Saturday, September 30, 2006

Waspadalah Malaysia - Ugutan Lee Kuan Yew (Bahagian IV)

Nyatalah kelihatan pemerintah Singapura telah menggunakan teori “Thick Face Black Heart” (Terjemahan: Muka Tebal Hati Hitam) yang berkonsepkan "Winning Through Negative Thinking".

Apakah itu teori Thick Face Black Heart?

Menurut pengarang buku bertajuk Thick Face Black Heart – (The Asian Path To Thriving, Winning and Succeeding), Chin-Ning Chu, ia diertikan sebagai:

"When you conceal your will from others, that is Thick. When you impose
your will on others, that is Black. - Lee Zhong Wu, Thick Face Black
Heart, Pg.7

(Terjemahan: "Apabila anda menyembunyikan niat anda daripada orang lain, ia adalah Tebal (Thick). Apabila anda memaksa niat anda ke atas orang lain, ia adalah Hitam (Black).)

Huraiannya:

(a) "Thick Face Black Heart is a theory of great practical use. It can
be applied to any endeavor, and utilized for either good or evil
purposes." - Thick Face Black Heart, Pg.10

(Terjemahan: Muka Tebal Hati Hitam adalah satu teori yang amat
besar kegunaannya. Ia boleh digunakan dalam apa juga usaha dan
dimanfaatkan untuk tujuan baik atau jahat).

(b) "Black Heart is the ability to take action without regard to how
the consequences will affect others. A Black Heart is ruthless but
it is not necessarily evil." - Thick Face Black Heart, Pg.13

(Terjemahan: Hati Hitam adalah satu kemampuan untuk bertindak tanpa
mengira akibatnya terhadap orang lain. Seorang yang Berhati Hitam
tidak ada belas kasihan, tetapi tidak semestinya jahat.)

(c) "Thick Face Black Heart at its crudest level has no moral
overtones. It purely addresses how to get what you want, in other
words winning at all costs. Thick Face at this level is total lack
of conscience. Black Heart is absolute ruthlessness" - Thick Face
Black Heart, Pg.15

(Terjemahan: Muka Tebal Hati Hitam adalah mengenai bagaimana
mendapat apa yang anda mahu, dalam lain perkataan untuk menang
tidak kira apa juga akibatnya. Muka Tebal di tahap tanpa hati
nurani, Hati Hitam pula tidak mempunyai sebarang rasa belas
kasihan).

[Nota : Chin-Ning Chu adalah Presiden Asian Marketing Consultant Inc. dan
Pengarah Eksekutif, Institut Pengajian Strategik. Beliau juga merupakan
seorang konsultan korporat].


Keuntungan semata-mata

Nyatalah yang parti pemerintah Singapura, dalam hubungan dua-halanya dengan Malaysia, sengaja menimbulkan isu-isu yang tertangguh dengan menggunakan teori dan konsep Muka Tebal Hati Hitam ini untuk mendapatkan keuntungan semata2.

Oleh yang demikian Malaysia juga boleh menggunakan teori dan konsep sebagaimana dalam pepatah Melayu: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, iaitu:
  • Terima segala isu yang ditimbulkan oleh Singapura dengan baik.
  • Kaji isu-isu itu berdasarkan kebenaran, kebijaksanaan dan
    perundangan.
  • Buat keputusan tanpa sentimen dengan tegas dan jangan terjebak
    kepada teori dan konsep Muka Tebal Hati Hitam (menang melalui
    berfikiran negatif) yang diamalkan oleh Singapura.

Izinkan saya melahirkan pendapat

Janganlah terlalu ghairah untuk menyelesaikan isu semasa tanpa mengambil kira sejarah negara. Teori dan konsep yang digunakan Singapura bagi objektif panjangnya untuk menjadikan Malaysia negara demokratik, bukan-Komunis dan sosialis, jelas telah dikatakan oleh Perdana Menteri pertamanya iatu, iaitu:

"An Independent Singapore would become an Independent Israel in
Southeast Asia." - (The Battle For Merger – Pg.170).

(Terjemahan: Singapura yang merdeka akan menjadi Israel yang merdeka di Asia Tenggara).

Tidak hairanlah bila didapati Singapura telah meminta bantuan Israel untuk melatih, membina dan memperkukuh angkatan bersenjatanya, serta bersedia dengan menjadikan rakyatnya militan keseluruhannya. Maklumat serta senario yang terdapat dalam buku berjodol Defending The Lion City oleh Tim Huxley,boleh membuka mata kita dalam hal ini.

Buat baik berpada-pada

Kita perlu berwaspada dan perhatikan kata-kata berikut, kalau-kalau ada pihak yang mengamalkannya terhadap Malaysia:

"Bait them with the prospect of gain, bewilder and mystify them. Use
anger to disrupt them, humility to make them arrogant. Tire them by
running away, cause them to quarrel among themselves. Attack them when
they do not expect it, when they are least prepared. Be so subtle that
you are invisible. Be so mysterious that you are intangible. Then you
will control your rivals' fate." - Sterling Seagrave, Lords of the
Ring, pg 30.

(Terjemahan: Umpanlah mereka dengan prospek keuntungan, jadikan mereka kebingungan. Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, bersikap rendah diri untuk menjadikan mereka angkuh. Letihkan mereka dengan 'melarikan diri', dan cetuskan perbalahan antara mereka. Serang mereka ketika mereka tidak menduga, apabila mereka tidak bersedia. Licik sehingga anda tidak kelihatan. Bertindak penuh misteri sehingga anda sukar difahami. Kemudian anda akan kuasai takdir lawan anda).

Banyak isu masih tertangguh. Setiap isu yang timbul dijadikan satu percubaan oleh Singapura untuk mencari untung dengan jalan mudah. Kita perlu kaji dan rujuk kepada sejarah supaya kita berwaspada dan tidak leka pada bila-bila dalam membuat sebarang rundingan dengan Singapura.

Oleh kerana itu waspadalah Malaysia, gunakan pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali." Bertindaklah secara bijaksana berdasarkan kebenaran dan perundangan tanpa sebarang sentimen untuk mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 sebagai negara Malaysia yang tertakluk dalam perlembagaan negara kita. Jauhilah dari
mempertaruhkan kedaulatan Negara kepada kuasa asing.
Prof. Mohammed Yacob
____________________________________________________________________

Prof Mohammed Hj Yacob dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAPS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

Waspadalah Malaysia - Ugutan Lee Kuan Yew (Bahagian III)

Bahagian ini menyentuh mengenai munculnya sifat Kiasu (Takut kalah). Seterusnya Lee Kuan Yew menyatakan:

"Selkirk reported to Sandys that I showed intellectual arrogance,
adding the following day:

(Terjemahan: Selkirk melaporkan kepada Sandys yang sahaja menunjukkan
kebongkakkan intelektual, sambil pada hari berikutnya:)

'I consider he is playing a supreme act of brinkmanship. He believes
his position is inviolable. He believes that either he comes into
Malaysia on his terms or he declares independence and can make any
terms he likes with us because he is satisfied we would under no
circumstances give up our military position in Singapore. He believes
probably rightly that he could win an election on the slogan of
independence interspersed with bitter comments on the Malays and
ourselves who he will say are seeking to destroy the hard won position
of advantage of the Chinese in Singapore. I believe he still basically
wants to come into Malaysia. We should therefore press the Malays to
meet him fully on the relatively small points still outstanding.'……….
" - (Memoirs of Lee Kuan Yew – Pg 500)

(Maksudnya: Saya menganggap dia sedang menempah bahaya. Dia percaya kedudukannya tidak boleh diganggu-gugat. Dia yakin sama ada dia datang ke Malaysia dengan syarat-syaratnya sendiri atau beliau mengisytiharkan kemerdekaan dan boleh mengenakan kepada kita sebarang syarat yang dia suka kerana dia yakin bahawa, dalam apa keadaan sekalipun, kita tidak akan melepaskan kedudukan ketenteraan kita di Singapura. Dia percaya, kemungkinan benar, beliau boleh menang pilihanraya atas slogan kemerdekaan serta komen-komen yang pahit mengenai orang Melayu dan kita, yang menurutnya, berusaha untuk memusnahkan kedudukan orang Cinadi Singapura. Saya percaya dia masih, pada asasnya, mahu menyertai
Malaysia. Oleh itu, kita akan memaksa orang Melayu untuk bertemu dengannya mengenai perkara kecil yang masih belum selesai.......)

Dari kenyataan ini jelas sekali menunjukkan sikap kiasu (takut kalah) yang pihak British menamakannya "intellectual arrogance" atau kebongkakan intelek. Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 Singapura telah mengadakan satu perjumpaan beristiadat kali kedua di tangga City Hall Singapura. Kali ini ia dihadiri oleh Duncan Sandys mewakili Britain dan Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman mewakili Malaya. Di istiadat ini, Lee Kuan Yew mengisytiharkan yang Singapura ialah sebahagian dari Malaysia dan bersumpah ketaatan rakyat Singapura kepada pemerintah Persekutuan.

Dengan Singapura bercantum dengan Malaya dan terbentuknya Malaysia, maka terbukalah ruang selebar-lebarnya untuk Singapura merialisasikan Malaysia negara sosialis merdeka, yang demokratik, bukan- Komunis. Oleh yang demikian sebilangan besar analisa yang dibuat oleh Lee Kuan Yew terkandung dalam bukunya, The Battle For Merger, telah menjadi tidak releven
kerana Singapura telah berada dalam Malaysia sebagai sebuah negeri yang merdeka.

Pada 21 September 1963, parti pemerintah Singapura telah memenangi pilihanraya kedua. Dengan demikian, kedudukannya menjadi lebih kukuh lagi sehingga parti Umno Singapura yang mewakili kaum Melayu di Singapura, dikalahkan dalam pilihanraya ini di tempat tradisi Melayunya. Begitu juga partai Perikatan Rakyat Singapura (S.P.A) yang pro-Malaya/Malaysia dapat dikalahkan olehnya.

Inilah kemuncak kejayaan parti pemerintah Singapura yang sangat bermakna untuknya bagi merealisasikan objektif politik tetapnya mewujudkan Malaya/Malaysia sebagai negara sosialis, yang demokratik, bukan-Komunis. Malangnya pada tahun 1965, Singapura dikeluarkan (disingkir) dari Malaysia dan oleh yang demikian, Singapura merdeka dengan sendirinya. Peristiwa inimenjadi satu tamparan yang mengaibkan Lee Kuan Yew dan parti pemerintah
Singapura di mata rakyatnya sendiri, negara-negara di Asia Tenggara dan masyarakat antarabangsa.

Negara Kecinaan

Dengan demikian, analisa, ketetapan dan ramalan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew dalam bukunya, The Battle For Merger, menjadi kenyataan, iaitu Singapura yang merdeka dengan sendirinya:

1. Telah menjadi Israel merdeka di Asia Tenggara;
2. Bersikap 'hostile' terhadap Malaysia;
3. Percantuman semula tak mungkin berlaku kecuali melalui penaklukan;
4. Menjadi negara kecinaan di Asia Tenggara;
5. Bertambah kuat azamnya untuk menjadikan Malaysia negara demokratik,
bukan-Komunis dan sosialis Malaysia.

Semua analisa, ketetapan dan ramalan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew menjadi tidak releven semasa Singapura berada dalam Malaysia, tetapi menjadi releven bila ianya dikeluarkan dari Malaysia dan merdeka dengan sendirinya. Oleh yang demikian, sikap Singapura terhadap Malaysia sebagai rakan setiakawan semasa dalam Malaysia telah berubah menjadi bertentangan kepada Malaysia.Sejak Singapura merdeka dengan sendirinya ia telah menimbulkan berbagai-bagai isu kepada Malaysia dan isu-isu itu bertahun lamanya belum dapatdiselesaikan, iaitu isu-isu seperti berikut:

1. Tanah K.T.M di Tanjung Pagar, Singapura
2. C.I.Q
3. Air
4. Tuntut untuk menggunakan ruang udara Malaysia
5. Batu Putih (ke ICJ)
6. Jambatan Indah (di kawasan Malaysia)
7. Tambak tanah di pantai Singapura untuk meluaskan kawasannya.

Satu contoh yang terkemuka ialah mengeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari pangkalannya di Woodlands, Singapura dengan hanya menaikkan sewa pengkalan TLDM sehingga tidak ekonomik ianya berada di Singapura.

Apakah teori dan konsep yang digunakan oleh Singapura untuk mendapatkan keuntungan yang boleh diraih dari isu-isu ini?

Prof. Mohammed Yacob
_____________________________________________________________

Prof Mohammed Hj Yacob dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAPS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

Waspadalah Malaysia - Ugutan Lee Kuan Yew (Bahagian II)

Apakah objektif jangka panjang Singapura terhadap Malaya/Malaysia? Renungkan kenyataan Lee Kuan Yew mengenai objektif jangka panjang parti Pemerintah Singapura:

"We have clearly stated that we stand for an independent, democratic,
Non-Communist, socialist, Malaya. We have never said that we stood for
an independent, democratic, Non-Communist, socialist Singapore. First
because an ' independent Singapore' was never our objective. Second
because we realize that a socialist Singapore is an economic
impossibility." – The Battle For Merger- pg- 166.

(Terjemahan: Kami telah menyatakan dengan jelas bahawa pendirian ialah untuk Malaya yang merdeka, demokratik, bukan komunis dan sosialis. Kita tidak pernah mengatakan bahawa pendirian kita adalah Singapura yang merdeka, demokratik, bukan komunis dan sosialis. Pertama kerana ‘Singapura yang merdeka' tidak pernah menjadi objektif kami. Kedua kerana kami menyedari bahawa Singapura yang sosialis, dari segi ekonominya, adalah mustahil.)

Inilah objektif politik tetap parti pemerintah Singapura yang dijelaskan, iaitu

"THE FIXED POLITICAL OBJECTIVES OF OUR PARTY."
"A policy statement by the Central Executive Committee of the People's
Action Party – 1960." – The Battle For Merger – pg 163.

(Terjemahan: OBJEKTIF POLITIK TETAP PARTI KITA. Satu pernyataan dasar oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Tindakan Rakyat – 1960)

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa partai pemerintah Singapura beriya-iya berkempen dengan sungguh-sungguh untuk bercantum dengan Malaya sehingga memberi penjelasan kenapa Singapura mesti bercantum dengan Malaya dan apa akan terjadi kepada Singapura, jika percantuman itu tidak berlakudengan persetujuan rakyatnya.

