyak kontrak Kerajaan, Abdullah Badawi telah meminta Scomi menghantar satu lapuran mengenai perkara itu. Scomi telahpun memberikan lapuran itu kepada PM yang menafikan mereka ada berbuat sebarang salahlaku. Begitulah juga nanti, kita dapat jangka kedua anak dan anak menantunya akan menyerahkan satu lapuran lagi yang menyatakan mereka tidak pernah buat kerja salah laku itu.

Mengenai monopoli Scomi mendapat kontrak membekalkan lumpur kepada Petronas, Abdullah Badawi mengulangi ketegasannya kepada Mahathir bahawa Scomi merupakan satu-satunya syarikat pembekal lumpur penggerudian di rantau dunia sebelah sini. Abdullah Badawi tidak pula berkata sebelum itu siapa yang membekalkan lumpur penggerudian itu kepada Peteronas sebelum dia menjadi Perdana Menteri.

Pertemuan antara Mahathir dan Abdulalh Badawi hanya merupakan peristiwa yang membuang masa. Dr. Mahathir memang skeptik kalau pertemuan itu akan membawa sebarang guna. Namun demikian, Dr. Mahathir masih meneruskan perjuangannya mengikut peraturan. Di Kubang Pasu beliau enggan berjumpa dengan sesiapa yang menjadi anggota perwakilan sebelum majlis pembuangan undi kerana itu dianggap sebagai berkempen. Pertemuan beliau dengan Badawi sekarang adalah mengikut saluran protokol yang sempurna. Tidak ada sesiapa boleh menuduh beliau menikam PM dari belakang. Tun Dr. Mahathir telah menyampaikan kepada Abdullah mesej yang sama yang telah diulanginya banyak kali di mana-mana sejak empat bulan yang lalu.

Dr. Mahathir berkata dia gusar bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kehilangan sokongan besar dalam Pilihanraya Umum yang akan datang. Dia mengeluh bahawa masyarakat perniagaan Cina sudah menjadi begitu sedih terhadap pengurusan ekonomi dan politik negara ini. Kemungkinan besar mereka tidak akan memberikan undi kepada BN dalam pemilu yang akan datang. Dia berharap Kerajaan (pemimpin) boleh ditukar sebelum itu. Bukannya mustahil untuk pemimpin melepaskan jawatan sebelum Pilihanraya Umum.

Bila ditanya mengenai aduan wujudnyaa politik wang semasa pilihan jawatankusa bahagian Kubang Pasu, Dr. Mahathir berkata Abdullah Badawi tidakpun menyebut apakan jawatankuasa disiplin UMNO akan mengumumkan keputusan siasatan mereka. Mungkin memakan masa juga sebelum kita dapat mendengar apa-apa tentang aduan yang dibuat oleh lima orang anggota perwakilan.

Setakat ini tidak ada satupun projek Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang terlaksana. Rgim Abdullah Badawi sudah bertakhta selama tiga tahun, selain Scomi dan ECM Libra yang membesar berkali ganda, tidak ada pertumbuhan di bahgian lain ekonomi negara. Dr. Mahathir menjelaskan bahawa apa yang disebut sebagai PFI (Inisiatif Kewangan Awam – Private Finance Initiative) adalah satu kelentongan untuk memudahkan ‘kotrak dirundingkan’. PFI hnyalah merupakan nepotisme para kroni yang sebenarnya berasaskan BLT (Build, Lease and Transfer – Bina, Pajak dan Tukarmilik) Ini bemakna syarikat yang bernasib baik akan membina projek, pajakkan kepada kerajaan dan akhirnya pulangkan balik hak milik kepada kerajaan. Satu syariakat kerajaan akan mencari sumber kewangan untuk membina projek PFI itu. Tidak ada risiko pasaran. Akhirnya, Kerajaan akan membayar untuk PFI itu.



Kalau diimbau pertemuan itu, jelas ia tidak mencapai apa-apa yang menyerlahkan sesuatu yang positif kepada ekonomi negara, politiknya ataupun untuk menjaga martabat parti yang diwujudkan oleh Dr. Mahathir - UMNO.

Kalau adapun sesuatu yang ganjil daripada pertemuan itu sekarang ini memang masuk akal juga seandainya Dr. Mahathir mempunyai rencana lain yang konkrit untuk menyingkirkan Abdullah Badawi. Dia boleh rancakkan kempen terdahap Perdana Menteri tanpa dilihat sebagai berniat jahat ataupun berdendam. Semua itu sudah lama terdedah. Semua pihak sudah mengetahuinya. Ini merupakan percaturan politik Dr. Mahathir.

Terjemahan –mathaintua-

Anwar Ibrahim: Bertukar Dahan Untuk Terus Bertahan

Anwar Ibrahim: Bertukar Dahan Untuk Terus Bertahan?
(Anwar Ibrahim: Shifting guns to remain afloat?)
Ali Cordoba - Raja Petra - Malaysia-today,net
THE CORRIDORS OF POWER
24.10.06


Dalam satu ucapan yang dianjurkan ‘Center for Democracy, Development and the Rule of Law (CDDRL)’; dan ketika menjelaskan hubungan bersama budaya – bukan-Barat di AS, Anwar Ibrahm telah mengemukakan beberapa hujah yang menunjukan kemungkinan adanya anjakan dalam perjuangannya. Apakah ini disebabkan dia perlu terus bergaya ketika timbul keraguan apabila beliau dilabel sebagai seorang ekstrimis ataupun menganut demokrasi sebagai satu nilai universal merupakan usaha jelas untuk mendampingi Barat? World Futures Online (www.worldfutures.info) telah menganalisa Anwar Ibrahim, insan yang disandarkan harapan oleh banyak pihak sehingga ramai yang sanggup berkorban apa sahaja di kemuncak pergerakan reformasi di Malaysia.

Apakah yang dibentangkan oleh Anwar menepati harapan ribuan penunjuk perasaan yang menantikannya selepas beliau dibebaskan? Ataupun apakah dia sudah berubah menjadi seorang ‘univerasalis’ menandakan bahawa perjuangan ‘reformasi’ dan tarikan massa sudah pun berlalu dan cuma merupakan satu tapak untuk melangkah tangga daripada seorang hero kepad seorang ‘Rai’” (‘Rai’ ialah panggilan pemegang jawatan yang paling tinggi dalam kerajaan Mesir purba).

Ketika permulaan ucapan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, memang jelas bahawa pemimin Islam itu sedang mengambil satu pendirian tegas memihak kepada demokrasi dan hak asasi manusia kerana beberapa sebab. Nampkanya dia bertindak begitu gara-gara idealisme Islam yang amat kuat dipertahankan di zaman mudanya. Peranan baru beliau sebagai duta kedamaian membolehkan beliau membina jambatan yang menghubungkan Barat dengan tamaddun Islam. Inilah yang mungkin membuatkan beliau membelakangkan projek kesayangannya ABIM dan merenggangkan beliau daripada kebanyakan ibukota dunia Islam.

Kita harus faham bahawa dia perlu menjaga tahap selera pernerimaan Barat terhadapnya. Beliau sedar betapa Barat merupakan rakan kongsi yang pentin di masa hadapan dan seseorang tidak seharus menafikan pengaruhnya dari segi ekonomi politik dan ketenteraan. Untuk mencemuh Barat dan sistem kapitalis yang menyokong demokrasi dan penggunaan ‘hak’ yang berlebihan dan untuk berkata bahawa Islam adalah penyelesaian muktamad kepada orang Islam sudah tentu menjadikan Anwar Ibrahim seakan seorang lagi ‘Osama bin Laden’ dan seorang anggota Al-Qaeda. Dengan itu kepada pemerhati barat dan antarabangsa, Anwar Ibrahim ialah seorang pemimpin Islam yang mampu menyampaikan mesej demokrasi kepada uamt Islam – walaupun nampak ganjil kenapa Anwar tidak bercakap kepada umat Islam di Timur Tengah ataupun di Eropah mahupun di Asia, dan sebagainya.

Barat mempunyai pandangan yang tercemar terhadap ‘kebebasan’ dan ‘hak’ kerana para pemimpin dan pemikir beranggapan bahawa mereka boleh berfikir dan berkata apa yang mereka suka dan memakai apa yang mereka senangi (mereka boleh bersedia melihat orang berjalan berbogel di kotaraya) tetapi mereka tidak dapat menerima orang yang bertudung dan mereka tidak boleh menerima lelaki Islam yang mempunyai fikiran yang berbeza daripada mereka serta besolat lima kali dalam sehari. Bukankah ini satu bentuk pemencilan’ yang mendesak dilakukan perubahan kepada bingakai ‘pemikiran’ pihak Barat itu sendiri? Bukankah ini satu tindakan menolak bulat-bulat hak’ dan ‘kebebasan’ umat Islam memilih cara hidup mereka? Penglaksanaan berlebihan akan ‘hak’ serta ‘kebebasan ‘ yang memihak kepada budaya barat tidak boleh diterima dan Anwar Ibrahim, sejak dia kini menjadi guru kepada dialog Barat-Islam --- mempunyai tanggungjawab moral untuk terus berdialog dengan barat akan segala isu itu.

Kalau bercakap di negara sendiri di Malaysia dia tahu bahawa keadaan akan pasti berubah dan penentangnya dalam UMNO serta rakan politiknya dalam PAs amat curiga akan ‘order baru dunia’ di mana agama mungkin sudah menjadi mainan kedua dan tanggapan bahawa demokrasi akan disogokkan untuk menjadi amalan negara-negara Islam. Beliau masih percaya bahawa AS akan menang dalam pertarungan menegakkan demokrasi di bumi Arab, dan dengan itu lambat-laun Malaysia akan mengikutnya juga. Demokrasi di Malyasia adalah berbentuk demokrasi pimpinan dan kepimpinan yang dikawal UMNO yang telah sekian lama menegakkan kuasa majoriti umat Islam sejak negara mencapai kemerdekaannya.

Inilah masa yang terbaik untuk Anwar Ibrahim melupuskan label ‘militan’ yang lama melekat pada perjuangan keIslamannya untuk turut serta menghirup udara demokrasi seperti orang lain dengan apa cara pun. Untuk membawa perubahan kepada Malaysia, Anwar mesti mendapat simpati, sokongan dan kesetiaan mereka yang bersetuju dengan sistem yang ada di Malaysia. In bererti dia perlu menggugurkan isu agama Islam dan kemukakan isu lain yang menyentuh ‘universalisme’ demokrasi sebagai satu lakonan imbangan untuk mengbangkitkan nilai-nilai keIslaman yang ‘pudar’ – kerana itulah nilai yang tidak menarik minat sebahagian besar puak minoriti di negara itu. Dengan berbuat demikian dia mungkin meraih lebih banyak sokongan sebahagian besar penduduk Malaysia, seperti golongan bukan Islam khususnya dan taradisionalis UMNO yang tidak percaya perlunya memperkukuhkan Islam di Malaysia dan sedang menentang ‘Islam Hadhari’ ciptaan Abdullah Badawi dalam hal itu khususnya. Islam Hadhari yang sesungguhnya merupkana satu versi baru ‘Islam Madani’ masih menghadapi penyesuaiannya di Malaysia dan Anwar mungkin sudah berfikir bahawa apabila era Abdullah Badawi berlalu, perjuangannya untuk melaksanakan demokrasi yang tidak bertepian mungkin menjadi lebih mudah.

Memanglah tidak adil kalau ada yang mengatakan bahawa Anwar ialah seorang pemimpin demokrat yang cuba menculik satu situasi yang membangun di mana Anwar menyesuaikan dirinya sendiri kepada ‘gelombang demokrasi’ Barat sehingga mungkin menjadi tidak berguna. Tetapi tidak pula dalam perkara ini. Anwar bukannya seorang opotunis tetapi dia juga mempunyai sekatannya dan segala hambatan ini memang boleh dipertikai terhadap kecenderungan yang menjadi pilihannya antara melonjakkan demokrasi dan laungan untuk menggugurkan politiko-Islam.

Para penyokong Anwar tidak menjangkakan satu anjakan yang begitu dramatis dalam bahasa dan gaya politik bekas timbalan prdana menteri itu. Umat Islam khususnya sudah lama berharap Anwar akan mengusai keadaan dari titik-mula dia meninggalkannya dan ketika dia disumbat dalam penjara untuk menghidupkan kembali impian menjadikan orang Melayu satu bangsa yang besar di Malaysia.

Namun demikian menuding jari arah orang Islam kerana reaksi terhadap serangan ganas yang kadangkala berunsur kehaiwanan terhadap Islam oleh Barat tidak akan membantu perjuangan beliau di kalangan umat Islam. Anwar Ibrahim telah bekata bahawa umat Islam tidak boleh merusuh dan tidak boleh menunjukkan amarah terhadap serangan Barat yang memburuk dan meloyakan terhadap agama mereka, kitab suci agama dan ikon mereka Nabi Mohammad. Anwar bertegas bahawa universlisme demokrasi adalah sesuatu di mana oraang Islam mesti menerima serangan itu dan bersabar sahaja.

Anwar juga berhujah bahawa umat Islam tidak serharusnya mendesak agar ditutup akhbar yang menyiarkan kisah ataupun gambar yang menghina terhadap nabi junjungan Islam, semua itu atas nama demokrasi. Ramai umat Islam yang menganggap bahawa Anwar Ibrahim kini turut menghakiskan hak Islam untuk membalas minda- yang kotor yang sebenarnya perancang di sebalik serangan itu.


Mungkin Anwar perlu mewarnai kenyataannya mempertahankan hak demokrasi itu dengan menyebut bahawa Islam mempunyai hak mempertahankan diri tetapi ia perlu melakukannya secara kurang ganas dan lebih berhemah. Umat Islam memang masih menunggukan pemimpinnya (termasuk pemimpin lain seperti Anwar) untuk bertindak secara behemah dan memberitahu mereka agar tidak begitu ganas tetapi emngangani sesuatu isu itu dengan penuh kesabaran. Mereka juga sedang menunggu untuk melihat apakah bentuk bantahan terhadap barat oleh orang seperti Anwar berbanding kesungguhan menjadi pak tutur kepada prinsip Barat. Umat Islam menganggap sifat ini laksana tunduk kepada kehendak Washington agar umat Islam terus megunci mulutnya, digari tangannya, ditutup matanya dan dinyahkan kepada ‘pisau pancung’ sejarah seolah-olah mereka adalah tukang karut yang muncul daripada zaman purba.

Seandainya Anwar yakin bahawa dia mesti mengutamakan demokrasi dan perlu mengambil hati Barat sebagai usaha yang lebih penting dari memberi keutamaan kepada kehendak masyarakat Islam di Malaysia, maka nasib masa depan politiknya akan dientukan lebih cepat dan lebih teruk sekali. Jika diandaikan tidak ada masalah untuk berkawan rapat dengan juara neo-kon di AS, adalah jelas betapa dunia Islam menganggap bekas timbalan setiausa peratahanan, Paul Wolffowitz , sebagai seorang musuh yang merancang untuk menjahanamkan negara-negara Islam.

Nampaknya Anwar semakin renggang dengan kawan-kawan lamanya di Riyadh dan dalam dunia Islam, dan ini adalah satu kesilapan yang mungkin menjejas masa depannya. Kebimbangan akan digelar seorang ‘mujahidin’ mungkin mejadi sebab kenapa Anwar Ibrahim menjauhkan diri daripada kota raya negara Islam dan menunjukkan keyakinan kepada sistem Barat yang setakat ini sedang mengejar satu dasar kearah kemusnahan menyeluruh nilai-nilai Islam dan negara Islam di dunia ini.


Di Malaysia cakap-cakap mengenai kesilapan DEB semakin rancak dibincangkan, namun kita semua sedar bukannya DEB yang patut dipersalahkan tetapi cara ia dilaksanakan dan cara ia dirampas oleh satu kumpulan pembodek regim Mahathir Mohamad yang telah memberikan imej yang buruk kepada DEB. DEB bermula dengan idea membantu orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial dengan pelajaran yang baik-baik. Majoriti penduduk Melayu telah mendapat faedah daripada ‘grant’ pendidikan namun ini tidak melonjakkan mereka dalam rencana yang diatur dulu untuk menjadikan mereka maju dari segi ekonomi gara-gara DEB sudah disauk oleh segelintir kecil keluarga Melayu yang dilindungi dan yang menyalahgunakan sistem itu.

Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan untuk satu tempoh yang lama dan dia mengaku wujudnya salahguna DEB oleh Mahathir dan para penyangaknya. Sepanjang tempoh itu, ‘sahabat lama’ Anwar Ibrahim terpaksa meminta-minta untuk mendapatkan kontrak sedangkan kroni penyangak Mahathir terus menerima projek yang besar-besar. Pada waktu yang sama, orang Melayu di peringkat bawahan tidak pun merasa banyak keistimewaan DEB. Mereka dilekakan bahawa memilikki satu kereta proton dan satu rumah rumah satu tingkat ataupun kalau bernasib baik sebuah rumha dua tingkat adalah lebih baik dari hidup di ruma kerajaan ataupun rumah pangsa satu bilik; dan mereka memang sedang hidup bergaya kerana adanya DEB. Sepanjang tempoh itu, segelintir yang berseronok membalun dana DEB adalah sama ada yang berlonggok di bawah kem Mahathir ataupun sedang mengintai-intai untuk menyokong Anwar dalam usaha beliau menjatuhkan Mahathir daripada takhta dan jawatan Perdana Menteri. Apabila Anwar gagal dalam usaha untuk menyingkir Mahathir, para kroni bersatu di belakang bekas Perdana Menteri itu dan memberikan sokongan ekonomi dan politik yang amat diperlukannya untuk menepis gelombang ‘reformasi’ menjelang pilihanraya 1999.

Mahathir telah menuduh Anwar cuba menjual negara kepada IMF dan Bank Dunia sedangkan UMNO bekata Anwar adalah agen Amerika. Pernah terdapat tulisan mengihiasi dinding di Masjid India yang dilakukan oleh penyokong UMNO yang menulis: “Anwar boneka Amerika!!. Ini menaikkan amarah ramai dalam pergerakan reformasi itu kerana mereka begitu yakin Anwar adalah seorang Islamis yang bukan berjuang agar dibebaskan daripada penjara tetapi kerana kebaikan kelas menengah Melayu dan untuk hak mendapat keadaan hidup yang lebih baik di negara sendiri. Mereka yakin bahawa Anwar adalah insan yang akan membawa semangat keadilan dalam agihan kek ekonomi dan kejujuran akan menjadi sebahagian hidup di Malaysia

Memang sudah lama Anwar menentang DEB seperti yang diamalkan sekarang. Sebelum dia dijatuhkan daripada jawatan TPM dia pernah bercakap menentang DEB dan mencadangakan agar dirombak ekonomi sambil dia memujuk orang Melayu akan melepaskan tongkat dan menjadi lebih berani. Ketika itu Mahathir yang menentang usaha beliau mengundurkan DEB. Mahathir lebih suka mengangap DEB sebagai satu usaha nasional yang tidak boleh disentuh kerana ia menjadi jaminan politik bahawa Melayu akan memberikan undi mereka kepada UMNO dalam apa keadaan pun. Pada 1999, DEB hampir tidak berguna kepada Mahathir yang hampir dikalahkan oleh pakatan PAS-ADIL-DAP. Pertarungan menjadi sukar dan pihak pembangkang semakin perkasa sementara kerajaan terpaksa merujuk kepada amalan yang tidak demokratik untuk menang pilihanraya itu.

Anwar betanggungjawb dengan nasib Mahathir yang hampir tumbang. Beliau hampir menjatuhkan Mahathir daripada takhta sedangkan dia masih lagi di dalam bilik penjara. Anwar telah menerima sokongan penduduk Melayu marhaen kerana inilah kumpulan manusia yang tidak pernah percaya bahawa Anwar benar-benar menentang DEB. Kerana menganggap Anwar sebagai seorang demokrat dan bukannya Islamis, dan Anwar sesungguhnya berusaha untuk dibebaskan . Mereka yakin bahawa dia berjuang dari penjara untuk menjatuhkan Mahathir dan membebaskan majoriti orang Melayu daripada belenggu UMNO. Mereka juga percaya Anwar akan menangani Islam secara berbeza dari cara Mahathir menanganinya. Kebanyakan orang Melayu yakin bahawa Mahathir bukanlah seorang Islamis walaupun mereka bersetuju bahawa beliau adalah seorang negarawan yang hebat.