Referendum

Pada 1 September 1962 parti pemerintah Singapura telah mengadakan satu pungutan suara rakyatnya untuk mendapatkan persetujuan bagi Singapura bercantum dengan Malaya. Tiga usul telah dikemukakan kepada rakyatnya untuk mengundi iaitu
  • Usul A – Bahawa Singapura akan menjadi satu negeri dalam Malaysia tetapi bersyarat kepada Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam pendidikan dan perburuhan dan mempunyai lebih besar kuasa autonomi di beberapa lapangan lain. Semua rakyat Singapura akan jadi rakyat
    Malaysia.
  • Usul B – Bahawa Singapura akan menjadi satu negeri dalam Malaysia disertai dengan polisi Kuala Lumpur dalam pendidikan dan perburuhan dilaraskan dengan Singapura. Hanya penduduk yang lahir di Singapura akan dengan secara automatik akan menjadi rakyat Malaysia.
  • Usul C – Bahawa hanya penduduk yang lahir di Singapura diberi kerakyatan Malaysia. pendidikan, perburuhan, pelabuhan dan percukaian akan berada di bawah kuasa Persekutuan.

Hasil pengundian rakyat Singapura ialah :
  • Usul A mendapat 70.8%
  • Usul B mendapat 1.67%
  • Usul C mendapat 1.4%
Rakyat Singapura melalui referendum itu telah bersetuju Singapura bercantum dengan Malaya dan membentuk Malaysia di mana Singapura menjadi satu unit yang merdeka.

Singapura Isytihar Kemerdekaan

Walaupun persetujuan bercantum dengan Malaya telah dipersetujui oleh rakyatnya, Singapura telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan kemerdekaannya lebih awal lagi atas sebab-sebab yang tertentu. Pada 31hb Ogos 1963, dalam satu rapat umum yang beristiadat di tangga City Hall Singapura, Lee Kuan Yew bagi pihak Singapura, tanpa persetujuan dari Malaya dan pihak British, telah mengisytiharkan kemerdekaan Singapura. Pihak British yang telah cuba menegah Lee Kuan Yew daripada berbuat sedemikian, tidak hadir dalam istiadat ini, begitu juga Tun Abdul Razak Hussein dari Malaya. Pengisytiharan ini tidak mendapat restu dari pihak
British dan Malaya.

Pada 4 September 1963, Lee Kuan Yew memberitahu Lord Selkirk, Pesuruhjaya UK di Singapura, jika beberapa perkara yang telah dipersetujuinya dengan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaya, tidak ditunaikan, beliau akan bertanding dalam pilihanraya Singapura atas platform Singapura merdeka dan serta-merta akan meminta beberapa negara mengiktiraf kemerdekaan Singapurapada 16 September 1963.

Renungkan kenyataan beliau :

"For any further invasion would only mean that the Malay leaders
intended to crush Singapore and I would be ashamed to accept
responsibility for entering Malaysia on such terms." - Memoir's of Lee
Kuan Yew. Pg 499

(Terjemahan: Sebarang pencerobohan yang berterusan akan hanya bermakna pemimpin Melayu berniat untuk menghancurkan Singapura dan saya akan merasa malu untuk menerima tanggungjawab menyertai Malaysia atas syarat-syarat seumpama itu.)

Jelaslah pengisytiharan Singapura lebih awal dari pengishtiharan percantuman Singapura dengan Malaya disebabkan beberapa undertaking atau akujanji yang dibuat oleh Tengku dengan Lee Kuan Yew semasa di London dalam rundingan 'Malaysia Agreement' dimasukkan dalam perlembagaan dalam bentuk dokumen yang teratur.

Prof. Mohammed Yacob
_____________________________________________________________

Prof Mohammed Hj Yacob dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAPS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

Waspadalah Malaysia - Ugutan Lee Kuan Yew (Bahagian I)

Saya rasa terpanggil untuk memberi pendapat setelah mengikuti perkembangan mengenai perhubungan Malaysia–Singapura. Singapura memang sudah jelas dengan pendiriannya yang angkuh dan sentiasa mencari jalan dengan mengenakan syarat-syarat yang boleh menguntungkannya apabila berunding dengan Malaysia dalam isu-isu yang timbul, sedangkan perkara yang menjadi isu, pada dasarnya atau hakikatnya, merupakan hak Malaysia.

Syarat-syarat Singapura sentiasa bermatlamat untuk menguntungkannya sendiri. Misalnya, dalam rundingan pembinaan jambatan untuk menggantikan Tambak Johor, Singapura mengenakan dua syarat yang menggugat maruah dan kedaulatanMalaysia. Malaysia mengambil pendirian dasar kerjasama, bertolak ansur dan dasar sama-sama menang sebagaimana yang dianjurkan oleh pemimpin Singapura semasa mereka datang ke Malaysia untuk membincangkan isu-isu yang tertangguh pada masa lalu.Malangnya, apabila perbincangan itu menemui jalan buntu, maka pemimpin Singapura akan menerangkan bahawa tuntutan mereka itu adalah hak mereka menurut perundangan.

Manakala konsep kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan oleh Malaysia adalah berdasarkan kepada semangat kejiranan bagi manfaat bersama. Sebaliknya, Singapura mempunyai konsep kerjasama dan tolak ansur bersyarat yang menguntungkannya. Dengan demikian, rundingan dua-hala antara Singapura dan Malaysia tidak akan membawa manfaat kepada Malaysia, melainkan menghasilkan "untung secupak tetapi rugi segantang".

  • Kenapakah Singapura begitu angkuh dan 'hostile' terhadap Malaysia?
  • Apakah objektif Singapura terhadap Malaysia?
  • Apakah dasar rundingan yang digunakan oleh Singapura terhadap Malaysia untuk mendapatkan keuntungan?

Ramalan Kuan Yew

Izinkan saya menarik perhatian terhadap sikap angkuh dan 'hostile' Singapura terhadap Malaysia daripada analisa dan ramalan Lee Kuan Yew – iaitu apa akan terjadi jika Singapura merdeka dengan sendirinya. Analisa dan ramalan ini dibuatnya pada 1961 dalam bukunya "The Battle For Merger" yang diedarkan kepada rakyatnya pada waktu itu dengan harga $1. Iadicetak oleh Government Printing Office, Singapore. (Nota: Buku ini telah ditarik balik jualannya dari kedai buku dan pendaftarannya dari perpustakaan di Singapura.)

Ini adalah sebahagian analisa dan pandangan ke hadapan yang dibuat pada 1961 oleh Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, yang menjelaskan kepada rakyatnya dalam kempen percantuman antara Malaya dan Singapura – Kenapa mesti bercantum, apa akan terjadi jika percantuman tidak berlaku dan Singapura merdeka dengan sendirinya? Apakah objektif jangka panjang pemimpin parti pemerintah Singapura terhadap Malaya/Malaysia? Renungkan apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew:

"An independent Singapore would become an
independent Israel in South East Asia." - The Battle For Merger – pg 170.

(Terjemahan: Singapura yang merdeka akan menjadi Israel yang merdeka di Asia Tenggara).

Analisa Lee Kuan Yew ini boleh diertikan, iaitu jika Singapura tidak bercantum dengan Malaya melalui persetujuan rakyatnya, maka ia akan menjadi Israel yang merdeka di Asia Tenggara. Begitu juga ianya akan menjadi Israel merdeka di Asia Tenggara, jika ia keluar atau dikeluarkan dari Malaysia dan merdeka dengan sendirinya selepas bercantum.

Kenapa Singapura mesti bercantum?

Renungkan apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew:

"Merger is going to take place not just because it is the desire of the
P.A.P or merely because it is the wish of the Federation Alliance
government. It is inevitable as the rising and setting of the sun. The
two territories are so intertwined and interwoven in their economic,
political and military complex that no man can keep up the artificial
barrier at the Causeway for long." - The Battle For Merger – pg 4.

(Terjemahan: Percantuman itu akan terjadi bukan sahaja kerana ianya kehendak PAP atau hanya kerana ianya menjadi hasrat Kerajaan Perikatan Persekutuan. Ia tidak dapat dielakkan sepertimana naik dan terbenamnya matahari. Dua wilayah ini adalah terikat dan terjalin dalam kompleks ekonomi, politik dan ketenteraan yang tiada siapapun yang boleh mengekalkan dengan lama halangan tiruan di Tambak Johor).

Seterusnya beliau menyatakan :

"If merger does not come with the consent of the people of the two
territories, then inevitably it will come by the use of force by one
territory over the other, because each is vital to the survival of the
other." - The Battle For Merger – pg 4, 5.

(Terjemahan: Nyatalah dari kenyataan ini percantuman antara Malaya dan Singapura tetap akan berlaku sama ada dipersetujui oleh rakyat kedua negara atau tidak, ini tidak dapat dielakkan. Ianya juga akan berlaku dengan satu pihak menggunakan kekerasan terhadap yang satu pihak lagi.)

Lee Kuan Yew tegaskan:

"We cannot survive alone." - The Battle for Merger pg 6

(Terjemahan: Kita tidak boleh kekal sendirian)
Singapura yang merdeka (dengan sendirinya) tidak realistik, kata Lee Kuan Yew.

Survival Persekutuan

"What happens in Singapore must affect the Federation. From Singapore
the Federation can be undermined. Singapore is vital to the security
and survival of the Federation." - The Battle For Merger - pg 6.

(Terjemahan: Apa yang berlaku di Singapura mesti menjejaskan Persekutuan. Dari Singapura, Persekutuan boleh dilemahkan. Singapura amat penting pada keselamatan dan survival Persekutuan).

"First, let us suppose for the sake of argument that Singapore can be a
viable independent unit, with sufficient strength and resources
economically and militarily to sustain its independence. Then if an
independent Singapore can be a prelude to merger, we say we fight for
it." - The Battle For Merger

(Terjemahan: Pertama, mari kita andaikan untuk tujuan berhujah bahawa Singapura boleh menjadi unit merdeka yang berdaya maju, dengan cukup kekuatan dan sumber ekonomi dan ketenteraannya untuk mengekalkan kemerdekaannya. Kemudian, jika negara Singapura yang merdeka ini boleh membawa kepada pencantuman, maka kita kata kita berjuang untuk
mencapainya).

"But we say that an independent Singapore once established cannot lead
to merger by consent. If merger ever comes it would then be by the
conquest of one by the other. For an independent Singapore once
established, even for an interim period, will create a situation
whereby vested interests, based on Chinese appeals, will become
permanent." - The Battle For Merger – pg 169,170.

(Terjemahan: Tetapi kita berkata, Singapura, apabila telah merdeka, tidak boleh membawa kepada pencantuman dengan kerelaan. Seadainya pencantuman itu berlaku, maka ia adalah melalui penaklukan satu ke atas yang lain. Bagi Singapura, apabila telah merdeka, walaupun bagi tempoh sementara, akan mewujudkan suasana di mana kepentingannya, yang berasaskan kepada orang Cina, akan kekal selamanya.)

Seterusnya beliau menyatakan :

"But an independent Singapore and the Federation would be more like
Israel and Egypt. They may fuse by conquest but never by consent." -
The Battle For Merger – pg 171.

(Terjemahan: Tetapi Singapura dan Persekutuan yang merdeka akan menjadi seperti Israel dan Mesir. Mereka mungkin bersama melalui penaklukan tetapi tidak pernah melalui kerelaan).

Satu kegilaan

"If an independent Singapore is a desirable objective then we should
fight and pay the price in blood for it. For blood galore was shed in
Palestine before the British quit. But it is not only stupidity but
plain lunacy to pay with peoples' lives for the creation of an
independent Singapore which cannot be viable politically, economically
or militarily." - The Battle For Merger – pg 171.

(Terjemahan: Jika Singapura yang merdeka merupakan satu objektif yang dihasratkan, maka kita perlu berjuang dan membayar harganya dengan darah untuknya. Kerana darah telah banyak mengalir di Palestin sebelum British keluar. Tetapi ia bukan sahaja satu kebodohan tetapi satu kegilaan untuk membayarnya dengan nyawa rakyat bagi penubuhan sebuah
Singapura yang merdeka, yang tidak berdaya maju dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan.)

"An independent Singapore, by the very nature of its population, would
be a Chinese Singapore. It would be retreat from the concept of a
Malayan nation of which Singapore is an integral part. And this is a
reactionary step that must be stifled." - The Battle For Merger – pg
171.

(Terjemahan: Singapura yang merdeka, berasaskan kepada keadaan penduduknya, akan menjadi negara Cina Singapura. Ia akan merupakan langkah ke belakang daripada konsep negara Malaya di mana Singapura merupakan sebahagian daripadanya. Dan ini adalah satu 'langkah reactionary' yang mesti dibendung.)

"A hostile independent Singapore must lead to retaliation, conflict and
in the end to conquest." - The Battle For Merger – pg 172.

(Terjemahan: Singapura merdeka yang 'hostile' mesti membawa kepada tindak-balas, konflik dan akhirnya membawa kepada penaklukan.")

Lee Kuan Yew, berdasarkan analisis dan pandang ke hadapan, telah memberi tahu rakyatnya betapa penting Singapura mesti bercantum dengan Malaya. Begitu juga beliau memberi tahu apa akan terjadi jika rakyatnya tidak memberi persetujuan dan apa akan berlaku di antara kedua-dua negara ini.
Kesimpulan daripada analisa beliau, begitu jelas sekali – iaitu jika Singapura tidak bercantum dengan Malaya tanpa persetujuan rakyatnya dan Singapura merdeka dengan sendirinya; maka Singapura akan menjadi Israel (negara Yahudi) yang merdeka di Asia Tenggara. Tidak dapat dielakkan yang kekerasan akan berlaku antara satu wilayah ke atas wilayah yang satu lagi. Percantuman hanya boleh berlaku melalui penaklukan. Singapura akan menjadi negara China di Asia Tenggara kerana sentimen keChinaan akan menguasainya.
Prof. Mohammed Yacob
_____________________________________________________________

Prof Mohammed Hj Yacob dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAPS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

Wednesday, September 27, 2006

Mahathir Memperbodohkan Agong

Ramai di antara rakyat Malaysia mungkin terkejut lagi hairan dengan tindakan yang diambil oleh peguam Karpal Singh baru-baru ini dengan mengemukakan saman terhadap Kerajaan dan Mahathir atas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Peguam Karpal Singh telah mengemukakan isu ini pada mulanya di Parlimen ketika Mahathir membentangkan Belanjawan 1999.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana ini boleh ditimbulkan.

Ketika DSAI dipecat pada 2 September lalu, Mahathir telah memaklumkan kepada rakyat bahawa pemecatan berkenaan telahpun dimaklumkan kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong (YDPA), pada hari yang sama. Sejurus selepas itu Mahathir dan Menteri-menterinya yang mengampu dengan megah telah cuba meyakinkan rakyat bahawa kuasa mutlak melantik dan memecat mana-mana Menteri adalah hak perdana menteri, yakni Mahathir (Al-maklum - ada menteri yang berprinsip "My Boss is always right"). Mahathir mempunyai hak "hire and fire" mana-mana menteri yang kononnya ditetapkan di bawah Perlembagaan.