Bukannya mudah untuk mana-mana kerajaan di Malaysia membubarkan DEB tanpa mencetuskan amarah dan kemungkinan kebangkitan revolusi orang Mealyu. Inilah yang membuatkan Timbalan Perdana Meneri (TPM) Najib Tun Razak mengambil sikap berhati-hati terhadap perubahan yang perlu dipilih oleh Malaysia dalam usahnya untuk menganggotai masyarakat maju pada 2020. Untuk melupuskan DEB dan membiarkan masyarakat kelas menengah Melayu terkapai-kapai akan merupakan tindakan berbahaya dari segi politik dan mungkin mengakhirkan kerjaya Anwar Ibrahim ataupun mana-mana pemimpin Melayu yang berani mencubanya. Jalan penyelesaian untuk Anwar ialah memikirkan semula siapa yang akan mendapat keuntungan di bawah DEB dan bagaimana ‘mengagihkan’ faedah ekonomi yang diraih olh Malaysia sepanjang sejarahnya , kepada orang yang lebih memerlukanna (terutamanya orang Melayu) dan membiarkan golongan kaya-raya dan penyangak berlagak yang sudah lama bergaya di kalangan orang Mealyu.

Demokrasi tidak akan biarkan perkara ini berlaku kerana demokrasi menjadi pendekatan kapitalis ke arah masyarakat sivil. Ia akan tetap menyokong kumpulan yang mempunyai modal untuk melabur berbanding mendekati puak massa yang hanya tahu menunjuk perasaan di jalanan. Kapitalisme tidak akan dapat hidup subur seandainya demokrasi merelakan usaha mencuri hak orang kaya untuk memperkayakan golongan massa. Justru, Anwar perlu merujuk kepada prinsip Islamia. Tetapi Anwar pernah berkata dia bukannya seorang Islamis apa lagi seorang fundamentalis. Tentulah tidak kena untuk kita melihat Anwar sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia menglaksanakan prinsip Islamia seperti Baitul-Maal untuk menyelamatkan majoriti penduduk Malayu yang telah dinyahkan oleh kelas politik UMNO di masa dulu.

Tanggapan Anwar terhadap Dunia, Barat dan Islam serta hubungannya nampak pincang dalam banyak cara. Di Barat, ketika Anwar mengutuk sikap umat Islam kerana menunjukkan reaksi ganas terhadap kartunis yang mencemarkan Nabi Mohammad, serangan langusng Pope (Paus) terhadap Nabi, dan usaha Amerika untuk mendemokrasikan Timur Tengah, dia menjadi semacam seorang wira pilihan. Walaupun kualiti dianggap lebih penting daripada kuantiti, umat Islam adalah manusia dan mempunyai emosi juga. Tentu kita setuju untuk merasa takjub seandainya anjing dan haiwan mudah tersenyum semasa di kenakan ujian di makmal. Tetapi apa yang kita bincangkan di sini ialah mengenai agama satu masyarakat besar dunia dan mengenai keiblisan dan serangan Barat yang amat meloyakan keatas Islam dan ikonnya. Tentu kita tidak mengharapkan orang Islam akan bertindak dengan hilai ketawa dan berlalu tanpa menunjukkan sebarang tanda emosinya.

Memang bagus kalau dapat merapatkan hubungan antara Barat dan Islam tetapi bukan semua usaha yang bagus itu mendatangkan keuntungan atau pun benar-benar bijak. Sejak Islam diserang kerana kesucian dan keikhlasannya, semakin jelas bahawa penyerang itu memang jahat dan merupakan satu kumpulan hipokrit yang berselindung di sebalik topeng demokrasi untuk menghasut, mengebom dan menyalahkan kuasa keatas umat Islam. Barulah kita sedar kenapa demokrasi tidak ‘universal’ Kita semua tahu betapa demokrasi itu memang ada cacatnya. Ia sudah menggagalkan Amerika kerana orang yang bukan berkulit putih tidak boleh menjadi presiden. Ia juga sudah menggagalkan rakyat Amerika hari ini apabila G.W. Bush telah dilantik menjadi presiden disebabkan silap teknikal yang besamaan dengan rasuah dan undi palsu dalam demokrasi yang lain tetapi tidak di Amerika, yang disebut sebagai tunggak demokrasi, konon. Amerika mungkin merupakan demokrasi yang paling bangsat di dunia hari ini, sejak ia mengamalkan dasar dan prinsip yang pernah diamalkan di Malaysia yang menjadikan Anwar sendiri menjadi mangsa salahguna kuasa. Beribu penganut Islam yang didera dalam penjara rahsia, tanpa sebarang peluang dibicarakan dan dituduh tanpa bukti. Guantanamo ialah satu contoh terbaik. ‘Home Security Act’ dan ‘Patriot Act’ di AS adalah sama sahaja dengan Internal Security Act yang digunakan untuk memangsakan Anwar.

Di AS, media adalah merupakan satu fotopamograna (mirage) tentang apa yang sepatutnya merupakan kebebsan akhbar gara-gara ditekan oleh kumpulan neokon agar mematuhi arahan regim Republikan yang punyai perancangan iblis terhadap Islam. Orang Amerika tidak lagi bebas mempertikaikan presiden mereka, bidang kuasa dan penjelasan rasmi regim itu. Jika mereka buat juga, mereka akan disanggah oleh FBI dan mungkin dikenakan penjara ataupun keduanya sekali ataupun bualan telefon mereka akan dipintas dan pergerakan mereka akan diawasi setiap hari oleh Gestapo baru di Amerika. Apakah ini Barat yang mahu dirapati oleh Anwar untuk Islam? Soalnya sekarang barat mesti faham bahawa Islam hari ini menyediakan lebih banyak kebebsan, lebih menghormati hak asasi manusia dan lebih memberikan kesucian rohani berbanding demokrasi – yang dengan apa cara pun bertukar kepada satu bentuk kapitalisme yang ekstrim gara-gara hasil kerja bedebah –tiga musibat serangkai -- - Bush-Blair-Olmert.

Demokrasi sedang membunuh ratusan ribu manusia di Iraq dan sedang terus membunuh ribuan lagi di Afghanistan dan tidak lama lagi di Sudan dan Syria dan Iran. Di Iraq sahaja, jambatan demokrasi yang mahu dihubungkan oleh Anwar Ibrahim dengan Islam sudahpun membunuh ataupun membantu pembunuhan 665,000 orang umat Ialam yang miskin dan tidak berdosa yang hanya mahu hidup tanpa Barat menyibuk di negara mereka. Ini tidak memerlukan sebarang jambatan. Tamaddun yang ada sudah begitu jauh berbeza dan Anwar adalah terlalu lemah untuk mencantumkan titik-titiknya.

Barat tahu apa yang dihadapinya. Ia tahu apakah Islam sebenarnya dan adalah keanak-anakan untuk kita percaya bahawa Barat tidak faham mengenai Islam dan apa agama itu sebenarnya. Mungkin para pemimpin Islam tidak arif tentang apa yang Barat tahu mengenai Islam. Lantas, kedua-dua pihak serba tidak tahu. Kata-kata wasiat Nabi Mohammad semakin menyerlah seperti yang tersurat dalam Hadith, baginda berkata : Akan tiba masanya nanti apabila yang keliru akan memerintah dunia. Inlah masanya nanti apabila yang jahil dan ‘dungu’ akan memerintah golongan yang cerdik. Selagi Barat berlakon sebagai jahil terhadap Islam dan pemimpin Islam termakan lakonan pemimpin Barat, jambatan apakah yang mahu dihubungkan?


Kalau Paus boleh berkata bahawa Islam ialah agama kedamaian –dan dia telah berkata demikian banyak kali sebelum serangan terakhirnya terhadap Islam; dan kalau Bush boleh berbuka puasa bersama orang Islam di Rumah Putih dalam satu rangka usaha kejayaannya memutar minda segelintir orang Islam –kenapa pula kita mahu mendakwa bahawa Barat memang jahil mengenai Islam? Kepalsuan ini mesti dihentikan dan untuk ia ditamatkan, orang Islam perlukan insan seperti Anwar untuk menyindir Barat bahawa dunia Islam amat arif akan lakonan kejahilan yang dimainkan oleh pemimpin Barat.

Dunia Islam tidak perlukan Anwar sebagai duta kedamaian untuk mencelikkan Barat mengenai Islam. Apa yang diperlukan oleh Dunia Islam ialah seorang pemimpin yang kuat yang berani menutup mulut Barat dan menyedarkan mereka menerima hakikat bahawa demokrasi sedang menggagalkan mereka dan merka tidak seharusnya berselindung di belakang tabir apa yang mereka sebut kebebasan bersuara dan media untuk menyerang Islam.

Mereka harus difahamkan bahawa Islam ialah kebebasan besuara dan Islam itu adalah demokrasi secara tersendiri dan Islam juga berbentuk komunis dalam banyak cara dan sosialis dalam fundamentalnya. Itu sebabnya Islam itu satu agama yang lengkap dan adalah satu penyelesaian kepada banyak masalah dan bukannya penyebab masalah yang dicipta oleh Barat.

Anwar bekata bahawa demokrsi itu universal bentuknya sedangkan Rasullullah berkata Islam itu universal dan Mao bekata komunisme itu universal sedangkan Carl Marx dan Engel berkata Kapitalisme dan demokrasi ialah momok. Yang mana satu? Apakah Anwar benar-benar yakin bahawa demokrasi ala Bush-Blair-Olmert benar-benar universal? Untuk bekata benar, nampaknya Anwar cuba memperkenalkan satu bentuk Amerikanisme yang membawa padah kepada prinsip demokrasi dan merupakan musuh kepada Islam.