Persoalan yang diajukan ialah, siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk melantik dan menyingkirkan seseorang ahli eksekutif (Menteri). Kita lihat peruntukan yang dimuatkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Kabinet, Perlantikan Perdana Menteri dan Menteri-menteri:

Perkara 43(1) menetapkan kuasa YDPA melantik Jemaah Menteri yang berfungsi menasihatkan baginda di dalam menjalankan tugas-tugas baginda. Bagi membentuk sebuah Kabinet, YDPA akan terlebih dahulu melantik Perdana Menteri, ia itu seorang yang pada pendapat Baginda mendapat kepercayaan majoriti wakil-wakil rakyat. Ini dijelaskan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan.

Menteri-menteri kemudiannya dilantik di bawah Perkara 43(2)(b) Perlembagaan. Perkara ini dengan jelas menyatakan bahawa perlantikan seseorang Menteri adalah di bawah kuasa YDPA di atas nasihat Perdana Menteri. Ini samalah peruntukannya dengan di bawah udang-undang era residen British, di mana residen cuma berperanan menasihat Sultan mengenai hal ehwal negeri. Residen British menganggap perkataan nasihat itu adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh Sultan. Perkataan nasihat itu cumalah suatu helah diplomasi yang digunakan semasa era Residen British.

Ini semuanya disedari oleh rakyat jelata dan tentunya Mahathir dan menteri-menterinya sendiri kerana inilah yang diperkatakan oleh mereka untuk membakar semangat nasionalis rakyat sejak dahulu lagi.

Jika perkataan nasihat itu dilihat dari segi istiliah, ianya bermaksud "ajaran, petunjuk, petua, teguran" (lihat Kamus Dewan). Jauh sekali ertinya dengan "arahan atau perintah". Dalam erti kata lain, YDPA tidak terkongkong dengan nasihat dan bebas untuk membuat pendirian sama ada untuk menerima atau menolak nasihat berkenaan.

Perkataan nasihat itu sengaja dimasukkan di dalam Perlembagaan sebagai melambangkan "check and balance" terhadap kuasa Eksekutif (Perdana Menteri dan Jemaah Menteri). Ianya melambangkan hak kebebasan YDPA untuk membuat pendirian sendiri. Jadi adalah tidak menjadi melampaui had kuasa undang-undang (ultra vires) jika YDPA bertindak untuk tidak mengikuti mana-mana nasihat yang diberikan oleh Eksekutif. Adalah jelas bahawa "the right to hire and fire" menjadi mutlak YDPA, di mana kerana itu sebelum seseorang menteri itu dilantik, ianya hendaklah mengangkat sumpah di hadapan YDPA (bukan Perdana Menteri) (lihat Perkara 43(6) Perlembagaan). Watikah perlantikan itu (yang ditandatangani oleh YDPA) yang menjadikan seseorang itu sebagai Menteri.

Tempoh Jawatan Menteri

Tempoh jawatan seseorang Menteri ditentukan oleh YDPA. Ini dijelaskan di bawah Perkara 43(5) Perlembagaan yang menyebut:

"Subject to Clause (4), Ministers other than Prime Minister shall hold office during the pleasure of the Yang Di Pertuan Agong [unless the appointment of any Minister shall have been revoked by Yang Di Pertuan Agong on the advice of the Prime Minister], but any Minister may resign his office.

(Peruntukan di dalam kurungan di atas telah dimasukkan di dalam Perlembagaan yang dipinda pada tahun 1960 dan berkuatkuasa pada 31 Mei 1960. Sehingga kini peruntukan tersebut tetap kekal sepertimana yang dinyatakan di atas - jangan terkejut jika selepas ini Mahathir akan mengusulkan pindaan terhadap peruntukan ini).

Dari peruntukan berkenaan adalah jelas bahawa kuasa memecat mana-mana Menteri bukanlah hak Perdana Menteri, sebaliknya menjadi hak mutlak YDPA. Peranan Perdana Menteri ialah cuma menasihatkan YDPA mengenai pemecatan mana-mana Menteri. Justeru, surat pemecatan Anwar yanag ditandatangani oleh Mahathir tentunya tidak sah kerana Mahathir sebagai Perdana Meneteri tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani surat itu. Tindakan Mahathir itu telah melampaui kuasa (ultra vires) yang diberikan kepadanya di bawah Perlembagaan. Surat pemecatan Anwar sepatutnya ditandatangani oleh YDPA sebagai suatu pemecatan yang sah.

Di mana Surat Pemecatan Anwar oleh YDPA?

Ketika perbicaraan Anwar dua minggu sudah seorang saksi (Dato' Alias) telah diminta mengemukakan rekod perkhidmatan Anwar termasuk soalan sama ada pemecatan itu telah diperkanankan oleh YDPA. Dengan gelabah, Pendakwa telah menentang soalan itu (setelah peguambela-peguambela Anwar telah berhujah mengenainya) di atas alasan yang dianggap sebagai soalan yang bermotifkan politik. Soalan itu mati begitu sahaja setelah ditolak oleh mahkamah.

Jika benarlah pemecatan Anwar itu telah diperkenankan oleh YDPA, mengapa sangatlah bukti itu dibantah. Setidak-tidaknya rakyat akan tahu bahawa Anwar telah dipecat oleh YDPA dan bukan Mahathir. Mungkin dengan pendedahan ini tidaklah akan lagi isu reformasi dan lain-lain isu yang telah memburukkan Mahathir.

Rakat tidak lagi bodoh ataupun boleh diperbodohkan. Ketiadaan surat pemecatan Anwar itu tentu akan menyebabkan rakyat lebih curiga dengan tindakan yang telah diambil terhadap Anwar, sepertimana sentimen kebanyakan kita ketika ini - bukan soal Anwar dipecat atau didakwa tetapi cara perlaksanaannya.

Jika benarlah surat pemecatan Anwar itu tidak ditandatangani oleh YDPA, Mahathir memang sebenarnya mabuk kuasa dan melampaui Perlembagaan. Maka itu jelaslah mengapa Mahathir beria-ia benar mahukan supaya kuasa-kuasa Raja disempitkan dengan pindaan terhadap Perlembagaan yang telah diperjuangkannya dahulu (dimana kita rakyat semua tertipu). Apakah Mahathir sekarang mahu mengambilalih kuasa Raja (yang sememangnya layak dengan istana bernilai RM 200 juta) - jika demikian adanya, maka layaklah dia bergelar MAHARAJA MAHATHIR – suatu lagenda baru dalam sejarah Melayu yang akan muncul.

Oleh Pensyarah Undang-undang

Daripada : Forum Gerak Reformasi

Kaki gedebe, budak pejabat dan budak suruhan

Tarikh 30 Sptember 1965 akan terpahat Hari Kegelapan dalam sejarah Indonesia. Kepentingan tarikh itu boleh disamakan dengan Raya Deepavali dalam Metos Hindu - yang masih mewarnai sambutan keagamaan popular di Indonesia - di mana yang baik telah menjuarai yang jahat. Akan tetapi siapa yang baik itu dan siapa pula yang jahat pada pada 1965 akan tetap menjadi isu perdebatan di Indonesia.

Itulah hari yang disebut-sebut sebagai ‘Gestapu’ ataupun ‘Gerakan September Tiga Puluh’ di mana satu usaha rampasan kuasa terhadap puak yang tidak dikenali siapa telah dipatahkan oleh General Suharto dan beberapa orang rakanya - memungkinkan Suharto naik menjadi pemerintah Indonesia untuk lebih 30 tahun sehingga beliau tersingkir pada 1997. Dalam pertempuran itu lebih satu dozen panglima tentera, yang merupakan golongan terbaik di pucuk kepimpinan tentera telah terkorban dalam peristiwa Lubang Buaya, sehingga Suharto seorang sahaja yang tinggal terkonteng-konteng untuk menduduki takhta. Panglima tentera yang lain telah dibunuh dengan kejam dan dihumban dalam telaga yang dinamakan ‘Lubang Buaya.’

Suharto telah menguatkusakan pemerintahan tentera, menggantung apa juga kebebasan yang ada untuk mencengkam kuasa melalui ‘decree’. Dia juga mempunyai kebebasan untuk mengenepikan sesiapa yang menentangnya dan menyusun semula politik Indonesia bersama para kroni dan pembodeknya. Rampasan kuasa 1965, sesungguhnya merupakan satu bonus besar kepada Suharto.

Beberapa lama kemudian barulah para analis Indonesia dapat mengesan adanya tangan ghaib CIA mengkucar-kacirkan keadaan kerana mahukan satu regim yang pro-Amerika semasa perang Vietnam sedang bergelora. Ketika itu Indonesia cenderung memihak kepada Russia dan rampasan kuasa tentera itu telah merubah suasana dalam sekelip mata.

Mengikut seorang penganalis yang menyelidik untuk ijazah PhD, yang menjadi katalis kepada rampasan kuasa 30 September 1965 itu ialah kekacauan dan pembakaran yang terjadi di sekeliling bandaraya Jakarta oleh kumpulan ‘Abang Beca’. Ketika itu puluhan ribu ‘Abang Beca’ telah menyekat laluan beberapa jalanraya tertentu di Jakarta menyulitkan pihak polis dan tentera bergerak (sebagai contohnya untuk menyelamatkan para panglima tentera yang sedang terdesak). Tindakan kumpulan ‘Abang Beca’ itu memang ternyata begitu tersusun rancangannya oleh orang-orang yang tidak dikenali tetapi berlagak sebagai samseng jalanan ataupun kumpulan penggempur. Mereka adalah laksana Mat Rempit zaman kini - mampu bergerak bebas merata Jakarta dengan pantas dan mampu mencetuskan huruhara bila diperlukan. Sekarang cuba kita maju ke depan dan kaitkan dengan suasana Malaysia hari ini. Seperti yang terjadi di Indonesia pada 1965 dulu, kini sudah wujud satu macam ketegangan di negara ini sekarang. Semakin galak dibangkitkan isu keagamaan, perkauman, pendidikan dan ketegangan politik. Segala-galanya seolah-olah tertumpu di Kuala Lumpur. Gereja yang dikatakan mengedarkan buku Injil berbahasa Melayu kononnya berada di Kuala Lumpur – dan bukan di Tanjung Tualang. Kes Lina Joy semakin menjadi topik hangat dalam khutbah di merata Kuala Lumpur – bukannya di Kuala Kangsar (walaupun saya mesti mengaku sudah lama tidak ke masjid Kuala Kangsar kebelakangan ini).



Kini sudah terkumpul beribu Mat Rempit yang bersedia untuk menyahut seruan tuannya. Kalaulah ada sesiapa yang sedar – sama ada secara kebetulan ataupun tidak, lampu lampu siap terpasang sepanjang malam di kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak dan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang.

Mungkin tidak dipercayai berita ini, tetapi itulah yang pelik tetapi benar betapa menjelang 10 hb November 2006, sebelum berlakunya satu persidangan tahunan UMNO yang dijangka hangat, 50,000 Mat Rempit akan diajak berkumpul di Stadium Bukit Jalil di mana Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Paklah akan memberikan gelaran Mat Cemerlang kepada para pemimpin Mat Rempit. Inilah gelagat yang memang amat bertentangan dengan kehendak Polis, Ketua Pemuda UMNO (Hishamuddin Onn) Wanita dan Puteri UMNO dan sebahagian besar masyarkat UMNO.

Mampukah Mat Rempit mencetuskan huruhara di Kuala Lumpur? Sudah tentu. Apabila 50,000 Mat Rempit yang khayal dirasuk ‘Pil Kuda’ tentu mampu melakukan apa sahaja. Ini sebabnya Polis (dan setiap warga negara yang waras pemikirannya) memang menentang usaha menggembeling Mat Rempit secara demikian. Kalaulah graduan yang bukan lulusan Oxford boleh faham bahaya ini, sudah tentu graduan lulusan Oxford seharusnya lebih arif lagi. Sebaliknya garaduan Oxford yang sedang bertungkus lumus mengembeling Mat Rempit.

Apakah yang mereka tahu itu tidak kita ketahui? Kali terakhir tercetusnya huruhara di Kuala Lumpur ialah pada 1969 di mana Parlimen (dan demokrasi) telah digantung dan negara telah ditadbir oleh Majlis Gerakan nasional ataupun MAGERAN dengan kuasa darurat. Pada 1969, Tunku Abdul Rahman yang sudah ‘mejadi lembik’ telah digerhanakan oleh Tun Abdul Razak. Hari ini, siapakah yang lebih cekap dari Perdana Menteri? Memng tidak ada hadiah untuk jawapan yang betul. Akan tetapi bayangkan keadaan seperti itu. Semua perhitungan siapa yang akan menganti siapa bolehlah dihumban dalam tong sampah. Akan muncul nanti satu senarai baru mengenai percaturan itu.

Berbalik kepada keadaan sekarang, desas-desus sudah ligat tersebar perihal Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Hishamuddin Hussein, memperli Khairy Jamaluddin yang merupakan “Oxford Boy” agar mencabar beliau. Sesungguhnya desas desus itu adalah palsu. Memang tidak mungkin Hisham (Aau! Seperti yang disindir oleh PAS) berani berbuat perkara semacam itu. Sebenarnya Hisham sekarang ini sudah menjadi kaki gedebe ataupun ‘tonto’ kepada Khairy yang merupakan ketua defakto Pemuda UMNO. Hishamuddin tidak sabar menunggu pemilihan pucuk kepimpinan UMNO di mana dia akan bertarung habis-habisan. Dia tidak tahan lagi keluar daripada kedudukan menjadi kaki gedebe Khairy dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Dongeng yang disebarkan itu hanya merupakan satu usaha yang lemah untuk menaikkan imej Hisham. Ini juga satu gambaran betapa Pemuda UMNO membenci Khairy Keseluruhan Pemuda UMNO memang tidak suka dengan idea memanjakan Mat Rempit.

Nasib Hishamuddin adalah gambaran stail pentadbiran kerajaan Abdullah Badawi gara-gara penyelewengan Khairy. Selepas membodek Bush, Badawi telah biarkan Syed Hamid Albar terpinga-pinga seperti seorang dungu selepas Abdullah memberitahu betapa dia telah menerima kemaafan bekas askar Nazi yang kini menjadi ‘Katholik Pope’ terhadap kenyataan beliau mencemar Islam. Hanya sehari sebelum itu Syed Hamid telah bersuara lantang merata dunia bahawa sifat Pope meminta maaf tidak mencukupi. Patut jugalah Syed Hamid sedang berehat untuk untuk menenangkan muka yang malu.