Ini bukan Anwar Ibrahim yang sama membuat kita bersatu di jalanraya Kuala Lumpur, di lebuhraya internet dengan segala bahayanya, dan laman perbincangan - berkonfrontasi secara langsung dengan anti-reformis di Malaysia. Ramai umat Islam yang berprinsip telah kehilangan pekerjaan, perniagan mereka, kenaikan pangkat, isteri ataupun suami yang tinggalkan mereka kerana mereka telah menyokong Anwar Ibrahim. Ramai yang lain kehilangan peluang untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia ataupun memperolehi status penduduk tetap kerana lapuran polis cawangan khas (SB) kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengatakan mereka “Orang DSAI” Inilah orang-orang yang tidak mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi bidak dalam percaturan Barat yang berlakon seolah-olah jahil akan fitnah mereka. Mereka mahu Anwar Ibrahim yang mampu bercakap mengenai Islam dan berdiri teguh di sisi Islam kerana keluhuran yang terpancar sebenarnya daripada Islam dan apa makna semuanya..

Terjemahan -marhaintua-

Friday, October 20, 2006

Petro-Kartel Bush Menguasai Minyak Iraq

Bahagian 2.......
Petro-Kartel Bush Menguasai Minyak Iraq.
Bush's Petro-Cartel Almost Has Iraq's Oil (Part Two)

Kedutaan Amerika Syarikat yang terbesar di dunia berada di Iraq. Bangunan itu teletak di satu kawasan yang diberi nama ‘Green Zone” Nama itu diberikan sebagai tanda kawasan itu selamat , kerana terdapat 140,000 askar di Amerika. Selepas menjajah Iraq, Amerika telah menggunakan khidmat satu firma perunding, McLEan, Va. Untuk merancang ekonomi Iraq szambil mengambil kira apakah peluang besar yang boleh dinikmati oleh para pelabur.

Akan tetapi Big Oil (BO) menaruh sasaran tepat dan khusus kepada perjanjian mengenai minyak. Mereka mahukan satu perjanjian perkongsian yang mewah dan lumayan yang mampu mengikat penguasaan multinasional untuk jangka panjang dan inilah perjanjian yang sememangnya belum pernah didengar di negara lain yang sama kaya dan mudahnya untuk mengeluarkan minyak seperti Iraq.

Pihak yang menjajah (Penjajah Amerika) terpaksa memulas telinga satu kerajaan berdaulat untuk menyenangi kerakusan mereka, dan mereka juga perlu menekan sebarang tentangan yang dihadapi daripada orang Iraq yang memang bebas dan sepatutnyalah semakin curiga. Akhirnya mereka terpaksa menentukan bahawa syarikat Anglo-Amerikan betul-betul mengungguli kedudukan untuk merembat habuan yang lebih besar dalam kontrak yang telah mereka permudahkan.

Usaha untuk menangani sebarang kemungkian munculnya bantahan telah dimulakan dengan segera. Ketika Kementerian Minyak yang secara kebetulan merupakan salah satu daripada segelintir struktur yang dilindungi oleh pasukan penceroboh Amerika semasa hari-hari terawal mereka menyerang Baghdad, semua pegawai birokrasi telah menerima padah yang sungguh malang. Dengan satu hayunan mata penanya, Ketua CPA (coalition Provisional Authority) yakni penjajah Amerika sementera – Paul Bremer telah memecat ratusan kakitangan kementerian itu , kononnya sebagai satu tindakan mengnyahkan pengaruh Baath (de-Baathfication) daripada kerajaan.” Tetapi seperti yang dikatakan oleh Antonia Juhasz dalam bukunya “The Bush Agenda” dan juga kepada saya: “Itu bukannya satu pertanda bahawa mereka bersekongkolan dengan jenayah Saddam.-- ..kakitangan itu telah disingkirkan kerana besar kemugnkinan mereka telah membantah program transformasi Amerika itu” Memanglah ada segelintir fraksi yang memang degil dan taksub kepada fahaman Baath, akan tetapi semua mereka itu adalah veteran dalam bidang minyak negara itu dan amat arif mengenai industri tersebut. Mereka faham apakah yang diamalkan secara norma di negara jiran dan mereka tidak mempunyai kesetiaan kepada angkatan bersenjata penjajah. Kerana itu ramai yang telah dipecat oleh Penjajah Baru Amerika. .

Demikian juga keadaannya di peringkat atasan. Yang menjadi menteri minyak dalam Kerajaan Sementara Iraq itu ialah Thamir Ghadbhan, seorang teknokrat yang dilatih di Britain dan pada satu ketika pernah menjadi Ketua Perancang di bawah kerajaan Saddam Hussein. Beliau memang dihormati kerana sikap dan pendirian yang bebas daripada pengaruh politik dan penentangannya kepada regim yang lalu. (Saddam pernah memenjarakan beliau di Abu Ghraib) akan tetapi walaupun beliau turut bekerjasama dengan penasihat Amerika, Ghadban telah digantikan oleh Ibarahim al-Uloum yang merupakan kawan rapat Ahmed Chalabi – pelarian Iraq yang amat diminati oleh Amerika untuk mentadbir Iraq. Beliau kelihatan lebih mesra dan lembut tetapi memang tidak syak lagi sama kuat rasuahnya dengan Saddam Hussein.

Mengikut Gregg Mutitt (seorang analis di Paltform) Uloum pada mulanya nampak semacam seorang tokoh yang mudah mesra. Dia telah memberitahu Financial Times yang dia secara persendirian menyenagi PSA dan mahu memberikan keutamaan kepada syarikat minyak terbesar Amerika “dan syarikat Eropah, juga mungkin.”

Akan, tetapi Uloum kemudiannya telah membuat bantahan terhadap penghapusan sabsidi minyak – yang merupakan yarat utama dalam pengstrukturan ekonomi Iraq. Beliau berkata “Keputusan ini tidak akan disenangi ataupun memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat. Keputusan ini akan menyulitkan setiap warga negara ini”. Seperti yang dilapurkan oleh Associated Press, beliau telah dipaksa pergi mengambil cuti.” Akhirnya ia menjadi cuti yang berkekalan. Chalabi yang menjadi timbalan perdana menteri ketika itu mengambil alih jawatan menteri minyak (sebagai sementara sahaja untuk 30 hari, tetapi tempoh sementara itu jadi berpanjangan sehingga satu tahun).

Chalabi bukannya ada pengalaman dalam bisnes minyak tetapi dia dianggap boleh diharap oleh Barat kerana sudah tentu tidak akan menentang sangat kehendak tetuannya. Sebagai pemimpin Iraqi National Congress, beliau telah memillih agar diwujudkan satu konsoritum syarikat minyak yang dipimpin oleh Amerika untuk membangunkan industri minyak. “Syarikat Amerika akan berpeluang untuk menguruskan minyak Iraq,” kata Chalabi kepada Washington Post pada 2002.

Mengikut Alexander Cockburn, Chalabi turut merancang penyingkiran Mohamed Jibouri, pengarah ekskutif agensi pemasaran minyak Iraq, yang telah mengguris syarikat gergasi Glencore dengan memberitahu ekskutifnya bahawa mereka tidak boleh berdagang dengan minyak Iraq kerana mereka pernah berurusan dengan hebatnya bersama Saddam Hussein.

Kemunculan satu masyarakat awam yang masih lagi rapuh ternyata sudah mula menjadi punca masalah pula. Kumpulan persatuan pekerja sudah mula menyulitkan perjanjian pekerjaan dengan CPA. Tindakan mereka telah menutup operasi pelabuhan Khor az-Zubayr kerana mereka membantah perjanjian yang lebih berat sebelah kepada sayrikat gergasi perkapalan, Maersk, menyebabkan pengeluaran minyak . tersekat. Mereka mendesak agar pekerja lama diambil semula dan agar Halliburton menghalau keluar anak syarikatnya Kellog, Brown anda Root daripada kilang penapis minyak. Mungkin ini bukan satu kebetulan, kerana kalau ada pun satu undang-unang yang ditinggalkan tidak terjejas daripada zaman Saddam Hussein oleh Paul Bremer ialah menghalang penyusunan para pekerja sektor awam. Raed Jarrar seorang analis Iraqi dengan satu NGO Global Exchange, memberitahu saya: “ Mereka sudah berdepan dengan masalah undang-undang.”

Sesungguhnya tidak satu pun yang boleh memberi jaminan bahawa orang Iraq akan sedia besabar khususnya selepas pilihanraya yang kononnya akan menegakkan satu kerajaan yang berdaulat.

Di situlah terletkanya alat yang paling nyata di bawah neokolonialisme - hutang bertapuk pun diungkitkan. Dalam hal ini kisah hutang bertapuk yang dilaksanakan oleh seorang diktator yang menganggap dirinya dan juga para pembodeknya berhak untuk berbelanja sakan hidp mewah dengan istana dan segala pembeliian keatas senjata untuk digunakan keatas Iran -- sedangkan perang itu dilaksanakan bagi pihak Amerika Syarikat – dan hutang besar berbilion dolar yang perlu dibayar kepada Kuwait kerana melanggarnya pada 1990 dulu.

Apabila dikaji hutang luar Iraq dengan terperinci, kalaulah ekonomi negara itu sebesar Amerika Syarikat maka hutangnya (mengikut angka statistic IMF) pada 2004 secara berpadan tentulah mencapai $55 trilion. Ini tidak termasuk wang yang perlu dibayar untuk Perang Teluk Pertama.

Jelas hutang sebanyak itu memang tidak boleh dilunaskan dan pentadbiran Bush telah melancarkan satu usaha untuk mendesak negara yang memberi hutang agar mengampunkan sekurang-kuranngya sebahagian bebanan hutang kerajaan yang baru itu. Bekas Setiausaha Negara James Baker, yang sekian lama terkenal sebgai “tukang selesai” keluarga Bush, telah dihantar mengadakan lawatan mengelilingi dunia untuk berbincang bagi pihak Iraq.

Pihak pentadbiran telah mengejutkan masyarakt NGO apabila ia mula menggunakan tajuk pengampunan hutang dalam ucapannya. Bush dan Baker menggelar pengampunan hutang itu sebgai ‘odious debt’ (yakni hutang yang tidak menyelesakan) kerana mereka angaap itulah hutang yang mengongkosi nafsu serakah seorang diktator yang zalim dan digunakan bertentangan dengan kepentingan rakyat Iraq. Dari segi teori, dan mengikut hukum antarabangsa hutang semacam ini tidak patut dimaafkan, ia dilupuskan sebagai keuntungan haram seseorang diktator dan peminjam yang kaya raya memang sudah lama menolak konsep ini.