Demikian juga yang pernah ditanggung oleh Mustapha Mohammad setelah Perdana Menteri berkata bahawa bahan yang penuh kontroversi yang digunakan dalam kursus hubungan kaum di universiti harus ditarik balik selepas Mustapha bertegang urat mempertahankannya di khalayak ramai. Menteri Kabinet kerap pening kepala gara-gara mahu menonjolkan martabat Perdana Menteri.

Akan tetapi, selain Hishamuddin Hussein, Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu menanggung aib yang paling besar ‘sebagai budak pejabat’ Khairy Jamaluddin. Dalam satu ucapan beliau di Kemaman pada 22 September 2006, Tun Dr. Mahathir telah menuduh secara lantang “Datuk Seri Abdullah kerana membenarkan anak menantu dan seorang sahabat perniagaan beliau memerintah Negeri Terengganu (Straits Times). Idris Jusoh sudah terpinggir sepenuhnya. Walaupun dia anak Terengganu dan seorang Menteri Besar di situ, Idris Jusoh terpaksa mendapatkan arahan Khairy dan kawan-kawannya. Memang Terengganu dibanjiri duit – selalunya untuk membina projek yang bodoh dan tidak berguna seperti membina 30 unit rumah banglo berharga RM1 juta setiap satu di Pulau Duyong (tidak terjual pun). Begitu juga dengan replika Taj Mahal bernilai RM250 juta dan beberapa bangunan yang tidak berguna di Pulau Wan Man dan RM300 juta ‘Monsoon Cup’ yang menguntungkan Patrick Lim. Itulah wang daripada Royalti Minyak Terengganu ataupun dulu dikenali sebagai Wang Ehsan Terengganu. Tidaklah menghairankan kenapa Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa yang menguruskan dana ini semuanya – kini menjangkau RM1 bilion setiap tahun.

Tun Dr. Mahathir telah menyatakan betapa Khairy Jamaluddin yang memerintah Terengganu dengan kawannya Datuk Patrick Lim. Lebih dari seorang pernah menceritakan kisah semasa Idris Jusuh memandu kereta yang ditumpangi perdana menteri, Idris terpaksa memberhentikan keretanya dan melihat Perdana Menteri keluar untuk memasuki kereta Patrick Lim pula. Idris hanya pulang ke rumah dan menunggu kalau ada lagi arahan baru yang dihantar melalui telefon sahaja.

Oleh Ibnu Hakeem

Bagaimana membalun lebih RM11 bilion dengan hanya sepucuk surat

Khamis, September 26, 2006

Baru-baru ini Perdana Menteri Abdulah Ahmad Badawi telah membuat satu kunjungan hormat menemui Presiden AS dan ada desas-desus mengatakan bahawa itu lebih merupakan satu lawatan peribadi walaupun nampak semacam satu lawatan rasmi. Desas-desus di Washington berkata bahawa Abdullah mahu Bush membantu membantutkan usaha segelintir anggota Kongres AS yang mahu menarik perhatian rakyat Amerika dua perkara yang paling menekan yang akan membawa kesan parah ke atas Perdana Menteri yang sudah semakin tertekan itu.
Mungkin ini menjadi penyebab utama kenapa Abdulah dihantui igauannya? Apakah Bush bersetuju membantu Abdullah untuk merasa lega? Apa pula yang dipersetujui oleh Abdullah sebagai balasan terhadap khidmat yang dimina Bush lakukan?

Malaysia sudahpun memberi ruang kepada kapal-kapal Amerika yang dijana nuklear untuk berlabuh di pelabuhannya. Malaysia sudahpun berunding dengan Amerika mengenai isu FTA dan berkemugkinan menandatangani perjanjian tidak lama lagi. Apa lagi yang perlu kita berikan?

Satu perkara yang menghambat Abdullah ialah kisat penangkapan lima orang warga Jepun daripda Mitutoyo, termasuk Presiden syarikat , kerana mengeksport komponen kepada Scomi lima tahun yang lalu dan ini mungkin dijadikan bahan membuat senjata nuklear dan mungkin telah diekspot semula kepada Libya. Perkara ini pernah dilapurkan oleh Malaysia Today pada 11 September 2006 dalam satu artikel berjodol Three strikes and you're out.

Kisah Tahir, orang yang terlibat dalam skandal komponen nuklear, telah ditahan di bawah Akta ISA di Malaysia menunjukkan penglibatan Scomi dalam kemelut ini. Selalunya seseorang ditahan di bawah ISA hanya kalau dia dianggap menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Tahir bukannya mengancam keselamatan Malaysia. Dia telah ditahan untuk menyekatnya daripada bercakap. Seandainya dia membuka mulut, sudah tentu akan terkeluar cerita Scomi yang tidak enak didengar. Masalah kedua adalah pembabitan Abdullah dalam skandal ‘Oil for Food’ (Minyak untuk Makanan) di mana nama beliau telah dikaitkan kepada dua syarikat yang telah meraih banyak manfaat kepada lebih 50,000,000 (lima puluh juta) tong minyak Iraq.
Nilai keseluruhannya perkara ini mencecah hampir RM11 Bilion. Skandal ini memang lebih menghenyak beliau berbanding kisah yang pertama kerana terdapat beberapa pemimpin negara luar yang terbabit sama dalam skandal ini sudahpun dipaksa melepaskan jawatan mereka. Tali yang menjerut leher Abdullah menjadi semakin nyata apabila dia menandatangani satu surat bertarikh 13 November, 2000, memberi sokongan kepada dua syarikat itu . Nilai yang terlibat ialah RM11 bilion dan ia hanya memerlukan sehelai surat sahaja.

Ketika disoal perkara ini, nun pada 2004 dulu, Abdulah menafikan yang dia pernah menandatangani surat semacam itu. Dia hanya memperlekeh perkara itu sebagai perkara remeh-temeh dengan penjelasan bahawa ramai orang yang datang menemui beliau meminta sokongan dari satu masa ke satu masa, dan dia memang memberikannya tanpa mengingati siapa mereka, lagipun dia tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam perniagaan tersebut. Inilah alasan yang digunakannya sedangkan orang yang terlibat itu adalah iparnya sendiri. Kalaulah surat itu hanya satu-satunya daripada begitu banyak surat lain yang direkomenkannya tentu kita faham kenapa dia tidak dapat mengingati siapa mereka. Tetapi kalau adik iparnya sendiri yang terlibat, bagaimana mungkin dia tidak mengingatinya?

Apakah peranan Abdullah dalam skandal Oil for Food? Apakah dia memang tidak besalah dan telah tersilap membiarkan namanya digunakan? Sebenarnya Abdullah mengeluarkan surat itu ketika dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, mengendos syarikat yang sedang mengemukakan bida untuk mendapatkan kontrak minyak Iraq. Tun Dr. Mahathri mempunyai satu salinan kontrak itu seperti orang lain juga termasuk salah seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia. Saiapakah bekas menteri kewangan itu? Apakah dia Tengku Razaleigh Hamzah? Ataupun Daim Zainuddin? Ataupun Anwar Ibrahim? Malaysia Today tidak akan menyebut namanya dan orang ini memang sedar siapa yang dimaksudkan. Kenapa pula Mahathir tidak mendedahkan surat itu setakat ini? Mungkinkah kerana Mahathir mahu Abdullah menafikannya sebelum dia mencampakkan surat bertarikh 13 November 2000 ke atas meja untuk mendedahkan siapa Abdullah sebenarnya, seorang ulama palsu dan seorang pembohong?

Terdapat dua laporan mengenai skandal Oil-for-Food .

  1. Charles Duelfer - Comprehensive Report of the Special Adviser to the Director of the Central Intelligence on Iraq’s Weapons of Mass Destruction, dated 30 September 2004
  2. Paul A. Volcker - Independent Inquiry Committee into The United Nations Oil-for Food Programme (Manipulation of the Oil-for-Food Programme by the Iraqi Regime), dated 27 October 2005. (See full report here).
Kedua-dua laporan ini telah menyebut nama Abdullah Badawi dan mengaitkannya kepada program Oil for Food melalui dua buah syarikat Malaysia, Tradeyear Sdn Bhd and Mastek Sdn Bhd. Table 3, muka surat Lapuran Volcker menyebut dengan jelas nama Abdullah sebagai seorang “Non-Contractual Beneficiary”. Volcker Report itu turut menyebut kisah Abdullah pernah menulis satu surat kepada Taha Yassin Ramadan pada 13 November 2000 menyokong stu rombongan yang diketuai oleh Mr. Faek Ahmad Shareef and Noor Asiah Mahmood ( ipar Abdullah).

Yang lebih menyenakkan ialah hakikat adanya wang sogokan. Dalam Table 2 Lapuran Volckert (Exhibit “E”) jelas disebut betapa sogokan USD10,916241 telah ditagih daripada Mastek Sdn Bhd, dan USD9,803,960 elah dibayar, USD1,112,281 yang berbaki masih belum dibayar lagi.
Tradeyear Sdn Bhd, sebanyak USD116,870 ealah ditagih dan dibayar dengan sepenuhnya.

Laporan Volcker itu menyatakan bahawa pada 19 Osos 2005, Mr. Jaya Sudir telah menyatakan dalam satu wawancara bagaimana Mr. Faek Ahmad Shareef telah menggunakan hubungan baiknya dengan Abdullah. Penelitian dokumen Iraqi itu memperakukan wujudnya hubungan antara beberapa pegawai Iraq dengan Mr. Faek Abmad Shareef dan Abdullah. Peruntukkan minyak kepada Mr. Shareef dalam dokumen SOMO (State Oil marketing Organisation) ternyata dalam beberapa aspek menyebut bahawa “Mr. Faek Ahmad Shareef/ for the benefit of Abdullah”.

Apapun, memang amat jelas Abdullah tidaklah sebersih yang ramai orang sangka: Perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1) Tradeyear Sdn Bhd, yang mendapat dua kontrak (M/08/61 dan M/06/42), adalah penikmat kepada 5,600,000 tong minyak Iraq di bawah nama Abdullah Badawi.

2) Tradeyear Sdn Bhd dimiliki oleh Tradeyear Limited, sebuah syarikat Singapura, dengan modal berbayar sebanyak dua ringgit sahaja (RM2.00).

3) Mastek Sdn Bhd, yang mendapat empat kontrak (M/09/46, M/11/12, M12/54 dan M/13/94), adalah penikmat kepada 45,000,000 tong minyak Iraqi di bawah nama Faek Ahmad Shareef.

4) Mastek Sdn Bhd adalah milik Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd and Noor Asiah Binti Mahmood (adik ipar Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi). Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd adalah dimiliki oleh Noor Asiah Binti Mahmood bersama tiga orang lagi ahli keluarganya yang mengongsi alamat kediaman yang digunakan oleh Noor Asiah. Ini bererti , Noor Asiah Binti Mahmood memiliki Mastek Sdn Bhd secara terus, memiliki Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd secara tidak langsung.

Butiran lain adalah seperti berikut:

1) Petmal Oil Holdings Sdn Bhd,
Contract in the name of: Dato Paduka Affendi 2,000,000 barrels
Contract no: M/09/412) Tradeyear Sdn Bhd
Contract in the name of: Abdullah Badawi5,600,000 barrels
Contract no: M/08/61 and M/06/423) Atlantic Offshore Supplies Sdn Bhd
Contract in the name of: Jamil Harun2,000,000 barrels
Contract no: M/09/1074) Jawala Corporation Sdn Bhd
Contract in the name of: Dato Majid Khan7,500,000 barrels
Contract no: M/09/46, M/11/12, M12/54 and M/13/945) Mastek Sdn Bhd
Contract in the name of: Faek Ahmad Shareef45,000,000 barrels
Contract no: M/07/59, M/08/60 and M/09/18

The above is according to the INDEPENDENT INQUIRY COMMITTEE INTO THE UNITED NATIONS OIL-FOR-FOOD PROGRAMME report which can be viewed here (Link to UN Oil-For-Food Report in PDF format) Details of the companies above are as follows according the latest filings with the Registrar of Companies:

1) Petmal Oil Holdings Sdn Bhd
No. 02-2, Plaza Kelanamas 19 Lorong Dungun,
Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone: 60-3-20952219, Facsimile: 60-3-20950704
E-mail: lmnaffendi@petmaloil.com, dimov@petmaloil.com, venzo@petmaloil.com
Group Financial Highlights, 2002-2004 (millions US$) Sales and other revenue2004: 2,4772003: 2,1422002: 1,985 Net Earnings2004: 52.42003: 50.82002: 31.4Current Assets2004: 8562003: 1,0222002: 740Property and other assets2004: 8072003: 4572002: 418Total Assets2004: 1,6632003: 1,4792002: 1,158Current Liabilities2004: 1,1952003: 1,0952002: 835Net Worth2004: 4682003: 3842002: 323

2) Tradeyear Sdn Bhd
Old Company Name: Kuala Adil Sdn Bhd
Co. Registration No: 361316-KDate of Incorporation: 27-09-1995
Date of Change of Name: 03-05-1966
Business Address: Level 49, Tower 2Petronas Twin TowersKLCC50088 Kuala LumpurWilayah Persekutuan
Paid Up Capital: RM2
Authorised Capital: RM100,000

Directors:
1) Syd Mohd Anwar Bin Syd Othman
47, Jalan Setiawangsa 3ATaman Setiawangsa54200 Kuala Lumpur
I/C No: 560317-02-5405

2) Munusamy Baskaran
391, Orchard Rd No. 21-03/05, Ngee Ann City Tower ASingapore
Passport No: 0034433H

3) Hj Affendi Bin Tun Hj Mohd Fuad Stephens
2A, Jalan 4L Ampang Jaya68000 Selangor
I/C No: 590103-12-6013

Shareholder:

1) Tradeyear Limited (Singapore)
Total Shares: 2
Balance SheetYear End: 31-12-2005
Fixed Assets: 72,138.00
Current Assets: 929,033.00
Total Assets: -365,719.00
Unappropriated Profits: -365,721.00
Current Liabilities: 1,366,890.00
Profit & LossYear End: 31-12-2005
Profit Before Taxation: -327,866.00
Profit After Taxation: -327,866.00
Profits Attributes to Shareholders: -327,866.00
Unappropriated Profit Carried Forward: -365,721.00
Unappropriated Profit Brought Forward: -37,855.00

3) Atlantic Offshore Supplies Sdn Bhd
Now called: Alami Plantations Sdn Bhd
Co Registration No: 531268-K
Date of Incorporation: 07-11-2000
Date of Change of Name: 15-08-2003
Registered address: Lot 03-02, 3rd Floor PKNS ComplexS hah AlamSelangor
Paid Up Capital: RM500,000
Authorised Capital: RM500,000

Directors:
1) Mohd Zin Bin Su
34, Jalan Desa Serdang 14, Taman Desa Serdang, 42300 Seri Kembangan, Selangor
I/C No: 551201-11-51132)

Mohamad Radwan Alami
7, Jalan Bunga Kertas 2/15Section 2 Selangor
I/C No: 530723-71-52013)

Jamil Bin HaronSuite
15.01, Level 15, Menara Haw Par, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
I/C No: 550709-71-5027

Shareholders:

1) Jamil Bin Haron
I/C No: 550709-71-5027
Total Shares: 150,000

2) Mohamad Radwan Alami
I/C No: 530723-71-5201
Total Shares: 350,000
No accounts filed

4) Jawala Corporation Sdn Bhd
Co Registration No: 118011-U
Date of Incorporation: 13-04-1984
Business Address: Lot 17.02, 17th FloorMenara Promet Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Paid Up Capital: RM16,200,000
Authorised Capital: RM25,000,000

Directors:

1) Tan Sri Abdul Majid Khan

7.02 Tara Condominium 33, Jalan Ampang Hilir 55000 Kuala Lumpur
I/C No: 431215-12-53672)

Hazmat Aqbal Bin Mohd Ayub Khan
Lot 26, Jalan Pelanduk Taman Kinamount Baru Kota Kinabalu,Sabah
I/C No: 640512-12-5823

Shareholders:

) Datuk Jema Anton Khan
I/C No. 650515-71-6433
Total Shares: 1,452,000

2) Hazmat Aqbal Bin Mohd Ayub Khan
I/C No: 640512-12-5823
otal Shares: 4,500,000

3) Tan Sri Abdul Majid Khan
I/C No : 431215-12-5367
Total Shares : 7,998,000

4) Chee Ah What
Passport No: S0560573C
Total Shares: 2,250,000

Balance SheetYear End: 31-07-2005
Fixed Assets: 1,901,125.00
Current Assets: 7,354,128.00
Total Assets: 22,698,058.00
Unappropriated Profits: 1,891,342.00
Current Liabilities: 10,769,234.00
Profit & LossYear End: 31-07-2005
Profit Before Taxation: 2,163,576.00
Profit After Taxation: 1,122,637.00
Profits Attributes to Shareholders: 1,122,637.00
Unappropriated Profit Carried Forward: 1,891,342.00
Unappropriated Profit Brought Forward: 658,854.005)

Mastek Sdn Bhd
Co Registration No: 50717-A
Date of Incorporation: 20-09-1979
Business Address: Suite 3 & 3A, Level 2, Block 3BPlaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral50470 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Directors:
1) Noor Asiah Binti Mahmood2,
Lorong 16/9C46350 Petaling Jaya Selangor
I/C No: 530624-08-5224

2) Reymee Bin Mohamed Hussein
2, Lorong 16/9C46350 Petaling Jaya Selangor
I/C No: 761115-145151

Shareholders
1) Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (see item ‘6’ below)
Company Registration No. 149198-M
Total Shares : 379,200

2) Noor Asiah Binti Mahmood
I/C No. 530624-08-5224
Total Shares: 100,800
Balance SheetYear End: 31-12-2005
Fixed Assets: 29,371.00
Current Assets: 223,329.00
Total Assets: 26,126.00
Unappropriated Profits: -457,776.00
Current Liabilities: 451,574.00
Profit & LossYear End: 31-12-2005
Profit Before Taxation: 100,181.00
Profit After Taxation: 96,279.00
Profits Attributes to Shareholders: 96,279.00
Unappropriated Profit Carried Forward: -457,776.00
Unappropriated Profit Brought Forward: -554,055.00

6) Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd
Old Name: Teraju Ehsan Sdn Bhd
Date of Incorporation: 03-10-1986
Date of Name Change: 18-07-1992
Business Address: Suite 3 & 3A, Level 2Block 3B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur
Paid Up Capital: RM4,350,000
Authorised Capital: RM5,000,000

Directors:

1) Reymee Bin Mohamed Hussein
2, Lorong 16/9C46350 Petaling Jaya Selangor
I/C No: 761115-14-5151

2) Hanizah Binti Mohamed Hussein
2, Lorong 16/9C46350 Petaling Jaya Selangor
I/C No: 701102-10-5818

3) Raezal Bin Mohamed Hussein
2, Lorong 16/9C46350 Petaling Jaya Selangor
I/C No: 811231-14-6189

Shareholders:

1) Noor Asiah Binti Mahmood
I/C No. 530624-08-5224
Shares: 1,740,000

2) Reymee Bin Mohamed Hussein
I/C No: 761115-14-5151
Shares: 870,000

3) Hanizah Binti Mohamed Hussein
I/C No: 701102-10-5818
Shares: 870,000

3) Raezal Bin Mohamed Hussein
I/C No: 811231-14-6189
Shares: 870,000

Balance SheetYear End: 31-12-2005
Fixed Assets: 1,201,683.00
Total Investments: 237,500.00
Current Assets: 8,518,077.00
Other Assets: 399,712.00
Total Assets: 5,164,220.00
Unappropriated Profits: -1,380,363.00
Long Term Deferred Liabilities: 2,429,752.00
Current Liabilities: 5,192,752.00
Profit & LossYear End: 31-12-2005
Operating Revenue: 9,138,032.00
Profit Before Taxation: 63,156.00
Extraordinary Item: -1,396,418.00
Profit After Taxation: 48,850.00
Profits Attributes to Shareholders: -1,380,363.00
Unappropriated Profit Carried Forward: -1,380,363.00

Tamat.

Raja Petra Kamarudin

Patutkah Mahathir Ditahan di Rumahnya ? (Bahagian III)

Mahathir Dihantui Undang-Undang

Kebelakangan ini Mahathir sibuk membentang pelbagai perkara untuk mempelekeh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Memang ada yang benar dalam segala kenyataan beliau itu. Tetapi, seperti yang kita dedahkan dalam beberapa siri artikel di sini, Mahathir juga mesti bertanggungjawab kepada segala tindakannya yang membelakangkan undang-undang.

Atas permintaan ramai kita terjemahkan artikel di bawah yang ditulis oleh Tun Salleh Abbas.



Nazri, berikut adalah fakta terbaru kes itu

Sep 26, 06 7:25pm

Berikut adalah kenyataan sepenuhnya daripada mantan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, yang telah diemel kepada Malaysiakini hari ini:

Saya harus berterima kasih kepada Nazri Aziz (menteri defakto undang-undang) kerana bersetuju mengulangkaji krisis perundangan 1988 “seandainya wujud fakta baru dan penting”

Sebagai respons kepada komen itu, nampaknya dia tidak pun bersetuju membuat kajian semula disebabkan keputusan dua tribunal – yang pertama terhadap saya dan yang lagi satu yang membuatkan ketentuan keatas lima lagi rakan sejawat – telah diterima oleh Yang di Pertuan Agong dan kerajaan pada 1988. Justeru, dia bersetuju untuk membuat penilaian semula hanya “kalau wujud fakta terbaru dan penting berkaitan dengan kes itu.”

Keengganan mengkaji semula krisis perundangan 1988 itu, yang berhormat menteri nampaknya menyandarkan begitu tinggi kepercayaan terhadap fakta bahawasanya penerimaan cadangan-cadangan oleh kedua-dua tribunal itu telah juga turut diterima oleh Yang di Pertuan Agong.

Mengikut Pekara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan agong (YDPA) sebagai raja berperlembagaan hendaklah bertindak “mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnnya oleh Perlembagaan.”

Dengan hal yang demikian, YDPA tidak berhak menolak nasihat yang dikemukakan oleh kabinet ataupun perdana menteri. Kes ini diperjelaskan lagi dalam Perkara 66(4)(a) yang menyebut: “Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkemaskan oleh YDPA dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4)Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan (yakni tiga bulan) dalam Fasal ini, mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

Sejarah negara ini menunjukkan bahawa YDPA tidak pernah bertindak menentang kehendak Perdana Menteri ataupun kabinet termasuk isu menafikan raja-raja akan hak imuniti mereka. Dengan itu memang tidak ada ruang langsung untuk YDPA menolak perkenan menerima cadangan dua tribunal itu semasa dikemukakan kepada Baginda.

Saya berpendapat, tidak ada gunanya menyandarkan penekanan terhadap penerimaan syor dua tribunal itu oleh YDPA, kerana mengikut peruntukan perlembagaan dan amalannya, kuasa yang ada pada Baginda, sudah pun menjadi semata-mata berbentuk prosedur sahaja dan melambangkan kehendak kerajaan Baginda, walaupun perdana menteri ketika itu sudahpun berperangai seorang diktator. Hakikat bahawa kerajan semasa itu adalah satu kerajaan berdiktator sudahpun diperakui sendiri oleh menteri berkenaan dalam salah satu kenyataan akhbar beliau yang terkini.

Berkaitan dengan “fakta terbaru dan penting” yang dijadikan syarat serta yang disebut-sebut oleh menteri berkenaan sebelum boleh dibuat kajian semula, segala fakta itu sebenarnya harus diserahkan kepada tribunal ataupun suruhanjaya (ataupun mana-mana badan yang bertanggungjawab) melakukan siasatan perkara itu, seandainya kerajaan bertindak memerintahkan kajian semula. Namun, apabila menteri menyatakan persetujuan mengadakan kajian semula krisis perundangan 1988 itu hanya kalau ada “fakta penting dan baru” biarlah saya sentuh lima kejadian secara bersahaja tanpa mendedahkan butirannya secara lanjut:

Peristiwa Pertama:

Kejadian pertama ada kaitan dengan ‘pertemuan saya dengan perdana menteri’ (Dr. Mahathir Mohamad) di pejabat beliau pada 27 Mei, 1988 disaksikan oleh timbalan perdana menteri ketika itu (Ghafar Baba) dan ketua setiausaha negera ketika tiu (Sallehuddin Mohamed)

Saya telah diminta oleh perdana menteri ketika itu agar berundur kerana saya telah dikenakan tuduhan berat sebelah (bias) semasa menjalankan tugas kehakiman saya. Saya beranggapan bahawa tuduhan itu mesti ada hubungkait dengan kes ‘UMNO 11’. Itulah kes di mana saya telah membuat keputusan menubuhkan satu panel yang dianggotai sembilan hakim Mahkamah Agong untuk menghakimi kes tersebut. Saya telah menolak tuduhan itu dengan kerasnya dan memberitahu perdana menteri ketika tiu bahawa saya belum lagi bersedia untuk melepaskan jawatan.

Kemudian dia mengugut mahu memecat saya dengan mewujudkan satu tribunal mengikut hukum perlembagaan. Saya menjawab kesediaan untuk dipecat dari melepaskan tugas ketika badan kehakiman sedang tergugat. Pertemuan itu tidak memakan masa yang lama dan selepas saya keluar daripada pejabat perdana menteri itu dan pulang ke kamar sendiri, saya terus mencatat apa yang berlaku di pertemuan itu. Catatan saya itu sudahpun tersiar dalam keluaran terkini Aliran.


Peristiwa Kedua

Kejadian kedua ialah melibatkan kedatangan seorang utusan pada hari yang sama. Beliau ialah seorang pegawai penting dalam kerajaan. Tujuan kedatangan beliau ialah memujuk saya agar melepas jawatan ataupun pergi mengambil cuti panjang dan pada waktu yang sama mengugut saya kemungkinan dipecat seandainya saya masih berdegil.

Seandainya saya sanggup melepaskan jawatan, saya akan ditawarkan satu jawatan lumayan di Jeddah sebagai seorang pengarah Bank Islam dengan gaji yang tinggi di luar impian saya beserta imbuhan dan elaun keraian yang tidak terhad serta perbelanjaan perjalanan.

Pegawai itu berkata beliau sudah diberikan kuasa untuk membawa pesan itu kepada saya oleh seorang menteri yang penting. Apabila saya menjawab tidak akan menerima tawaran itu, saya telah diugut akan dipecat dan diaibkan dengan berdepan satu tribunal. Jawapan saya kepada utusan itu adalah sama sahaja seperti yang saya berikan kepada perdana menteri di awal hari yang sama.

Peristiwa Ketiga

Kejadian yang ketiga telah terjadi pada 24 Jun, 1988, hampir satu bulan selepas saya digantung sebagai “Lord President’ apabila dua orang utusan yang baik hati datang ke rumah memberitahu betapa ada segelintir raja-raja telah berkumpul di Istana Kelantan di Jalan Kia Peng dan mahu menemui saya. Dengan bergegas-gegas saya menghadirkan diri kepada baginda raja-raja.

Saya telah diberitahu bahawa YDPA (Baginda Sultan Johor) baru sahaja keluar daripda bilik persidangan. Yang menjadi pengerusi majlis menemui saya ialah DYMM Raja Perlis (Almarhum) dan turut hadir sama ialah raja-raja Melayu lain ataupun wakil peribadi mereka. (Sultan Kedah dan Selangor berada di luar Negara dan Sultan Pahang tidak dapat hadir kerana permaisuri baginda gering dan mangkat pada keesokan harinya).

Saya telah diberitahu oleh Baginda Raja Perlis betapa wujudnya persetujuan antara YDPA dan raja-raja yang hadir ketika itu, seandainya saya bersetuju meminta ampun daripada YDPA kerana menulis warkah (yang telah pun diketepikan) kepada YDPA di kediaman baginda di Istana Bukit Serene di Johor Baru, penggantungan saya akan ditarik balik dan perkara itu akan dikira selesai.

Saya telah merancang untuk pergi ke Istana Bukit Serene dengan ketua penasihat guaman saya, yang Mulia Raja Aziz Addruse. Disebabkan gagal membeli tiket tempat duduk perjalanan kapal terbang, saya mengambil keputusan pergi ke Johor Baru dengan berkereta dan Yang Mulia Raja Aziz menyewa sebuah pesawat swasta untuk tujuan yang sama. Setiba di Johor Bahru, saya telah dibenarkan memasuki ruang istana tetapi yang Mulia Raja Aziz, walaupun bertungkus lumus mendapatkan pesawat terbang untuk disewanya, hanya mampu mendekati ruang pintu gerbang Istana dan tidak dibenarkan masuk.

Ketika di Istana, saya dapat rasakan kehampaan di luar jangkaan. Lawatan saya itu adalah satu kegagalan setelah Yang Di Pertuan Agong, menerima sebelum itu kedatangan dua orang pegawai tinggi kerajaan daripada Kuala Lumpur yang membawa pesan agar tidak mengampunkan kesalahan yang telah saya lakukan.

Peristiwa Keempat

Kejadian keempat adalah berkaitan dnegan penggantungan rakan sekerja saya yang berakhir dengan dua darinya telah dipecat. Penggantungan itu sengaja dirancang dengan tujuan untuk mencegah mereka daripada mendengar kes permohonan saya agar dilakukan kajian semula dan mencabar kesahihan dari segi perlembagaan pengantungan saya dan keanggotaan tribunal yang mendengar kes menyebabkan saya dipecat.