Aktivis penyelesaian hutang: Bazav Send an Hope Chu menulis bahawa langkah itu pada mulanya “nampak sukar difahami” Tetapi tidak lama kemudian menjadi jelas betapa program menyelesaikan hutang Iraq adalah satu cara untuk mengunci transformasi ekonomi Iraq.


Perenggan terbesar hutang itu ialah sebanyak $120 bilion yang perlu dibayar kepada Paris Club, yangd ianggotai oleh satu kumpulan 19 negara maju. Baker telah berunding satu perjanjian di mana Paris Club akan melupuskan 80 persen hutang Iraq, tetapi ada syartanya dan syarat itu memang besar helahnya-- Iraq pelru bersetuju kepada satu pekej reforamasi ekonomi yang ditadbir oleh IMF dan institusi yang dikawal oleh negara kaya dan memang terkenal di merata dunia kerana programnya yang tidak popular bernama Structural Adjustment Protocols.(SAP)

Hutang itu akan dilupuskan secara berperingkat-peringkat. 30 persen akan dibatalkan (lupuskan sera merta). 30 persen lagi apabila kerajaan pilihan Iraqi akan menerima satu perjanjian reformasi IMF. Kemudian, 20 persen selepas IMF selesai memantau implementasinya untuk tiga tahun. Ini akan memberi IMF peranan besar sebagai pemantau ekonomi baru itu walaupun sahamnya dalam bebanan hutang negara itu adalah kuang daripada 1% daripada jumlah hutangnya.

Antara beberapa peruntukan pejanjian IMF, disamping menswastakan syarikat yang diuruskan oleh kerajaan, (yang berkesudahan dengan pemberhentian dan pemecatan sekitar 145,000 warga Iraq)pencen kerajaan telah dikurangkan dan sabsidi kepada makanan dan minyak telah dikurangkan sedangkan itulah yang amat diharapkan oleh rakyat Iraq. Tetapi inilah komitmen kerajaan untuk membangunkan industri minyak Iraq dengan bersekutu bersama sektor swasta. Menteri Minyak keetika itu Adel Abdul Mehdi pernah berkata semasa itu secra selamba bahawa perjanjian itu “”memberikan janji baik kepada pelabur Amerika dan kepada syarikat Amerika, sudah tentunya syarikat minyak,”
Dewan Undangan Negara Iraq, telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi: “Paris Club tidak ada hak dan membuat keputusan dan mengenakan syarat IMF kepada Iraq”.: Mereka menyebut perakara itu sebagai “satu jenyaah baru yang dibuat oleh para pemimjam yang pernah membiayai kerja-kerja Saddam yang zalim” Ziad al Ali seorang peguam antarabangsa yang betugas dengan NGO Jubilee Iraq, berkata “Ini menunjukkan betapa dunia industri maju telah menggunakan hutang sebagai satu alat untuk memaksa negara membangun menyerahkan kedaulatan negara kepada ekonomi mereka.”

Perjanjian IMF telah diumumkan pada Disember 2005, bersama satu pinjaman IMF yang baru bernilai $685 juta untuk digunakan sebahagiannya “bagi meningkatkan keluaran minyak Iraq. Pengemuman itu muncul satu bulan selepas diadakan pilihanrya umum di Iraq mengikut Perlembagaan yang baru. Mengikut Washington Post, pilihanraya itu sengaja diadakan untuk menyelamatkan :ahli poltik daripada disumpah oleh para pengundi.” Memang bijak mereka kerana apabila selesai sahaja perjanjian dicapai, harga gas naik mencanak menyebabkan rakyat keluar merusuh.

Yang menariknya, perjanjian yang dirundingkan oleh James Baker dengan Paris Club merupakan sesuatu yang sungguh istimewa.Sebelum itu memang beluam ada sebarang perundingan semacam itu di mana ‘odious debt’ boleh dimaafkan. Jadi, rundingan itu juga menetapkan bahawa lain kali di masa hadapan tidak lagi akan dilayan permintaan semacam itu. Tempoh akhir yang dikira sebagai ‘dateline’ (tarikh penentuan) untuk kerajaan Iraq menyudahkan undang-undang minyaknya pada bulan Disember adalah tanda aras dalam perjanjian IMF itu. Dalam satu siasatan bagi pihak The Nation, Naomi Klein mendapati bahawa Baker telah menjalankan missinya dengan satu harapan yang diminatinya. Klein mendapat maklumat bahawa ada satu konsoritum yang turut dianggotai oleh Carlyle Group di mana dipercayai mempunyai saham sebanyak $180 juta , telah mengikat satu perjanjian dengan Kuwait bahwasanya hutangnya yang perlu dibayar oleh Iraq adalah jumlah yang tidak dimasukkan dalam kiraan hutang yang mesti dipuluskan daripada pengecualian untuk dilunaskan. Ketika Baker berjumpa dengan Emir Kuwait untuk meminta agar dimaafkan hutang Iraq itu, dia sebenarnya sudah mempunyai niat dia tidak akan berjaya.

Satu lagi pemberi hutang terbesar ialah Arab Saudi. Carlyle Group mempunyai banyak hubungan dengan negara itu dan syarikat guaman Baker, Baker Botts, adalah wakil Raja dalam satu saman yang dikemukakan oleh keluarga mangsa 9/11.

Lapuran terkini IMF (PDF) menunjukkan betapa Baker berjaya untuk tidak berjaya dengan kerjayanya.

“Ketika kebanyakan pegawai Paris Club sudahpun menandantangani perjanjian dua hala, kemajuan memang didapati lembab untuk menyelesaikan dakwaan rasmi anggota bukan yang menganggotai Paris Club, khususnya mereka di negera Teluk.”

“Besar kemungkinan, Iraq yang merupakan sebuah negara yang telah dijajah untuk tiga tahun, setelah hancur-lebur selama 12 tahun disebabkan sekatan ekonomi dan dengan pendapatan KKN $2,400 akan berakhir dengan membayar Kuwait, sebuah negara yang memunyai per kapita KNK lebih $19,000. Itulah nilai denda yang perlu dibayar kerana Saddam menjajah negara jirannya selama lima bulan pada akhir 1990 hingga awal 1991.

Iraq akan terus dihantui bebanan hutang yang menggunung kalaupun ia berjaya memenuhi ‘tanda aras’ yang telah ditetapkan. IMF menjangkakan kemampuan negara untuk melunaskan hutang adalah sekitar lima persen daripada keluaran ekonomi pada 2011 dan memberi amaran kalau berlaku kejutan kecil pada harga minyak ‘ Iraq masih memerlukan pinjaman daripada pasaran antarabangsa untuk merapatkan jurang kewangannya.”

Hutang “sovereinge” boleh bertukar tangan antara kerajaan apab ila seseorang pemimpin muncul ataupun kalau Iraq menjadi satu negara bepersekutuan. Hutang itu akan terus kekal dan kalau ingkar membayarnya akan mencetuskan banyak masalah.

Semua ini telah dikenakan untuk menekan kerajaan baru Iraq dan bukan mengawalnya dan ini dikatakan satu perbezaan yang penting, konon. Sebelum dan sejak penyerahan dibuat kepada kerajaan Iraq, kawasan Green Zone telah dipenuhi oleh ‘penasihat’ daripada Big Oil. Aram Roston telah menulis: “Memang jelas bukan sahaja wujud Kementerian Minyak Iraq, tetapi ada pula satu ‘kementerian’ bayangan yang diuruskan oleh penasihat Amerika” Dalam perniagan, itu dikatakan sebagai ‘positioning”.

Phillip Carroll,soerang bekas ketua ekstkutif dengan Royal Dutch/Shell dan satu lembaga penasihat yang dianggotai 15 orang telah dilantik untuk mengawas industri minyak Iraq semasa tempoh peralihan itu. Mengikut ‘The Guardian’ kumpulan itu “akan mewakili Iraq di persidangan OPEC.” Carrol pernah bekerja dengan Pentagon untuk beberapa bulan sebelum penaklukan Amerika – malahan semasa pentadbiran masih lagi bertegas ia mahukan satu resolusi penyelesaian kepada krisi Iraq.--- “merancang rencana kontinjensi untuk sektor minyak Iraq seandainya perang meledak.” Mengikut Houston Chronicle , “Dia anggap tugsanya sudah selesai, katanya, sehinggalah Setiausaha Pertahanan Donald Rusmfeld memanggil beliau selepas AS menyerang Iraq dan menawakarkan beliau jawatan sebagai penasihat minyak” Selain menguruskan Shell Oil di Amerika, Carrol juga pernah menjadi CEO kepada Fluor Corp., satu syarikat minyak yang mempunyai banyak projek di Arab Saudi dan Kuwait dan sekurang-kurangnya memilikki kontrak bernial $1.6 bilion untuk memebangun Iraq semula. Beliau telah disertai oleh Gary Vogler, seorang bekas ekskutif di ExonMobile. Mereka betugas di pejabat Reconstruction and humanitarian Assistance.’

Selepas menghabiskan enam bulan di jawatannya itu Carrol telah digantikan oleh Robert e. McKee III seorang bekas ekskutif ConocoPhillips. Mengikut Houston Chronicle, “Perlantikan beliau sebagai ketua minyak pentadbiran Bush telah naikkan kemarahan anggota demokrat dalam Kongress disebabkan hubungan beliau dengan kontraktor utama telaga minyak Iraq Halliburton Co. Dia adalah pengerusi satu usahasama yang diusahakan oleh syariakt berpangkalan di Houston itu”

Pentadbiran itu telah memilih Timbalan Presiden Chevron Norm Syzloski untuk berkhidmat sebagai penghubung antara SPA dan Menteri Minyak Iraq. Kini beliau menjadi CEO satu syarikat bernama Colonial Pipeline Co., dan terus bertugas di Iraqi Energy Roundtable yakni satu projek tajaan US Trade and Development Agency yang baru-baru ini menganjurkan satua pertemuan “untuk menyatukan pemimpin sektor gas dan minyak di AS dengan menggubal keputusan daripada kementerian Minyak Iraq.” Terry Adams dan Bob Morgan daripada BP dan Mike Stinson daripada ConocoPhillips akan bekhidmat sebagai penasihat sepanjang peralihan itu.

Selepas CPA menyerahkan kuasa kepada kerajaan sementara Iraq, kementerian (bayangan) minyak tajaan kedutaan AS, terus bertugas dengan rapatnya bersama orang Iraq untuk membentuk dasar minyak Iraq untuk masa depan. Greg Muttit daripada “Platform” telah menulis bahawa “penasihat kanan minyak – yang kini berpangkalan di pejabat Iraq Reconstruction Management Office (IRMO) di kedutaan Amerika, termasuklah para pegawai daripada ChevonTexaco dan Unocal” Selepas penyerahan itu seorang pegawai tinggi Amerika telah berkata: “Kita masih di sini, kita akan memberikan banyak perhatian dan kita akan memilikki banyak pengaruh. Kita akan memilikki kedutaan yang terbesar di dunia dengan penagarauh yang amat besar.”

Syarikat gergasi minyak pun masih ligat dengan kerja lama untuk melobi. Pada 2004, Shell telah mengeluarkan iklan untuk mendpatkan seorang pelobi Iraqi yang mempunyai pengaruh besar di kalangan golongan elit Iraq yang baru muncul. Dengan latar belakang keluarga yang baik. Syarikat itu mahukan “seorang warga Iraq daripada keluarga yang baik-baik yang memahami jaringan kekeluargaan di kalangan masyarakat Iraq.” .


Mengikut perunding “Platform’ beberapa minggu selepas Iraq ditakluk, dalam satu mesyuarat antara pegawai syarikat minyak dengan Menteri Luar Australia, Alexandere Downer di London, bekas Setiausaha Luar British Sir Malcolm Rifkind telah berjanji untuk melobi sendiri kepada Dick Cheyney agar beberapa syarikat memperolehi kontrak, termasuk Shell. Sementara itu syarikat minyak yang besar-besar sudah pun bersedia untuk mendapatkan kontrak yang terbaik daripada kerajaan baru. Mengikut lapuran Associated Press: “Tiga syarikat minyak terbesar di dunia – BP, ExxonMobil dan Royal Dutch/Shell “telah memetrai perjanjian kerjasama dan latihan dengan Iraq” pada 2005. “Inilah caranya untuk mengekalkan hubungan dan bermesra dengan para pegawai minyak,” kata Issam Chalabi yang dulu Menteri Minyak kepada AP. Nampkanya rencana itu berhasil juga kerana pada bulan Mei, Menteri Minyak Iraq yang ada, Husayn al-Shahistani, berkata bahawa salah satu keutamaann beliau ialah mahu menentukan undang-undang minyak dan menandatangani kontrak dengan syarikat yang terbesar.”

Washington telah sibuk dengan draf undang-undang. Sebelum itu pada 2003, USAID telah memberi kontrak kepada BearingPoint Inc. – itulah nama baru yang dulunya sebuah syarikat yang banyak skandal bernama Arthur Anderson Consulting. BearingPoint diminta menyediakan cadangan bagaimana memajukan sektor minyak Iraq. Sebelum itu BearingPoint telah melakar transformasi ekonomi Iraq di bawah satu kontrak . Tidakah menghairankan bahawa lapurannya memperkukuh kesediaan mencadangkan PSA yang membuatkan semua pihak mengulanginya sepanjang pertemuan dengan State Deparment yang mahukan “Projek Masa Depan untuk Iraq’.

Pada bulan Februari, hanya beberapa bulan sejurus Iraqi memilih kerajaan mengikut perlembagan barunya, USAID telah menghantar seorang penasihat BearingPoint untuk memberikan maklumat kepada Kementerian Minyak Iraq “nasihat perundangan dan peraturan dalam mendraf rangka perundangan pertroleum dan bahan tenaga. Termasuk pelaburan asing.” Mengikut Muttit, Parlimen Iraq belum lagi melihat draf undang-undang minyak itu setakat Julai. Bayangkan pada ketiak itu draf itu sudahpun diulangkaji dan dikomen oleh Setiausaha Tenaga AS Sam Bodman yang turut mengajak Dr., Al Shahristani berjumpa dengan sembilan syarikat utama minyak ---termasuk Shell, BP, ExxonMobil, ChevronTexaco dan Conoco Philips -- untuk mereka membuat komen keatas draf tersebut.


“Semua ini adalah yang baru kita lihat dipermukaannya sahaja. Sudah tentu banyak lagi yang bertukar di bawah meja”. Raed Jarrar memberithu saya betapa dia “memang amat faham akan ugutan semacam ini yang dikenakan oleh pegawai tentera AS dan pegawai awamnya”. Dia sendiri akan terkejut “seandainya berjuta-juta wang soogokan “ tidak bertukar tangan. IMF telah merakamkan dalam lapuran terakhirnya (PDF) bahawa “rasuah yang ada kaitan dengan peneluaran dan pengagihan hasil minyak bertapis memang amat kerap berlaku” Pada Mac dulu, 450 orang kakitangn kementerian minyak telah dibuang kerja kerana disyakki terlibat dnegan raaush, dan Mohammed al-Abudi, ketua pengarah KEmetnerianMinyak berkata bahwa {rasuah pentadbrna” memang amt berleluasa. “Rompakan dan kecuaina sedang abelaku setiap hari di semua tahap,” katanya. “Ini dilakukanoleh pegawai kerajaan peringkat bawah dan olehpegawitinggi dalam kerajaan Iraq.” Pad hari yang sama PBB menghalalkan penakluman Amerika, George Bush menandatangani satu Arahan Ekskutif (Executive Order 13303) memberikan kekebalan penuh kepada sema syarikat minyak yang menjalankan urusan niaga di Iraq dengan tujuan memudahkan “pembangunan semula” Iraq. Namun, setelah enam tahun, Big Oil masih terpinggir, takut akan kemelut dan keganasan yang sedang menghantui negara itu.

Ironisnya China berkemungkinan menandatangani perjanjian pertama dalam Iraq pasca-Saddam, (walaupun itu adalah perjanjian yang pernah dirunding dengan Saddam sebelum perang dulu) Zon Otonomi Kurdish telah pun menandatangani tiga kontrak PSA—tidak satu pun dengan syarikat besar – walaupun ada sedikit perbalahan akan kesahihannnya ( di waktu menulis artikel ini ada lapuran bahawa puak Kurdis sedang berunding dengan Royal Dutch/Shell dan BP antara lainnya.)


Buat ketika ini keadaan memang kelihaan tenang. Pada minggulalu, rakyat Iraq terkejut apabila satu peraturan yang memungkinkan negara itu berpecah belah telah diluluskan oleh parlimen dengan satu undi. Parti utama Sunni dan menteri-menteri pimpinan Muqtada al Sadar telah memboikotnya kerana marah. Yang membuat bertambah kecoh ialah adanya perdebatan yang panas yang mempertikai peruntukan dalam perlembagaan Iraq memberikan kerajaan wilayah hak untuk menahan hasil minyak dan tidak mengirimkannya kepada kerajaan pusat. Kesan segala debat ini akan mencetuskan impak yang besar terhadap =peluang Iraq membina semula sebuah negara yang otonomi dan berpotensi menjadi kaya.

Besar kemungkinan betapa pentadbiran dan sekutunya telah masuk campur terlalu melampau. Kerajaan Baru Iraq sedang menuju kepada kehancuran, dihantui krisis kesahihannya gara-gara ditohmah bahawa ia adalah boneka tentera Amerika.
]]
Sebahagian besar penduduk Iraq masih lagi yakin bahawa Amaerika Syarikat ialah satu penjajah, bukannya sebagai pembebas, dan mereka yakin Amerika mahu terus tinggal di bumi Iraq secara berkekalan.
“Kalau anda pergi ke depan Parlimen” kata Raed Jarrar, “dan bertanya ‘siapakah yang menentang kalau diadakan jadual waktu untuk Amerika berundur?’ tidak akan ada sesiapa yang berani mengangkat tangan”
Kesan undang-undang minyak yang memihak kepada Amerika nampaknya akan menjadi titik penentu. Besar kemungkinan kerajaan Iraq tidak akan dapat bertahan hingga Disember. Ketika menulis artikel ini desas-desus akan berlakunya rampasan kuasa sedang ligat menyelubungi Baghdad, mengikut para anggota parlimen Iraq.

Apa yang semakin jelas, masa depan Iraq nampaknya banyak bergantung kepada keputusan satu permainan catur yang sungguh kompleks-- hanya sebahagian percaturan itu yang dapat dilihat di permukaannya. Inilah yang dilakonkan sekarang ini. Minyak adalah permainannya. Memang jelas wujdnya jurang ketidakpuasan antara Iraqi dan pandangan Amerika terhadap keadaan ini

. Erik Leaver, seorang analis kanan ‘Institute for Policy Studies’ di Washington, bekata kepada saya” cara minyak Iraq diagihkan memang mencetuskan msalah besar d kalangan masyarakat Iraq.” Tetapi topik ini dianggap satu taboo (pantang larang) di kalangan masyarakat DC.
“Orang wshington tidak berani bercakap mengenainya,”kata beliau. “Mereka tidak mahu dianggap sebagai orang gila becakap mengenai darah untuk minyak.” Pada waktu yang sama dalam satu pungutan ‘poll’ orang Iraq sudah ditanya apakahyang mereka anggap tujuan utama Amerika menyerang Iraq dan 76 persen menjawab “untuk menguasai minyak Iraq” merupakan pilihan pertama dalam jawapan mereka.

Diterjemahkan oleh –marhaintua-

Joshua Holland is an AlterNet staff writer.

Petro-Kartel Bush Semakin Menguasai Minyak Iraq

Date: 19-Oct-2006 17:09

Petro-Kartel Bush Semakin Menguasai Minyak Iraq
(Bush's Petro-Cartel Almost Has Iraq's Oil)

Ketika Iraq sedang mendekati jurang peperangan saudara, empat syarikat besar minyak semakin hampir menguasai simpanan minyak yang dikenali dalam industri petroleum sebagai ‘hadiah besar’.