Ada seorang hakim Mahkamah Tinggi yang enggan mendengar kes permohonan saya dengan cara pura-pura sakit pada hari kes itu dibentangkan di mahkamah. Pengganti beliau telah beria-ia melakukan yang terbaik untuk menangguhkan kes itu dan apabila dia berjaya akhirnya, kes saya telah ditolak. Saya telah merayu kepada Mahkamah Agong dan berjaya.

Adalah menjadi amalan mahkamah untuk melekatkan mohor mahkamah kepada arahan yang diserahkan kepada mana-mana responden. Ketua Pendaftar Mahkamah Agung adalah penyimpan mohor itu, tetapi apabila saya berjaya dengan rayuan saya, mohor itu tidak pula dapat dikesan seolah-olah ia telah disorokkan. Namun, setelah dicari-cari oleh Almarhum Wan Sulaiman Pawanteh, terjumpa juga mohor itu akhirnya.

Kemudian, arahan mahkamah yang dimeterai dengan mohor mahkamah perlu diserahkan kepada tribunal si responden yang terletak di Rumah Parlimen. Akan tetapi apabila peguam saya Raja Aziz cuba menyerahkan arahan itu kepada respnden, dia dapati pihak yang berkuasa telah menutup pintu masuk Parlimen. Namun, dengan permintaan Almarhum Wan Sulaiman yang dikemukakan kepada pejabat Ketua Polis Negara pintu pagar itu telah dibuka dan arahan mahkamah itu telah diserahkan.

Walaupun arahan itu sudah diterima, tribunal tetap meneruskan hukumannya. Kesannya, gara-gara saya enggan menghormati keanggotaan tribunal itu khususnya perlantikan pengerusi tribunal dianggap satu salahlaku keadilan, saya telah dikenakan hukuman secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran diri) dan didapati bersalah dan dengan itu dipecat.

Kelima-lima hakim Mahkamah Agong yang telah mengizinkan permohonan saya telah digantung dari tugas mereka. Satu lagi tribunal telah diwujudkan untuk mengadili mereka dan dua orang hakim yang berani, almarhum Wan Suleiman dan Hakim George Seah telah dipecat. Tiga orang hakim yang lain, Eusoffe Abdoolcader, Azmi Kamaruddin dan Wan Hamzah Mohamad Salleh telah dibenarkan bertugas semula.

Kalaulah hukuman Mahkamah Agong telah diterima pakai, pengekalan jawatan saya semula sudah tentu dikuatkuasakan dan ini sudah tentu tidak diingini bukan sahaja oleh kerajaan pada hari itu tetapi oleh mereka yang pasti meraih faedah daripada pemecatan saya. Lantas, lima rakan sejawat saya telah digantung walaupun tidak bersalah dan kesannya membawa padah yang amat mengena mereka dan ahli keluarga mereka sehingga hari ini.


Peristiwa Kelima

Kejadian yang kelima adalah mengenai tindakan kerajaan menafikan hak imuniti ataupun kekebalan pihak raja-raja. Almarhum Tun Sufian Hashim dan saya pernah bertindak sebagai penasihat kepada raja-raja. Ketika itu baginda Sultan Johor tidak lagi menjadi YDPA dan baginda amat ghairah mahu tahu apakah tujuan sebenar kerajaan.

Itulah pertemuan saya kali pertama dengan baginda selepas saya dipecat. Baginda telah berterus terang menyatakan tanpa teragak-agak betapa baginda amat menyesal dengan kejadian yang telah menimpa saya kerana baginda menyebutnya ketika itu betapa baginda “telah dipergunakan”. Saya telah menjawab tidak ada gunanya baginda menyesal kerana saya seorang tetapi baginda harus menyatakan kekesalan itu dan memohon maaf kepada rakyat negara ini kerana negara sudah kehilangan satu badan kehakiman yang bebas satu ketika dulu dan mampu menjaga hak mereka.

Kemudian saya telah dipanggil mengadap Baginda di Istana Bukit Serene untk memberikan nasihat guaman setelah baginda mendapat tahu adanya rang undang-undang yang dibentang di parlimen untuk memansuhkan Johor Military Force (JMF). Saya memberitahu baginda bahawa JMF yang ditubuhkan jauh lebih awal dari Regimen Askar Melayu, merupakan sebahagian hak dan keistimewaan Sultan Johor, dan mengikut undang-undang dan tanpa perkenan Baginda, hak keistimewaan itu tidak boleh ditarik balik

Pandangan itu telah diperaku oleh Niel Lawson, seorang Queen’s Counsel, yang pernah menjadi penasihat undang-undang raja-raja Melayu semasa berlakunya perundingan untuk mencapai kemerdekaan. Memang tidak syak lagi betapa Baginda merasa lega dengan usaha saya menyelesaikan kerisauan baginda dan sebagai penghargaan, baginda telah sanggup meminta maaf secara terbuka di Johor Baru terhadap pembabitan Baginda dalam pemecatan saya.

Istana Johor telah mula membuat persiapan akan majlis terbuka itu, tetapi sekali lagi tangan ghaib yang berkuasa di Kuala Lumpur berjaya memujuk baginda daripada menunaikan janjinya.

Indentiti orang yang tidak bernama

Yang disebut diatas tadi adalah beberapa fakta baru yang saya harap membolehkan Nazri mengubah pendiriannya. Segala kejadian itu memang tidak syak lagi menunjukkan apa juga yang akan terjadi saya mesti dipaksa melepaskan jawatan. Sudah tentu ada banyak lagi kejadian lain dan butirannya yang akan muncul dan timbul seandainya kajian semula itu diadakan tetapi untuk sementara waktu, saya akan peram dulu identiti nama-nama orang yang disebut dalam kenyataan ini.

Berkenaan respon dua lagi hakim yang telah dipecat itu, Wan Sulaiman sudah pun lama meninggal dunia dan tidak besama kami. Namun, balu beliau memang menyokong diadakan kajian semula itu. Akan tetapi ada satu ucapan yang dituturkan oleh Almarhum Tun Sufian dalam satu majlis yang khusus diadakan oleh Majlis Peguam mengenang Wan Sulaiman dan penghormatan itu harus menjadi satu petunjuk kepada peranan yang dilaksanakan oleh bekas sahabat sejawatan saya itu sepanjang krisis tersebut, yang mengikut budibicara Tun Sufian memang tidak sepatutnya beliau dipecat.

George Seah kini bukan sihat sangat untuk membuat sebarang sumbangan kepada pelawaan Nazri untuk menyediakan ‘fakta baru’ tetapi terdapat beberapa siri artikel beliu mengenai krisis itu yang pernah ditulisnya tidak lama dulu dan terus berada dalam laman web Majlis Peguam dan Aliran. Memahami perwatakan almarhum Eusoffe Abdoolcader, saya percaya almarhum juga menyokong kajian semula ini. Azmi Kamaruddin memang sudah lama mendesak diadakan kajian semula. Saya yakin Wan Hamzah turut menyetujui perkara ini.

Bersandarkan segala alasan ini, saya harap Nazri akan mengemukan satu cadangan kepada kabinet agar diadakan kajian semula keatas krisis perundangan 1998 supaya kebenaran episode yang penting ini dalam lipatan sejarah Negara dapat didedahkan.

Tun Salleh Abas
Sept 26, 2006

- Marhaintua -

Tuesday, September 26, 2006

Patutkah Mahathir Ditahan di Rumahnya ? (Bahagian II)

Mahathir masih terus meracau dan menyindir pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Yang terbaru dibuatnya ialah mengenai pembabitan Patrick Badawi dan Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran kerajaan Terengganu. Ini bukan satu tuduhan yang boleh diambil ringan. Kalau Mahathir yang menyebutnya secara terbuak sudah tentu memang benar ceritanya.

Mahathir menyebut perkara itu di hadapan khalayak ramai dan yang ramai sekali mendengarnya ialah orang Melayu. Soalnya sekarang kenapakah perkara ini tidak didedahkan dulu-dulu lagi oleh parti pembangkang di Terengganu? Kenapakah PAS ataupun HARAKAH tidak berusaha mendedahkannya hingga disedari umum?

Para pemimpin PAS tidak boleh buat helah betapa mereka tidak membesarkan perkara ini kerana tidak mendapat ruang untuk mendedahkannya. Tetapi, PAS ada HARAKAH dan internet serta pelbagai laman blog untuk membesarkan perkara ini. Kenapakah tunggu Mahathir membesarkannya?

Setidaknya sekarang ini, PAS mempunyai laluan yang lebih mudah untuk menyentuh isu pembabitan Khairy Jamaluddin dan Patrik Badawi dalam pentadbiran negeri. Kalau perkara in berlaku di Hungary, sudah tentu rakyat marhaen berkumpul membantah di jalanraya dan mampu menjatuhkan pentadbiran Idris Jusuh. Tetapi, apakan daya pemimpin PAS tidak fikir ini isu penting dan tidak menganggap kerja mempelopori bantahan rakyat marhaen untuk menjatuhkan pentadbiran Idris Jusuh secara ini, tidak penting. Inilah yang saya katakan dulu, Pemimpin PAS sebenarnya main politik dan mahu memerintah negeri secara syok-syok sendiri. Saya tahu ada segelintir orang PAS marah-marah bila saya katakan begini.

Berbalik kita kepada ungkitan Mahathir dalam pentadbiran Terrengganu dan wang royalti minyak yang dibalun oleh sukusakat Abdullah Badawi, tentu rakyat Terenganu mahu bertanya kepada Mahthir semasa dia memerintah Malaysia dulu dia pernah selewengkan wang royalti Terengganu dan menukar namanya menjadi Wang Ehsan. Apa sudah jadi dengan wang sebanyak itu? Adakah Mahathir ingat bagaimana wang itu dibelanjakan oleh Idris Jusuh?

Saya memang tabik spring kepada Mahathir kerana dia tidak mengambil kesempatan masa itu untuk menyuruh Idris Jusuh berpakat dengan anak-anak beliau (Mahathir) untuk membelanjakan Wang Ehsan itu. Mahathir cuma nafikan kerajaan negeri PAS daripada wang itu untuk menjamin PAS kalah dalam pilihanraya umum 2004 dan UMNO kembali memerintah di Terengganu.

Akan tetapi ini tidak bermakna semasa Haji Hadi Awang menjadi menteri besar, orang-orang Mahathir tidak mengambil kesempatan membuat harta di sana. Vincent Tan telah diberikan lesen membuat landasan kapal terbang untuk melariskan pusat peranginannya. Bayangkan pulau Melayu milik nelayan Melayu boleh difaraidkan kepada Vincent Tan oleh kerajaan BN dan diperuntukkan pula duit rakyat marhaen untuk membina landasan kapal terbang ke situ?

Sesungguhnya kita juga boleh bertanyakan Mahatir apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan wang royalti yang dterima sepanjang pemerintahan Wan Mokhtar dulu? Apakah projek mega yang boleh dibanggakan di Terenganu yang dapat dijadikan warisan bangsa? Kenapakah rakyat Terengganu masih menjadi golongan yang dianggap miskin di negara ini? Sama tarafnya dengan rakyat Kelantan sedangkan Kelantan tidak ada wang royalti minyak?


Satu ketika dulu saya pernah mengungkit perkara ini dan menyentuh perihal Mahathir bersantai di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kemudian terbit kisah bagaimana Proton mengugurkan satu kereta Wira di Kutub Utara sebagai satu modal menonjolkan keperkasaan kereta itu. Saya juga pernah bertanya mana perginya kereta Wira yang digugurkan di Kutub Utara itu dan di muzium mana ianya di simpan?

Tentu Mahathir boleh menceritakan apa yang sebenarnya niat beliau merestukan pengguguran kereta Proton Wira di Kutub Utara itu dulu?

Adakah dia mahu berbangga kononya Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mengeluarkan kereta sendiri? Bukankah itu yang selalu dicanang oleh wakil rakyat UMNO untuk membuka temberang?

Sesiapa yang pernah pergi ke Iran, tentu sedar betapa Iran pernah merupakan negara Islam yang pertama mengeluarkan keretanya sendiri. Iran telah membuat usaha-sama dengan Fiat Itali untuk mengeluarkan kereta buatan nasional, tetapi mengalamai kebuntuan kerana beberapa sebab, antaranya penglibatan Fiat (Itali) dalam mengeluarkan kereta jenis yang sama di India dan Chechozlovakia. Selepas kegagalan itu, Iran telah mewujudkan kereta nasional (Iran Khodro) untuk mengeluarkan kereta Hillman yang ketika itu dmiliki oleh Rootes Group, di mana pemegang saham yang terbesar ialah Chrysler.

Iran Khodro telah mengeluarkan kereta jenis Paykan sebanyak 6,000 unit setahun mengikut perjanjian lesen mereka. Keluaran pertama dibuat pada tahun 1967, model Deluxe dan Standard dan diikuti dengan trak-pikap dan teksi. Ini berkembang kepada kenderaan komersial pada 1969, dan keluaran otomatik pada 1970, dan GT pada 1972.

Demikianlah berkembangnya industri kereta di Iran yang akhirnya membabitkan pengeluar Peugeot selepas keluaran Talbot (Amerika) ditamatkan. Pada awal 1990-an hampir 98% keperluan Paykan 1600 dibuat sendiri oleh Iran.

Kini tidak ada Paykan baru yang dikeluarkan kerana Iran merobah dasar pembuatan keretanya setelah menghasilkan 2.3 juta kereta jenis Paykan yang sudah dianggap teknologi lama.

Industri Ketenteraan

Apa jadi dengan Iran selepas itu. Secara senyap-senyap Iran Khodro telah bersekutu dengan Renault untuk mengeluarkan kereta model baru bagi menggantikan Paykan dengan menggunakan teknologi baru dan mengeluarkan kereta dengan harga yang lebih murah.

Saya menjangkakan apabila Iran berhasil dengan kereta jenis baru ini, ia akan berkemampuan mengambil alih ‘Proton’ dan ‘Kancil’ di Malaysia. Soalnya kenapakah Proton tidak berunding dulu dengan Iran (sebagai negara Islam pertama yang mengeluarkan kereta sendiri, baru diikuti oleh Indonesia) untuk berusahasama mengeluarkan model baru ini?

Kalau diimbau industri kereta Iran yang sudah pun menjangkau lebih 45 tahun, sebagai sebuah negara Islam tentu kita merasa berbangga apakah pencapaian Iran seterusnya selain mampu melihat seorang warganya daripada kaum Hawa yang pertama naik ke angkasa lepas?

Iran telah berjaya menerokai bidang peralatan ketenteraan dan mampu menandingi Amerika Syarikat dan negara barat yang maju.

Semasa Perang Lubnan meledak, Hizbullah pimpinan Hassan Nasrullah telah berjaya mengalahkan Israel yang merupakna negara yang mempunyai ketenteraan yang nombor empat terkuat di dunia. Walaupun Israel mempunyai kapal perang F-16 yang canggih dan kapal selam serta kapal pencegah periuk api, Hizbullah bejaya mengalahkan Israel dengan hanya menggunakan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) Pesawat yang lebih dikenali sebagai UAV (Unmanned Aerial Vehicles) telah mampu mengesan pergerakan tentera Israel semasa mahu menceroboh Lubnan.

UAV Iran boleh juga dilengkapi dengan roket dan inilah yang telah mengena sebuah kapal canggih Israel.

Satu ketika dulu UAV memang dikuasai oleh tentera Amerika dan menggunakannya dengan penuh kejayaan semasa Perang Desert Storm dulu. Selepas itu Jepun dapat memperbaikki teknologi itu dan menjadikan harga UAV menjadi rendah, setelah menggunakan engin dua lejang (two stroke engines) seperti yang digunakan oleh kapcai.

Para petani Jepun menggunakan UAV untuk menabur baja di sawah padi. Kos helikopter UAV jenis ini adalah sekitar $86,000. Versi yang lebih canggih yang boleh terbang 100 ela di atas paras muka bumi berharga antara $150,000 hingga $230,000. Harga Yamaha R-Max yang paling canggih dilengkapi dengan empat kamera lengkap dengan sistem kawalan berkomputer boleh mencecah $1 juta dollar.

Sekarang mari kita tanya diri sendiri mengenai. Royalti Minyak Terengganu Kalau berdasarkan kepada nilai bayaran royalti pada tahun 2000 sahaja ialah RM 841 juta. Selama empat tahun wang itu disonglap oleh BN dan dinafikan kepada pentadbir Kerajaan PAS adalah berjumlah RM3.364 bilion. Cuba bayangkan kalaulah separuh wang itu disalurkan untuk Malaysia membuat usahasama dengan Iran mengeluarkan dron UAV bagi tujuan aman yakni pertanian, berapakah keuntungan yang diperolehi oleh negara ini dalam bidang tersebut?

Berapa ramai anak-anak Malaysia lulusan kejuruteraan dan pertanian yang boleh digunakan untuk meningkatkan teknologi ini? Berapa pula keuntungan kepada kita kalau dapat mengeluarkan roket buatan sendiri dengan menggunakan teknologi yang sama?

Seperti yang terjadi di zaman Dr. Mahathir, wang ehsan yang kini bertukar semula menjadi Royalti Minyak tetap dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu. Tetapi kali ini wang itu dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Patrick Badawi.

Bukankah ini yang diungkit oleh Dr. Mahathir semasa mengkritik kerajaan BN Terengganu dan juga pusat? Apakah Mahathir sedar berapa bilionkah yang disonglap oleh BN daripada wang jenis ini dan sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara?

Wang royalti Minyak sebagai penjana teknologi telekomunikasi dan angkasa.

Salah satu kekuatan Hizbulalh semasa perang Lubnan dulu ialah kemampuannya dalam bidang telekomunikasi. Betapa pun Amerika dan Israel cuba memintas telekomunikasi Hizbullah, ia tidak mampu mensabotaj. Hassan Nasrullah dan panglima perangnya masih dapat berurusan dengan setiap pejuangnnya di merata pelusuk Lubnan - terutama sekali di kawasan sempadan dengan Israel tanpa banyak masalah.

Ini bermakna Hizbullah mempunyai teknologi yang canggih yang tidak dapat dipintas dan disabotaj oleh teknologi Israel dan Amerika. Inilah kecanggihan yang terdapat pada Iran yang banyak menerima bantuan Russia dan China. Bayangkan kalau Malaysia mampu melabur dalam bidang ini dengan menggunakan hanya sebahagian Wang Ehsan ataupun Royalti Minyak Terengganu. Sudah tentu Malaysia mampu mewujudkan satu sekolah kajian khas di Unversiti cawangan Terengganu dalam bidang UAV dan telekomuikasi UAV. Adakah Mahathir dan pemimpnn UMNO memikirkan perkara ini.

- Marhaintua -

Bersambung bahagian 3

Monday, September 25, 2006

Patutkah Mahathir Ditahan di Rumahnya ? (Bahagian I)


(Bahagian 1.)

Kebelakangan ini banyak desas-desus mengenai kemungkinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan arahan agar sifu lamanya di tahan di rumah kediaman ataupun dikenakan apa yang disebut dalam istilah politik barat sebagai ‘house arrest’.

Selalunya apabila desas-desus semacam itu menggelegak saya akan terima banyak kriman emel daripada kawan-kawan dan pembaca, dan sesiapa yang tahu akan nombor fon-bimbit saya akan mengirimkan soalan seumpama itu.

Sesungguhnya itu adalah satu kelaziman dunia. Memang banyak soalan dan berita yang diterima selama ini. Sehinggakan kisah anak Paklah dikatakan meminta cerai daripada suaminya pun pernah saya terima. Tetapi, saya tidak besarkan kisah demikian kerana saya fikir tidak perlu. Khairy adalah seorang anak lelaki Islam yang berhak mempraktikkan ajaran agamanya. Kenapa pula kita mesti sibuk-sibuk tidak menentu?

Akan tetapi, apabila terlalu banyak soalan mengenai Mahathir yang akan dikenakan tahanan rumah kediamannya, saya fikir eloklah saya tuliskan pandangan saya dalam hal ini kerana itu adalah merupakan satu tahap sejarah negara kita.

Hukuman tahanan rumah bukanlah satu perkara baru. Di Myanmar, junta tentera telah mengenakan tahanan rumah begitu lama kepada Ang Sang Suu Kii sejurus wanita berjiwa besi itu menang besar dalam pilihanraya. Juara kedamaian dunia yang dilantik sendiri a.k.a Presiden Bush tidak pun bersuara lantang mengugut junta tentera Myanmar agar melepaskan Ang Sang Suu Kii. Tentu kita mahu tahu kenapa?. Malahan, Britain yang merupakan bekas penjajah Myanmar tidak ambil peduli terhadap keadaan Ang Sang Suu Kii sedangkan Myanmar adalah bekas anggota Komanwel.

Sejarah politik Indonesia memang diwarnai kes tahanan rumah. Satu ketika dulu Presiden Suharto telah menahan Bapa Kemerdekaan Indonesia, Sukarno, di rumah kediamannya sejurus Suharto naik memerintah dengan persekongkolan CIA Amerika. Ini diikuti dengan penahanan terhadap beberapa anggota kabinet Sukarno seperti Pak Subandrio. Penahanan mereka dikekalkan tempohnya sehinggalah ke saat mereka menghembuskan nafas terakhir.

Apabila seseorang itu dikenakan tahanan rumah, kebebasannya terhad dan sudah tentu dia tidak dapat keluar negara untuk mejenguk simpanan wang ‘haram’ yang dibalun semasa mereka mencengkam kuasa.

Mungkin kerana itu, Suharto dapat bertahan memerintah selama lebih 31 tahun, tidak ada pemimpin negara sebelumnya yang bersuara lantang untuk membuat sorotan cara dia mentadbir Indonesia.



Kenapa Mahathir tidak boleh diam membisu?

Kisah mengenakan tahanan rumah terhadap Mahathir adalah berpunca dari gelagat beliau yang mengkritik pentadbiran Abdullah Ahamd Badawi. Jikalau setakat mengkritik sahaja mungkin Abdullah boleh bersabar kerana bukan semua orang akan tahu apa yang disebutnya secara keseluruhan. Akan tetapi apabila Mahathir menyatakan dengan lantang keazaman dia mahu menjatuhkan Abndullah Ahmad Badawi daripada puncak kuasa, sudah tentu Abdullah kena ambl langkah yang positif bagaimana mempertahankan kuasanya.

Kita harus faham apabila ada ura-ura untuk menjatuhkan Paklah, bererti keseluruhan sukusakat, kroni dan pembodek Paklah akan turut terancam, Sebagai tindak-balas mereka pula akan bersekongkolan menentukan Mahathir disekat dari dibiarkan terus bergerak bebas dan bebas bersuara.

Inilah yang terjadi dalam pemilihan anggota G7 daripada Bahagian UMNO Kubang Pasu di mana dalam pemilihan itu Mahathir jatuh nombor sembilan dan tersingkir daripada menjadi anggota perwakilan bahagian itu. Bayangkan Mahathir yang mempunyai nombor ahli UMNO 0000001 boleh tersingkir daripada menghadiri persidangan parti politik yang diwujudkannya, setelah mematikan UMNO asal?

Yang melucukan, para pengundi yang berhak memilih siapa yang patut pergi menjadi perwakilan parti telah dirasuah dengan wang sogokan sekitar RM200 sahaja.

Kalah menang dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa, tetapi kalah disebabkan orang menerima RM200 untuk tidak mengundi kita adalah satu tamparan hebat kepada bangsa Melayu secara amnya dan ahli UMNO Kubang Pasu khususnya.

Mahathir tidak perlu malu, yang malu adalah pucuk kepimpinan UMNO yang merencana keaibannya. Sebagai pakar ilmu politik sudah tentu Mahathir sedia tahu betapa dia akan kalah juga. Kerana orang-orang yang bersekongkolan hebat mengaibkannya adalah orang yang pernah disuapnya untuk naik mencanak dalam parti. Alangkah malang hidup Mahathir dalam jurusan politik, tidak ramai orang yang dinaikkannya dan diakui sebagai orang kepercayaan sanggup terus setia padanya hingga akhir hayat.

Kalau Mahathir mahu main kotor dia boleh perkenankan usaha sesiapa sahaja di kalangan penyokong beliau untuk mengupah beberapa orang yang sudah menang menjadi anggota perwakilan itu untuk menulis surat penarikan diri. Katakan ‘si anu’ dan ‘si anu’ yang sah menang untuk menjadi perwakilan disogok dengan wang untuk mengerjakan ‘umrah’ dengan isterinya pada bulan November nanti, bererti berlaku kekosongan dalam kuota perwakilan itu, dan membolehkan Mahathir menjadi anggota perwakilan Kubang Pasu, bukankah menjadi haru lagi kes sogok menyogok ini?

Apakah kerana sudah menjangkakan ada ura-ura beberapa ahli perwakilan G7 di Bahagian Kubang Pasu yang sudah sedar dan sanggup menyerahkan tempat mereka agar digantikan oleh Mahathir membuatkan Paklah bertindak mahu mengurung Mahathir di rumah sahaja? Ataupun adakah agenda yang lebih besar dari itu?

Jikalau kita kaji alasan kenapa pemimpin UMNO tidak mahu Mahathir menjadi anggota perwakilan Bahgian Kubang Pasu dulu, ternyata mereka banyak mengatakan tidak rela melihat Mahathir diaibkan kerana muncul sebagai perwakilan sedangkan dia pernah menjadi pengasas parti dan juga seorang perdana menteri yang begitu lama.

Alasan ini memang tidak boleh diterima. Sejarah politik Melayu telah menunjukkan betapa kuasa memegang jawatan politik tidak akan dilepaskan oleh sesiapa pun walaupun dia dikenakan turun-pangkat. Banyak sangat contohnya. Satu ketika dulu Ramli Ngah Taib adalah Menteri Besar Perak, tetapi beliau sanggup memegang jawatan Timbalan Menteri Kerajaan Pusat apabila tempatnya digantikan oleh Tajul Rosli. Begitu juga dengan seorang bekas ketua menteri Melaka yang sanggup pergi ke pusat untuk menjadi setiausaha politik sahaja. Begitu jgua dengan seorang menteri hal ehwal agama yang tidak berguna. Apabila jatuh dari kuasa dia sanggup menangis dan meminta simpati dilantik menjadi penasihat agama kepada perdana menteri. Jadi, soal turun pangkat ini merupakan sesuatu yang biasa kepada orang politik. Cuma mereka tidak sedar belanja membolehkan mereka terus berpaut kepada dahan kuasa itu adalah menghabiskan harta rakyat marhaen sahaja, kerana mereka tetap akan menerima pencen daripada tugas semasa menjadi wakil rakyat dulu.

Cara yang paling mudah menyekat Mahathir daripada muncul sebagai ahli perwakilan ialah dengan menggantung Bahagian Kubang Pasu kerana adanya aduan wang sogok menjelang pemilihan. Malahan, pengakuan ketua bahagian bahawa adanya jamuan khas untuk ahli perwakilan sebelum hari pengundian ternyata sudah melanggar perlembagaan parti dan membolehkan bahagian itu digantung sehingga selesai persidangan UMNO tahun ini. Pelanggaran hukum-hakam ini amat difahami oleh pucuk kepimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun pusat. Kenapa mereka masih menyibuk membesar-besarkan perkara ini? Inilah kesenian berpolitik yang disebut juga sebagai propaganda.

Pelencongan minda semacam ini dijangka dapat melalaikan orang Melayu khususnya di kampung-kampung daripada kisah pengangguran anak-anak muda di desa, kisah pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi yang melacur dan menjadi gigolo kerana lambat terima pinjaman dan biasiswa, kisah anak-anak Melayu yang berhijrah di bandar yang menjadi kaki ragut dan kaki pukul hanya kerana mahu terus hidup bergaya. Bagaimana pula dengan kisah pelajar-pelajar muda dan pekerja kilang yang sanggup murtad kerana mahu terima imbuhan bulanan untuk meneruskan hidup bergaya.

Temberang besar yang diputar semacam ini melalaikan Melayu daripada kisah graduan yang semakin ramai menganggur dan digalakkan mengambil kursus tambahan dengan elaun bulanan lima ratus ringgit. Apabila selesai berkursus, mereka akan menganggur lagi dan perlu tunggu ambil kursus tambahan lagi. Sekaligus mengambil kurus tambahan itu sudah menjadi satu pekerjaan tetap pula. Kerana kekurangan wang, makanya ramai anak-anak muda kelulusan pusat pengajian tinggi yang terjebak dengan budaya kuning termasuk menganggotai Kumpulan Mat Rempit.

Inilah bentuk propaganda yang dicambah oleh UMNO dan Barisan Nasonal pimpinan Paklah. Rencana menipu rakyat ini tidak termasuk kisah ahli keluarg Paklah dan sukusakat mereka membalun harta negara dan mengalihkan khazanah bangsa kepada tangan orang asing yang berada di seberang tambak Johor. Tentunya sebagai seorang bekas perdana menteri yang pernah mencengkam kuasa, Mahathir merasa tersinggung melihatkan orang yang dipercayai mampu meneruskan wawasannya telah menyeleweng.

Jika diterima andaian ini bermakna mesti ada alasan yang lebih kuat dan besar kenapa ada ura-ura mahu mengurung Mahathir di rumah kediamannya.?