By Joshua Holland
10/18/06 "AlterNet" -- --

Iraq sedang menyimpan minyak mentah yang paling berharga di dunia dan segala peraturan akan menentukan siapa nanti yang akan menguasai minyak ini dan apakah syarat yang akan dikenakan. Kerajaan Iraq sedang dihantui tarikh penentuan yang dikenakan oleh negara-negara kaya di dunia, agar menyudahkan undang-undang minyaknya. Analis industri menjangkakan bahawa keputusannya nanti akan menyimpang jauh daripada undang-undang yang menguasai jirannya yang kaya dengan minyak juga, sambil memberikan syarikat multinasional satu pulangan yang tinggi kadarnya berbanding habuan yang diterima oleh pengeluar minyak utama lain dan sekaligus mengacip kuasa mereka keatas apa yang disebut oleh George Bush sebagai ‘patrimoni’ Iraq untuk beberapa dekad, tanpa mengambil kira apakah jenis dasar yang akan diamalkan oleh kerajaan pilihan (rakyat) di masa akan datang.

Simpanan bahan tenaga Iraq memang merupakan satu hadiah yang terlalu besar. Mengikut ‘Department of Energy’ AS, “ Iraq menyimpan 112 bilion tong simpanan minyak yang dapat disahkan, nombor dua terbesarnya di dunia ini (di belakang Arab Saudi) beserta sekitar 220 bilion tong sumber yang serba mungkin. Potensi Iraq yang sebenar mungkin juga lebih besar dari yang ini, namun, kerana negara itu masih belum lagi habis dicarigali disebabkan terlalu lama terjebak dalam peperangan dan terhukum oleh sekatan ekonomi.” Sebagai perbandingan Arab Saudi memilikki 260 bilion tong simpanan yang sahih.

Minyak Iraq amat dekat dengan permukaan dan mudah untuk disedut keluar, menjadikan ia amat menguntungkan. James Paul, Pengarah Ekskutif Global Policy Forums, menjelaskan bahawa syarikat minyak “boleh menghasilkan satu tong minyak Iraq dengan harga kurang dari $1.50 dan mungkin juga tidak sampai $1.00 termasuk kos menggerudi, pembangunan telaga minyak dan kos pengeluaran.” Bandingkan dengan kawasan lain di mana minyk dianggap murah untuk dihasilkan pada kadar $5.00 setiap tong atau di Lautan Utara (North Sea) di mana kos pengeluaran mungkin mencecah $12-16 setiap tong. Sektor minyak Iraq masih lagi belum dibangukan dengan penuhnya Bekas Menteri Minyak Iraq, Issam Chalabi (tidak ada pertalian darah dengan anak emas kumpulan neokon, Ahmed Chalabi) telah memberitahu Associated Press “Iraq memilikiki lebih banyak telaga minyak yang telah diterokai, cuma belum dimajukan, berbanding dengan kemamuan negara lain.” Analist yang berpangkalan di Britain Mohammad al–Galalni, memberitahu Canadia Press bahawa dari 526 kawasan penggerudian baru hanya 125 telah dibuka.


Akan tetapi yang paling besar menanti – apa yang disebut oleh perunding minyak sebagai pusat besar industri itu -- berada di kawasan gurun pasir Iraq. Ini merupakan telaga ‘dara’ di planet ini, dan mempunyai potensi untuk melonjakkan Iraq menjadi No. 1 dalam simpanan minyaknya. Kawasan ini tidak ramai dihuni manusia dan kurang kena sabotaj berbanding beberapa pusat pengeluar lain dibahagian utara, dekat Kirkuk dan di bahagian selatan dekat Basra. Aram Roston daripada ‘The Nation’ meramalkan bahawa gurun pasir di bahagian barat Iraq itu memang mengandungi “kakayaan yang tidak ternilai.” Iraq juga mungkin mempunyai simpanan gas asli yang setakat kini masih belum diterokai lagi.

Itupun kita belum tahu kisah yang sepenuhnya Bergantung pada bagaimana undang-undang minyak Iraq akan dikarang, simpanan minyak negara itu boleh menjadi masalah besar kepada OPEC, satu impian di ikukota Barat selama tiga dekad. James Paul meramalkan bahawa kalaupun sebelum Iraq bejaya mencapai potensi pengluaran yang maksima besamaan dengan 8 juta tong setiap hari, syarikat minyak akan mendapat keuntungan yang amat besar daripada sistem minyak antarabangsa. OPEC akan menjadi lemah oleh pengunduran salah satu pngeluar utamanya daripada sistem kuota OPEC.” Bergantung kepada bagaiamana keadaan berubah dalam masa beberapa bulan yang akan datang, syarikat minyak barat boleh berjaya menguasai pengeluaran minyak, ataupun keraguan, yang amat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat yang mampu keluar daripada kartel itu semasekali.

Para analis dan para pegawai di Kementerian Minyak Iraq menjangkakan apabila selesai segala cakap-cakap nanti, yang menjadi pemenang besar nanti ialah Empat Syarikat Besar yang lebih dikenali sebagai ‘The Big Four’— syarikat minyak amerika, Exxon-Mobile dan Chevron; syarekat British BP-Amoco dan syarikat Belanda Royal Dutch-Shell. Inlah syarikat yang meguasai pasaran minyak dunia. Ibrahim Mohammed, seorng perunding industri dengan hubungan rapat dengan Kementerian Minyak Iraq, memberitahu Associated Press bahawa keyakinan di kalangan kakitangan kementerian berkata bahawa syarikat besar AS akan menang sebahagian besar kontrak itu. “kemungkinan besar Kerajaan yang baru ini akan dipengaruhi oleh Amerika Syrikat,” kata beliau.

Semasa sekatan dikuatkuasakan selama 12 tahun, ‘Big Four’ telah dipaksa berada di pinggir sahaja memerhatikan Saddam Hussein berunding dengan China, Peranchis, Russia dan pihak lain (walaupun wujud sekatan, Amerika Sarikat akhirya mendapat 37 persen minyak Iraq ketika itu. Demikian yang diketahui oleh satu jawatankuasa bebas yang menyiasat progam minyak-untuk-makanan, tetapi hampir semua itu telah diraih melalui syarikat asing. Dalam ucapannya pada 1999, Dick Cheney ketika itu CEO satu syarikat perkhidmatan minyak, Halliburton, telah memberitahu hadirin di London bahawa Timur Tengah di mana Barat akan mendapati tambahan 50 juta tong minyak sehari yang diaramalkanya diperlukan pada 2010, tetpi, dia mengeluh, “walaupun syarikat begitu ghairah mahu mendapat peluang itu, kemajuan keadaan memaang lembab.”

Kerana curiga bahawa China dan Russia mungkin mendapat apa yang dikatakan bahan tenaga dunia yang paling berharga, pemimpin industri telah mengusahakan lobi yang keras agar berlaku perubahan regim sepanjang 1990-an. Dengn terpilihnya George W. Bush dan Dck Cheney pada 2000 – satu kejadian pertama kali dalam sejarah AS di mana dua ong veteran industri minyak mendudukk dua jawatan tratas ngara -- sudah tentu eakan mendapa ‘ruang yang lebih luas” kepada kekayaan minyak di rantau itu, yang selama ini terlepas daripada cengkaman mereka. Kalaulah penaklukan AS keatas Iraq telah terjadi semasa era penjajahan satu ratus tahun sebelum ini, syarikat gergasi minyak, yang disokong oleh tenteaa AS., sudah dapat menguasai telaga minyak Iraq dengan mudah sahaja. Terlalu banyak perubahan terjadi sejak itu dari segi budaya dan undang-undang antarabangsa (ketika itu timbalan setiausaha pertahanan Paul Wsolfowitz pernah mencadangkan agar Amerika merembat telaga minyak di Selatan Iraq pada 2002, Collin Powel telah mencemuh cadangan itu sebagai “kerja gila”) Menyedari bagaimana syarikata minyak yang besr-besar menjuarai industri ini setakat ini, adalah menjurus kepada menguasai sebahagian besar simpanan minyak sesuatu negara, sedangkan pada waktu yang sama dari segi teknikalnya kuasa berada di tangan kerajaan Iraq – sebuah kerajaanyaang seolah-olah masih mempunyai kedaulatan – dan kesedaran ini adalah disalut dengan satu tarian yang penuh muslihat mengikut neoklonialisme moden. Cara minyak Iraq dirembat adalah satu kajian yang klasik.

Memang jelas bahawa serangan yang dikepalai oleh AS memang tidak ada kena mengena dengan keselamatan negara ataupun peristiwa September 11. Bekas Setiausaha Perbandharaan, Paul O’Neil, mendedahkan bahawa hanya 11 hari selepas Bush ditabalkan pada awal 2001, pertukaran regim di Iraq sudah menjadi ‘Topik A” di kalangan pegawai pentadbian keselamatan Negara dan bekas Pakar Keganasan Richard Clarke pernah memberitahu Program ‘60 Minutes’ bahawa sehari selepas serangan ke atas New York dan Wahington berlaku, “{Setiausaha Pertahanan Donald} Rumsfeld telah berkata bahawa kita perlu mengebom Iraq.” Beliau menambah: “kami semua menjawab:tidak, tidak, Bukankah Al Qaeda berada di Afghanistan?”

Pada 7 Mac, 2003 dua minggu sebelum Amerika Syarikat menyerang Iraq, ketua inspektor senjata PBB, Hans Blix, telah memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa sikap Saddam Hussein bekerjasama dengan protokol pemeriksaan telah beransur baik sehingga terserlah ‘mana satu yang aktif dan mana satu yang proaktif’, dan para pemeriksa dapat mengesahkan bahawa Iraq memang bebas daripada senjata yang dilarang dalam sedikit bulan sahaja. Pada hari yang sama ketua IAEA Mohamed ElBaradei melapurkan bahawa tidak ada sebarang bukti wujudanya satu program nuklear yang baru di Iraq dan beliau telah menolak dengan tegasnya dakwaan pentadbiran (Amerika) bahawa tiub aluminium yang disebut oleh Collin Powell semasa mengukuhkan kes temberangnya kepada Majlis Keselaamtan PBB adalah sebahagian program nuklear yang dipulihkan semula.