Mahathir sudah memerintah negara ini lebih 22 tahun. Sepanjang pemerintahan itu dia telah membunuh UMNO asal dan mewujdkan satu parti politik baru yang digelarkannya UMNO Baru. Semasa ditubuhkan dulu orang yang membencinya menggelarkan parti itu sebagai UMNO Baru(a). Itu sebabnya nombor keahlaian beliau ialah 00000 1 berbanding Khairy Jamaluddin yang memakai nombor yang sudah tentu lebih jauh kebelakang.

Ketika berada di puncak cengkaman kuasanya dulu, Mahathir adalah laksana seorang Maharaja yang menduduki takhta sepanjang hayatnya. Tetapi seperti yang pernah saya sebut satu ketika dulu, tindakan Mahathir mengaibkan Anwar Ibrahim adalah titik tolak dia sendiri akan kehilangan kuasa, kata orang, “kerana badi Anwar Ibarhaim”, mungkin.. Entah mengapakah agaknya secara tiba-tiba Mahathir mengumumkan persaraannya di depan perwakilan UMNO yang bersidang dan menjangka beliau akan terus mencengkam kuasa selagi ada nyawa di badannya.

Mungkin kerana doa orang yang tertekan di makbulkan Tuhan. Doa orang yang ditahan dalam penjara di bawah ISA dan doa ahli keluarga yang tertindas gara-gara tindak-tanduk Mahathir memperibadikan semua agensi kerjaan telah membuatkan Mahathir melatah untuk satu ketika dan mengumumkan persarannnya.

Ketika itulah kaki bodek dan tukang ampu meluru ke atas pentas menegahnya berbuat demikian, sehinggakan ada yang patah tumit kasut kerana terkejut dan meluru ke rostrum di mana Mahathir sedang menangis teresak-esak menyesali tindakannya yang gelojoh itu.

Sesungguhnya kuasa Allah menggerakkan Mahathir menuturkan kata-kata melepaskan jawatan. Saya tetap dengan pendirian bahawa tangisan yang dikeluarkannya itu adalah satu tangisan disebabkan tersedar betapa dia sudah berbuat silap. Lagipun dia mengharapkan akan ada satu kelompok ahli ahli UMNO yang bangkit menjelajah merata negara meminta tanda tangan setiap orang Melayu mahukan Mahathir menarik balik ‘suara’ perletakan jawatannya.


Nasi sudah menjadi bubur.

Sehingga hari ini saya berani mengatakan Mahathir sendiri tidak menjangka dia telah mengeluarkan kata-kata mahu bersara. Kata-kata itu terkeluar tanpa disedarinya. Dan dia manangis kerana terkejut perkara itu boleh berlaku. Walaupun dia mengharapkan kelompok penjilatnya dulu sanggup bergabung dan merayu orang Melayu agar menandatangani satu memorandum supaya dia terus berkuasa, ternyata Mahahtir tetap kecewa. Alasan perkara itu tidak berlaku jelas terpampang di mesyuarat Kubang Pasu pada 9 September 2006. Para pemimpin UMNO Kubang Pasu yang pernah beliau lonjakkan ke atas adalah dalang utama yang menikam beliau dari belakang. Yang lucunya, pemimpin yang digantung keahliannya dalam UMNO turut direstui oleh pucuk kepimpinan pusat untuk memainkan peranan belot dan menghukum Mahathir.

Sejarah merakamkan bahawa sepanjang pemerintahan Mahathir dia tidak pernah berminat mendidik dan memberikan ruang secukupnya untuk melatih seseorang mengambil-alih jawatannya bila dia berundur. Sikap inilah yang menjadi amalan pucuk kepimpinan UMNO di mana sahaja merata negara. Orang yang memegang mercu kuasa di sesuatu wilayah tidak akan berbaik dengan orang yang dilantik oleh ahli-ahli parti menjadi timbalannya. Ternyata inilah muslihat poitik yang dipelajari oleh Mahathir daripada ‘birasnya’ S.Samy Vellu.

Sebelum Abdullah Badawi diangkat menjadi timbalan perdana menteri, Mahathir pernah dibantu oleh Tun Musa Hitam, Tun Ghafaar Baba dan akhirnya Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. Tiga orang ini telah jatuh tersingkir apabila diganti oleh orang lain. Mereka dilantik kerana mempunyai kekuatan istimewa pada zaman mereka dilantik. Sesungguhnya Mahathir tidak menganggap mereka layak dan sesuai sebagai pengganti dirinya kerana beliau sendiri pernah menyatakan di satu persidangan tahunan UMNO bahawa pengganti beliau yang paling sesuai adalah klonnya. Apakah yang dimaksudkan sebagai klon itu merupakan anak-ankanya sendiri?

Mahathir tidak menganggap Musa dan Ghaffar sebagai orang yang mampu menggugat takhtanya kerana mereka mempunyai kelemahan berpolitik yang amat nyata. Musa cekap ber'retorik' tetapi ternyata kosong dari segi perlaksanaannya. Kerana itu dia terjebak dengan hasutan bosnya semasa Mahathir keluar negara dan memberi tugas kepada Musa untuk membunuh Ibrahim Libya dan para pengikutnya dalam episod Memali.

Soalnya apa perlunya membunuh Ibrahim Libya, sedangkan dia hanya mengajar ilmu akhirat kepada para pengikutnya. Semasa mereka diserang hendap dan dibunuh, tidak ada satu senjata automatik waima bom molotov yang dijumpai di rumah beliau. Rumah yang diserang hendap itu masih tegap sekarang ini dan ada satu pokok kelapa yang belubang di bawahnya yang masih hidup segar. {Buatlah lawatan ke rumah itu dan berjasalah kepada ahli keluarga Ibrahim Libya semasa bulan Ramadhan ini. Rumah itu hanya di tepi jalan raya betul-betul 9 kilometer daripada Baling.} Kenapa perlunya diserang dengan kereta perisai dan ditembak secara melulu, oleh pasukan polis yang sudah diberikan jamuan makan dan minuman keras terlebih dulu?

Musa Hitam terjebak dengan arahan Mahathir yang merencana untuk mengaibkan beliau supaya ketokohan dan pengaruhnya akan menurun di kalangan akar umbi khususnya dan orang Melayu amnya. Mahathir sudah merancang mahu melantik Tun Ghafar Baba sebagai pengganti kerana tahu Ghaffar Baba lulusan Darjah Lima Sekolah Melayu (itulah darjah paling tinggi di sekolah Melayu ketk itu) dan lulusan Maktab Pergurauan Sultan Idris mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat guru yang ketika itu menjadi tunjang pengaruh UMNO. Lagipun ketika itu Musa Hitam mula didatangi peniaga Cina daripada seberang tambak Johor yang mahukan pengaruh beliau untuk mereka mendapat habuan berniaga.

Semasa Ghafar naik menjadi timbalan perdana menteri, semacam ada satu pakatan antara beliau dengan Mahathir. Anak-anak Ghafar dan sukusakatnya menumpukan perhatian untuk mengaut habuan perniagaan dalam badan berkanun dan kegiatan anak syarikat MARA. Sementara Ghafar sendiri terlibat meneruskan perniagaan lamanya dengan beberapa orang peniaga Cina pilihan yang rapat dengannya semasa dia tersingkir daripada kabinet Tun Hussein Onn. (Almarhum Sharani giat menjadi pemborong dengan FELCRA dan badan berkanun lain, sementara Tamrin Ghafar mengaut peluang dalam anak syarikat MARA. Ghafar pula sibuk dengan perniagaan tanah buat padang golf. Sehingga dia jatuh muflis kerana ditipu oleh peniaga Cina sedangkan mereka terus kaya-raya).

Di sebalik itu pula anak-anak Mahathir membalun segala kontrak lumayan kerajaan seperti pembekalan arang batu untuk TNB, pengangkutan dan projek perumahan dan pelancungan. Semasa Projek Komanwel diadakan di negara ini sebahagian besar kontrak pembekalan di buat oleh anak-anak Mahathir juga, setelah mereka mendapat beberapa projek besar dalam pembikinan Menara Kembar, KLIA dan banyak projek lagi seperti FOMEMA, kontrak pengswastaan khidmat perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Pada waktu yang sama Mahathir pula giat mewujudkan projek yang besar-besar untuk dibalun oleh sekumpulan peniaga Cina seperti kelaurga Yeoh, Keluarga Vincent Tan, keluarga Ting taukeh batang penyapu, Ananda Krishnan dan Eric Chia.

Semua projek yang besar-besar itu menggunakan wang simpanan bank Malaysia ataupun tabung dana Malaysia seperti KWSP, Tabung Haji, Dana Pencen, Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya. Untuk menyediakan banyak wang modal bagi projek itu semua Mahathir melancarkan pelbagai tabung simpanan seperti ASN, ASB dan bermacam-macam lagi tabung wawasan lain yang dipropagandakan sebagai tabung wawasan bangsa. Sekali lagi rakyat marhaen terutama sekali orang-orang Melayu tertipu membeli saham dalam tabung amanah itu semua. Ada yang berharga seringgit se unit dan nada yang berharga cuma lima puluh sen. Sekarang ini hampir semua tabung amanah itu kecuali ASB dan ASN, mempunyai nilai yang lebih rendah daripada harga sekeping tauhu.

Seperti yang saya persoalkan sejak dulu lagi, kalau semua projek itu dibangunkan dengan menggunakan wang simpanan rakyat marhaen, kenapakah projek itu tidak diserahkan untuk dilaksanakan oleh Tabung Haji, KWSP dan tabung yang mengeluarkan dana itu seperti Tabung Angkatan Tentera? Kenapakah Mahathir menjinakkan peniaga peniaga haprak seperti Vincent Tan dan keluarga Yeoh serta Ting dan Andan Krishnan untuk menguruskan projek tersebut?


Ghafar Baba tidak dapat bertahan lama kerana diasak oleh sekumpulan pelapis muda dalam UMNO yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Mahathir merelakan kegelojohan Anwar kerana dia takutkan kuasa dan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah. Sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Anwar masuk menganggotai pucuk kepimpinan UMNO setelah melihat ketokohan beliau memimpin persatuan pelajar universiti Malaya dan ABIM.

Kegelojohan Mahathir berniaga sambil mencengkam kuasa bukanlah satu tabiat baru, kerana mengikut Tunku Abdul Rahman Putra, semasa mula-mula menjadi wakil rakyat pun Mahathir sibuk berniaga. Dia banyak buat kerja menipu orang Melayu, mengambil tanah simpanan orang Melayu dan menukar statusnya untuk dusahakan oleh peniaga Cina. Malahan HARAKAH pernah satu ketika dulu menyiarkan gambar satu bangunan milik Mahathir yang disewakan kepada masyarakat Cina yang menjadikannya sebuah gereja. {Kerana keberanian HARAKAH mendedahkan gambar itu, lesen edaran HARAKAH yang dulunya diberikan dua kali seminggu dikecutkan menjdi hanya dua kali sebulan, sehingga hari ini dan HARAKAH tidak dibenarkan dijual secara bebas seperti akhbar UMNO, Utusan Melayu dan Beritta Harian}

Tentu kita hairan bagaimanakah Mahathir sekarang ini sibuk mendedahkan kegelojohan Abdullah Ahamd Badawi dengan suku sakatnya membalun harta rakyat Malaysia? Dalam keghairahan mahu mendedahkan kehaprakan pentadbiran Abdullah, Mahathir hanya menggunakan pentas yang diuruskan oleh orang Melayu dan dia galak mahu bercakap hanya kepada orang Melayu yang satu ketika dulu diperlekehkannya.

Malaysia berhutang besar keliling pinggang gara-gara projek besar dan mega yang dicipta oleh Mahahtir. Putrajaya, Cyberjaya, Menara Kembar Petronas, Lapangan Terbang KLIA, Formula 1, adalah antara projek yang banyak membazirkan wang rakyat. Itulah wang yang dilaburkan oleh Petronas, sedangkan wang itu adalah wang rakyat.

Apakah Mahathir sudah lupa betapa sepanjang dia mencengkam kuasa dia telah menghina Bangsa Melayu? Apabila dia menarik sabsidi kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sekaligus dia menafikan orang Melayu satu hak yang telah dikekalkan oleh kerajan British dulu.

Apabila dia membenarkan Ananda Krishnan membeli hak milik semua filem keluaran Shaw Brothers termasuk filem-filem P. Ramli sebenarnya Mahathir telah mengaibkan orang Melayu. Sedangkan Ananda Krishnan menggunakan pinjaman bank untuk membayar sekitar RM30 juta untuk mengambil alih keseluruhan arkib fiem Melayu itu. Kenapakah dia tidak arahkan Petronas meminjamkan wang kepada Perfima untuk membeli semua filem itu dan membenarkannya membayar balik hutang itu apabila mendapat royalti penyangan filem itu di merata negara?

{Saya amat berharap dan ingin merakamkan harapan ini sebagai ingatan kepada anak bangsa, sesiapa yang akan naik menerajui kerajaan di masa hadapan mestilah menamatkan kontrak lesen Ananda Krishnan dalam penjualan nombor ramalan, selagi beliau tidak mengalihkan harta pusaka Melayu yang dibelinya daripada Shaw Brothers dengan menggunakan sebahagian besar simpanan orang Melayu}

Saya anggap perbuatan Mahathir merestui Ananda Krishna mewarisi khazanah bangsa Melayu adalah satu pembelotan terhadap bangsa ibunya.

Satu lagi pembelotan Mahathir kepada Bangsa Melayu ialah penjualan air mentah kepada Singapura yang dijangka akan berterusan selagi ada matahari dan bulan, walaupun kotrak itu dikatakan akan pupus pada tahun 2011 nanti. Ini satu lagi mainan wayang yang dilakokan oleh Mahathir dengan Menteri-Mentor (Lee Kuan Yew).

“Bolehkah sesiapa sahaja di dunia ini pada hari ini, mengatakan dengan jujur bahwa 3 sen Malaysia ataupun 1.4 sen Singapura ataupun satu per lapan dollar Amerika adalah harga yang berpatutan untuk membeli satu ribu gelen air? Itulah harga air yang pada mulanya dibeli oleh Singapura daripada Johor.”

Di Pasir Pelabuhan Gudang Johor, setiap kapal yang mahukan bekalan air perlu membayar sebanyak RM9.50 sen setiap tan air, tetapi kalau berlabuh di perairan (anchorage) harga se tan ialah RM40. Byangkan harganya dengan kiraan terdapt 200 gelen setiap tan.

Itu sebabnya pada tahun 2001 sahaja, Singapura hanya membayar Johor sebanyak RM2.39 juta ataupun S$1,09 juta ataupun AS$628,947 untuk bekalan air selama setahun. Dari sudut keuntungan sahaja Singapura telah meraih sebanyak RM662.50 juta dariapada air mentah Malaysia pada tahun yang sama.

- Marhaintua -
24 september, 2006.

Bersambung...ke bahagian 2.