Akan tetapi perancangan yang serius terhadap peperangan sudahpun bermula pada Februari 2020, seperti yang didedahkan oleh Bob Woodward dalam bukunya “Plan of Attack”. Semasa merancang masa depan kekayaan minyak Iraq memang sudah lama dirancang sebelum itu. Pada Februari 2001, hanya beberapa minggu selepas Bush mengangkat sumpah, pegawai industri tenaga yang sama-sama melobi agar Saddam digulingkan telah berkumpul di Rumah Putih untuk menyertai satu Pasukan ‘Energy Task Force’ pimpinan Dick Cheyney. Walaupun Dick Cheyney akan pergi terus naik ke Mahkamah Agong (Supreme Court) untuk menentukan butiran mesyuarat itu tetap menjadi rahsia, kita dapat tahu juga beberapa perkara, melalui dokumen yang diperolehi oleh kumpulan perundangan konservatif JudicialWatch. Seperti yang ditulis oleh Mark Levine dalam The Nation ($$):


- Ada satu peta Iraq dan satu senarai kepilan berjudul “Iraq for foreing suitors” telah menjadi bahan perbincangan. Peta itu tidak mengandungi banyak garisan-besar negara itu kecuali lokasi simpanan minyak yang utama, dibahagi kepada sembilan blok carigali. Senarai ‘suitor’ yang disertakan mencatat beberapa dozen nama syarikat daripada 30 negara -- tetapi bukan di Amerika Syarikat – nama syarikt itu diambil-kira secara perundingan terus untuk mendapat hak memilikki segelintir kawasan minyak yang berbaki di atas bumi.

Levine menulis, “Bukan sukar sangat untuk berandaian bagaimana para peserta di mesyuarat itu merasakan keadaan yang berbangkit.”

Mengikut New Yorker, pada waktu yang sama, ada satu memo rahsia daripada Majlis Keselamatan Nasional yang ditujukan kepada kekitanagn MKN itu agar “bekerjsama sepenuhnya dengan Energy Task Force kerana ia menimbangkan untuk memperbetul dua bahagian yang tidak berkaitan kepada dasar.” Pasukan pentadbiran keselamatan nasional dijangka menyertai “kerja-kerja mengkaji dasar operasi negara penyangak (rouge states) seperi Iraq dan bertindak terhadap usaha mendapatkan telaga minyak dan gas baru dan yang sudah ada.”

Perancangan juga sedang berjalan di State Department. Dengan tajaan “Future of Iraq Project,” satu kumpulan “Oil and Energy Working Group” telah ditubuhkan. Keanggotaan penuh kumpulan itu ialah – seperti yang dilapurkan oleh Finncial Times “pakar minyak Iraq, perunding antarabngsa” dan pegawai State department – masih lagi dirahsiakan namanya, tetapi antara mereka itu, mengikut Antonia Juhasz dalam bukunya “The Bush Agenda” terdapat Ibrahim Bahr al-Uloum, yang akan berkhidmat di dalam kabinet Iyad Alalwi semasa penubuhan Majlis Pemerintahan Iraqibawah pengawasan State Deparmnent, dan kemudiannya sebagai menteri minyak Iraq pada 2005. Kumpulan itu berpendapat bahawa minyak Iraq harus terbuka kepada syairikat minyak antarabangsa secepat mungkin selepas peperangan itu.”

Akan tetapi para ekskutif ‘Big Oil’ bukan sahaja mahukah minyak Iraq; mereka mahukan peruntukan syarat yang tidak dapat dierima akal kecuali dirundingkan dengan muncung senapang. Khususnya mereka mahukan kerajaan Iraq terlibat dalam PSA (Production Service Agreements) untuk mendapatkan minyak Iraq.


PSA, telah mula-mula dicipta pada 1960-an merupakan alat kepada neo-kolonialisme yang lebih baik, lebih lembut; mereka membenarkan negara minyak mengekalkan hak kuasa teknikal dan keuntungan yang begitu tinggi dikunci dalam kuasa pengawalan syarikat multinasional dengan margin keuntungan yang begitu tinggi – sehingga 13 kali ganda menjadi sasaran minima syarikat minyak. Demikian yang disebut oleh satu analisis sebuah syarikat pemerhati yang berpangkalan di Britain ‘Oil Wachdog Platform (PDF).


Greg Muttit, seorang analis dengan kumpulan itu merakamkan:

Selalunya kontrak semacam itu digunakan dalam negara yang mempunyai telaga minyak yang terhad ataupun sukar. Dan di zaman ia memerlukan risiko tinggi untuk mencarigali. Kontrak semacam itu tidak seahrusnya digunakan di negara seperi Iraq, di mana terdapat kawasan yang luas yang sudah dikenali dan amat murah untuk digali. Sebagai contoh, kontrak semacam itu tidak digunkan di Iran, Kuait atapn Arab Saudi, semuanya mendpat hak menguasai minykanya.

Malahan, tambah Muttit, dari tujuh Negara pengluar minyak yang utama, hanya Russia menggunakan kontrak PSA, dan semua itu tlahditandatangani semasa ekonomi kita melalui fasa ‘terapi kejutan’ pada awal 1990-an. Beberapa negara-iran Iraq yang kaya dengan minyak mempunyai perlembagan yang secara khususnya menghalang kuasa asing keatas simpanan bahan tenaga mereka.

Kontrak PSA selalunya untuk jangka panjang 0 – hingga 40 tahun – dan mengandungi "stabilization clauses" (Klos Pengimbang) yang melindunginya daripada perubahan undang-undang di masa hadapan. Seperti yang dikatakan oleh Muttit, kerajaan masa depan “boleh dihalang untuk meluluskan undang-undang baru ataupun dasar yang baru.” Ini bermakna sebagai contohnya, seandainya kerajaan Iraq di masa hadapan “mahu meluluskan undang-undang hak asasi manusia, ataupun mahu memperekanalkan gaji minima (dan ia) menyentuh keuntungan syarikat, sama ada undang-undang itu tidak boleh dikuatkuasakan pada operasi syarikat ataupun kerajaan terpaksa mebayar pampasan kepada syarikat kerana keuntungannya yang terjejas.” Inilah yang disebut Hak Kedaulatan. Perjanjian itu sudah menjadi begitu mwnyulitkan kerana mereka hanya menguasai 12 persen simpanan minyak dunia, kalau mengikut Inernational Energy Agency. Apapun PSA akan merupakan kontrak yang menjadi alat masa depan projek Iraq untuk panduan kerajaan Iraq yang rapuh. Mengikut Financial Times, “ramai dalam kumpulan “itu yang betelagah untuk struktur kontrak; seorang anggota Kurdish memberitahu FT, setiap orang kerap menyebut semula untuk menggunakan PSA.”

Sesungguhnya rencana untuk mewujudkan bingkai perundangan untuk perjanjian minyak Iraq perlu dikaji dalam konteks transformasi keseluruhan ekonomi Iraq. Yang jelas ada tanggapan mahu mendapatkan satu agenda korporat yang radikal sepanjang tempoh “Coalition Provisional Authority” di mana tentera Amerika yang menakluk adalah merupakan ‘de facto dictatorship’. Itulah yang sebenarnya terjadi: semasa di bawah L. Paul Bremer, Ketua CPA, cukai korporat telah dikurangkan, dan satu cukai scecara purat telah diwujudkan, peraturan membenarkan syarikat multinasional membawa balik semua keuntungan mereka daripada Iraq dan pelbagai siri peruntukan lain telah diwujudkan. Semua itu telah dirangkumkan ke dalam Perlembagaan Iraq dan masih berkuatkuasa hingga kini. Antara yang termaktub dalam Perlembagan berbeza dengan kebanyakan perngeluar minyak yang lain, ialah syarat bahawa kerajaan “membangunkan kekayaan minyak dan gas – bergantung pada teknik yang paling moden dari sudut prinsip pasaran dan pelaburan.” Peruntukan itu memberi hak kepada syarikat asing menerima habuan besar untuk minyak Iraq buat kali pertama dalam 230 tahun sejak sektor minyak telah dimilik-negarakan pada 1975.

.
Herbert Docena, seorang penyelidik dengan NGO Focus di Global South, pernah menulis bahawa draf awal perlembagaan itu telah dirundingkan oleh rakyat Iraq yang mengimpikan satu sistem kebajikan ala Scandinavia di gurun pasir Arabia, di mana kekayaan minyak yang besar itu dibelanjakan untuk kepentingan setiap rakyat Iraq dalm bidang pendidikan, kesihatan, perumahan, dan perkhidmatan sosial yang lain.” Draf itu mengsyorkan bahawa “Keadilan sosial” adalah asas pembangunan masyarakat.”


Apa yang terjadi antara draf awal dan perlembagaan yang akhirnya diperaku oleh orang Iraq? Mengikut Docena:

Semasa Duta AS ke Iraq (Zalmay Khalizad) dan pasukannya serta diplomat British berada di sana, beberapa anggota jawatankuasa perlembagaan yang berbangsa Iraq mendapati peranan mereka dikurangkan menjadi pemerhati sahaja. Ada soerang anggota Shiah merungut: “Kami belum lagi memainkan peranan besar dalam merangka perlembagaan. Kami rasa kami telah dipinggirkan.”Seorang perunding Sunni berkata: “Perlembagaan ini telah sengaja di “masak” di dapur Amerika dan bukan di Iraq.” Kalau perlembagana itu dibuat di Washington DC tentulah sampai masanya untuk multinasional asing menguasai sehingga 87 persen minyak Iraq, mengikut apa yang di jangka oleh Kementerian Minyak. Kalau PSA menjadi undang-undang negar ini – dan masih lagi ada urusan kontrak yang membolehkan syarikat asing melabur dalam sektor ini tanpa memberikan mereka menguasai keuntungan yang begitu tinggi – negara yang sudah hancur-lebur kerana peperangan ini akan kerugian sehingga 194 billion dollar dalam bentuk cukai pada hanya 12 telaga minyak yang dibangunkan. Ini adalah mengikut perkiraan Platform dimana harga minyak dianggarkan pada paras $40 setiap tong, dan ketika menulis artikel ini ia berharga $59 setiap tong. Ini adalah enam kali bajet tahunan negara.

Untuk menyempurnakan penipuan besar itu, pakatan yang menjajah terpaksa menumpaskan kumpulan penentang Iraq, dengan menentukan rakyat Iraq yang menyenangi penjajah dilantik di tempat kedudukan yang sesuai untuk membolehkan kerajaan baru Iraq itu akan bertugas untuk menyempurnakan nafsu serakah ‘The Big Four.

Bersambung….bahagian 2..

Terjemahan -Marhaintua-